Sunday 28 December 2008

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat.


Dengan pernyataan yang amat sedih dan sayu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini ( 27hb Dis. 2008 ). Jenazah Almarhum Baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin 29hb Disember 2008 selepas solat asar.
Parti KeAdilan Bahagian Seremban mengucapkan Takziah dan Rasa sedih atas Kemangkatan Duli Yang DiPertuan.
Semoga Allah Mencucuri Rahmat KeAtas Baginda. Amin..

Wednesday 24 December 2008

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA ( SEHARUM ) PROGRAM BAHAGIAN SEREMBAN : 21hb Dis.2008


OBJEKTIF :

: Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri untuk memberi khidmat secara lebih produktif, cemerlang dan berkesan sebagai satu pasukan kepada ahli.

: Memperlengkapkan ahli kepada kemahiran strategik kepimpinan, displin, penampilan diri, tingkah laku dan interaksi antara ahli, pemimpin dengan masyarakat.

: Mengenalpasti peranan ahli dan pemimpin dengan tanggung jawab kepada ahli, cawangan, bahagian, Perhubungan dan pusat untuk menyebarkan isu-isu semasa pada masyarakat.

: Mendedahkan ahli dan pemimpin kepada strategik pentadbiranurus yang amanah dan adil untuk rakyat di pelbagai peringkat.

: Meningkatkan kemahiran memberi khidmat kepada rakyat dalam memanfaatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang wujud di peringkat Negeri dan Parlimen.

DALAM 17 PEKARA TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN PARTI UNTUK DI TERANGKAN KEPADA RAKYAT;
PENERANGAN KEPADA RAKYAT PERLU DIPERLUASKAN LAGI AGAR RAKYAT MAKIN JELAS PEKARA DAN KEADAAN SEBENAR APA YANG BERLAKU DALAM NEGARA TENTANG KEROSAKAN BN TERHADAP NEGARA.....
TERUSKAN PERJUANGAN......

Monday 15 December 2008

KEADILAN & PENGORBANAN




















Tanggal 8 & 9 hari bulan 12.2008 bersamaan 10 & 11 Zulhijah erti perjuangan dan pengorbana bersama rakyat untuk menegakkan ukuwah masyarakat dan erti keadilan digambarkan dengan tanpa mengira pegangan atau aliran parti Pakatan Rakyat tetap bersama menunaikan bersama rakyat menjalankan ibadah korban dengan bergotong royong dalam keadaan apa jua cuaca agar prinsip gotong royong dijalankan dengan jayanya...Tahniah Rakyat di Dun Sikamat dan Ampangan dapat menjalankan ibadah korban dengan nawaitu kerana Allah taala...

Wednesday 10 December 2008

Photo ke KONGRAS NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT KE 5




























KONGRAS NASIONAL KALI KE-5 PARTI KEADILAN RAKYAT

KONGRAS NASIONAL KALI KE-5 PARTI KEADILAN RAKYAT:

Hampir 10,000 Perwakilan dan pemerhati memenuhi Stadium Melawati bagi kongres tahunan KeADILan kali kelima yang berlangsung pada 29hb. November 2008 dengan tema Harapan Baru.Turut hadir ialah Penasihat Kanan DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Naib Presiden PAS Husam Musa, Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Zahid Ibrahim.Dalam ucapan dasar Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan keahlian PKR telah mencecah angka 500,000 orang dan kehadiran ratusan perwakilan dari Sabah dan Sarawak menandakan satu gerakkan perubahan berlaku di sana. Beiau mengariskan lima tunjang utama dalam menisfesto Pilihanraya 2008 yang lalu, iaitu menjadikan Malaysia negara Madani, membina semula ekonomi Negara, Malaysia Selamat Untuk Semua, Menyediakan harga mampu barangan untuk semua golongan dan pendidikan adalah teras pembangunan negara. Beliau menyatakan juga muafakat antara Keadilan, PAS dan DAP di bawah pakatan rakyat telah memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia. Turut disentuh Pakatan Rakyat juga bersedia mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu berteraskan semangat Raja Berpelembagaan, kedudukan istemewa bangsa Melayu, bahasa Malaysia dan Agama Islam. Dalam pengakhiran ucap dasarnya beliau menyeru untuk membangunkan kembali bangsa dan negara serta menghapuskan segala bentuk rasuah dan keruntuhan akhlak.
Berikut koleksi gambar dihari kongres :
Bahagian Seremban telah menghantar perwakilan dan pemerhati bagi Pemuda, Wanita dan Perwakilan ke Kongres seramai : 30 orang di Ketuai Ketua Bahagian Dr Ahmad Azam.

Monday 17 November 2008

SEMINAR HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA ( SEHARUM )







































Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia ( SEHARUM 2008 ) Kelolaan Sekretariat Konvensyen dan Seminar Parti KeAdilan Rakyat Pusat untuk Parti KeAdilan Negeri Sembilan telah diadakan di Golden Straits Villas Beach Resort Port Dickson pada : 16hb November 2008.

Tujuan seminar ini untuk menjana perjuangan dan memmertabatkan Pakatan Rakyat di dokong Parti KeAdilan Rakyat dengan tanggung Jawab besar yang diAmanahkan oleh RAKYAT merealisasikan HARAPAN BARU yang di perjuangkan demi kemakmuran dan kesejateraan rakyat. Sesungguhnya, RAKYAT sedang memerhati dan menguji bagaimana kita dapat menjalankan peranan kita secara betul dan berkesan. ANDAI KITA ALPA ia akan memberi implikasi besar kepada ketrampilan Parti dan menghakis kepercayaan rakyat di masa hadapan.
Perasmian dan Penutup oleh : PPN N.Sembilan Dato. Kamarul
Facilitator ( Panel )
1. YBhg Khalid Jaafar PPN MELAKA
2. YBhg Mohd Nor Marnuty MPT
3. YBhg Zakaria Abd Hamid PPN PAHANG
4. YBhg Mustaffa Kamail Ayub : Naib Presiden KeAdilan

Mesyuarat Agung Tahunan 2008 Parti KeAdilan Bahagian Seremban.































Mesyuarat Agung Tahunan 2008 Parti KeAdilan Bahagian Seremban Di Rasmikan oleh Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat : Dr Syed Hussein





Dialog bersama Dr Lee Boon Chai di kawasan Sikamat

Pejabat Dun Sikamat bersama Pejabat Bahagian menjalankan program Dialog dengan masyarakat Dun Sikamat mengenai isu-isu semasa Bersama YB Dr Lee Boon Chai di Pejabat Bahagian Seremban.














Friday 14 November 2008

Mesyuarat ke KONGRES NASIONAL TAHUNAN 2008 Bahagian SEREMBAN
















Tarikh : 14hb November 2008
Waktu : 9.30 mlm.
Tempat : Pejabat Bahagian Seremban

Pekara : Membincangkan pekara-pekara berkaitan Perwakilan dan Pemerhati Bahagian Seremban ke KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT TAHUN 2008.
Tarikh mesyuarat : AMK dan WANITA 28hb November 2008 ( Hotel Cariton dan PKPS Selangor )
Tarikh mesyuarat : KONGRES 29 dan 30hb. November ( Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor )
Perwakilan Angkatan Muda KeAdilan ( AMK ) : 6 orang
Perwakilan Wanita : 5 orang
Perwakilan KONGRES : 11 orang
Pemerhati KONGRES : 21 orang
Perhatian kepada Perwakilan dan Pemerhati :
PAKAIAN / DRESS CODE :
1) Lelaki : Baju Melayu bersampin, Sut Berwarna gelap dengan Kemeja bertali leher atau Baju Kemeja Batik Lengan Panjang.
2) Wanita : Baju Kebangsaan dan bersopan.
Perkeliling SETIAUSAHA AGUNG BIL.012/2008.