UMNO INI JIKA DITERJEMAHKAN MAKSUDNYA IALAH
U= UMNO
M= MENIPU
N= NUMBER
O= ONE
Berikut adalah analisa komen daripada Mat Zain Mat Isa
Ada benarnya kata orang, Umno dikuasai manusia yang gemar mengambil tindakan ebal dan sembrono. Kononnya mahu memperlihatkan diri sebagai sebuah parti yang prihatin dan sensitif, para pemimpin Umno sering tergesa-gesa memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara berbangkit.
Selalunya tanpa usul periksa atau meminta penjelasan lebih terperinci, mereka mudah membuat kesimpulan atas sesuatu isu tercetus. Kerap berlaku reaksi tidak teliti didorong serakah politik itu jauh tersasar dari hakikat sebenar isu terbabit.
Tabiat Umno itu ibarat ungkapan sindiran dalam masyarakat Barat, “like a frog, easily jump into conclusion”. Perangai itu juga menepati apa yang diistilahkan oleh orang Pantai Timur sebagai “baham rambang”.
Sepatutnya hal sedemikian tidak berlaku. Selaku parti pemerintah kerajaan sejak sekian lama, Umno perlu menjaga imej dan kredibilitinya daripada dinilai sebagai tidak teliti. Lagi pun, ia ada akses kepada segala kemampuan komunikasi dan teknologi maklumat. Ia juga menguasai seluruh saluran media arus perdana, elektronik mahu pun cetak.
Jika mahu, ia boleh meminta agen perisiknya memaklumkan fakta sebenar sesuatu isu sebelum diulas para pemimpinnya. Umno juga boleh memastikan letak duduk sesuatu perkara dari media-media talibarutnya yang mencetuskan isu-isu terbabit agar reaksi diberikan tidak menyerlahkan kegopohannya.
Bagaimana pun, hal sebegitu itu tidak banyak berlaku. Sehinggakan dalam mengulas isu penting dan sensitif pun, para pemimpin Umno sering tersasar dari fakta sebenar, lari dari tajuk atau menyentuhnya secara ‘out of contact’. Sesiapa pun yang meneliti dan menilai secara waras dengan dada terbuka agak sukar menerima banyak komen dan reaksi Umno itu sebagai rasional.
Meneliti laporan media beberapa hari sepanjang minggu lalu membantu memudahkan kita mengiyakan hakikat itu. Isu-isu dimanipulasi Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen di dua pilihan raya kecil, masing-masing di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah, banyak membabitkan kenyataan sembrono para pemimpin parti itu yang tidak menepati fakta sebenar.
Di Galas, misalnya, BN mendakwa kerajaan PAS menafikan hak rakyat daerah Gua Musang mendapatkan hak milik tanah. Sedangkan penjelasan pegawai kerajaan terlibat hal itu menunjukkan kelulusan hakmilik kepada 12,000 permohonan di kawasan itu telah pun dibuat.
Para pemimpin Umno juga cuba mengelirukan fakta kononnya dengan mengundi calonnya masalah hakmilik tanah akan dapat diselesaikan. Sedangkan mereka tahu kuasa meluluskan tanah dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri.
Amat memalukan, kegilaan mereka menyeleweng dan membelakangkan fakta sebenar sesuatu isu bukan terbatas setakat perkara-perkara sosio-ekonomi. Umno malah tergamak mengenepikan pertimbangan rasional dan munasabah dalam isu-isu menyentuh fakta hukum agama sekali pun.
Isu pemberian wang zakat kepada saudara baru Orang Asli oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, misalnya sewenang-wenangnya digemariuhkan sebagai rasuah politik. Lalu tanpa bertangguh para pemimpin Umno mencanangkan bahawa PAS menyogok pengundi.
Segenap penjuak Umno bangkit menuntut PAS dikenakan tindakan kerana didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Seperti biasa, dalam keadaan genting sebegitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tumpang mengeruhkan keadaan, apabila tergesa mengeluarkan kenyataan memberikan gambaran negatif terhadap PAS.
Tambah menyemarakkan persepsi buruk terhadap PAS ialah ulasan dan sorotan media talibarut BN yang sengaja memanipulasi isu itu secara tidak bertanggungjawab.
Penjelasan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, bahawa wang berkenaan adalah sumbangan zakat kepada penduduk yang baru diislamkan Nik Aziz sepatutnya menyelesaikan salah tanggapan itu.
Malangnya, penjelasan itu tidak diberi tempat seeloknya, terutama oleh media arus perdana dikuasai BN. Keegoan para pemimpin Umno pula menghalang mereka daripada mengakui keterlanjuran, walau pun membabitkan hukum agama.
Bukankah mereka tahu betapa golongan muallaf termasuk asnaf yang layak menerima zakat? Dan, seperti dijelaskan Abdul Halim, pemberian zakat kepada saudara baru boleh dibuat walau di mana dan bila.
Inilah yang dikata orang, sudah lah jahil, degil pula. Para pemimpin Umno terbukti enggan mengakui kesilapan, sukar menerima penjelasan orang, sehinggakan tergamak membelakangkan fakta hukum agama, walau pun sudah dijelaskan di depan mata oleh pelbagai pihak.
Sama juga halnya dalam isu pemberian wang kepada warga emas di Pulau Pinang. Minggu lalu, Pemuda Umno negeri itu mencuri tumpuan media sekali lagi apabila melakukan gimik menyerahkan kembali wang berkenaan kepada kerajaan negeri, atas dakwaan dibuat sebelum ini bahawa ia bercampur dengan wang judi.
Nampak sangat makhluk bernama Umno ini degil dan bebal, sehingga tidak bersedia menerima penjelasan para ulama dan tokoh agama mengenai letak duduk hukum wang berkenaan. Hati, mata dan telinga anugerah Tuhan seolah tidak digunakan untuk menerima kebenaran. Ia masih seronok menegakkan benang basah mempertahankan kebebalannya membantah secara “baham rambang” sesuatu yang belum pasti fakta hukumnya.
Itulah perangai hodoh Umno!
No comments:
Post a Comment