Friday 26 February 2010

ANTARA PERJUANGAN ISLAM SEBENAR DENGAN PERJUANGAN UMNO KAPITALIS

KUALA LUMPUR : Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan jenayah yang berlaku pada hari ini hatta daripada seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya daripada ajaran Rasulullah s.a.w walau mereka menyambut kelahiran baginda setiap tahun.
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, baginda Rasulullah s.a.w. tidak mewariskan harta pusaka dan kekayaan kepada umatnya selepas kewafatannya, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
"Sesungguhnya, perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita sentiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita?
"Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini,” soal beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang itu mengajak seluruh umat Islam menghayati firman Allah yang bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)
Beliau yang juga mantan Menteri Besar (MB) Terengganu menegaskan, sambutan maulidurrasul bukan sekadar slogan, bercuti dan berarak tetapi lebih daripada itu.
“Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah.
Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,” katanya sempena perutusan Maulidur Rasul 1431.
Beliau itu turut menyeru setiap individu muslim dan pemerintah bersama-sama mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w sepanjang hayat seterusnya menyambung perjuangan yang ditinggalkan oleh baginda kepada umatnya.
“Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan.
Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita.
Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya.
Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431,” tegas Ahli Parlimen Marang itu.
Terdahulu, beberapa ahli Umno berdemonstrasi di Pulau Pinang sebagai membantah pembatalan sambutan perarakan di negeri itu walaupun ia sebenarnya bukan sahaja diadakan tetapi tempohnya dipanjangkan malah lebih banyak majlis ilmu diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang di terajui Ketua Menteri bukan Islam, Lim Guan Eng.
Berbanding di zaman Umno/BN memerintah, Pulau Mutiara itu kerap menyekat ceramah agama walaupun berpuluh-puluh tahun Umno menjadi majoriti dalam kerajaan BN di negeri itu.
Beberapa hari selepas demonstrasi Umno di Pulau Pinang, beberapa negeri di yang diperintah oleh BN mengumumkan tiada perarakan diadakan di negeri mereka sekaligus menempelak kembali kokokan Umno di negeri itu.
Berbanding perarakan maulidurrasul, Umno nampaknya lebih suka calonnya perasuah dan pernah dibuktikan bersalah daripada menjadi calon pilihanraya dan tiada demonstrasi membantah calon perasuah itu.
Adun Bagan Pinang, Isa Samad ialah calon kesayangan Umno terutamanya Presiden Umno, Najib Razak walaupun beliau tahu calon itu pernah dihadapakan oleh partinya sendiri kerana terlibat dengan rasuah.
Sehingga kini Umno kerap melaungkan 'Semangat Bagan Pinang' yang merujuk kepada kemenangan calon perasuahnya, Isa Samad termasuklah dalam perhimpunan Umno beberapa bulan lalu.

Tuesday 23 February 2010

PENIPUAN UMNO BERTERUSAN DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA CETAK ELEKTRONIK DENGAN KAWALAN KUASA MEREKA

Royalti minyak: BN diminta henti tipu rakyat
Feb 23, 10 11:11am
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus. “Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.
“Kedua, Mustapa (kanan) kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama”.Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian berkenaan tidak sah mengapa Terengganu dibayar semasa BN memerintah selama 19 tahun.“Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah tiga batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa?” soal bekas menteri di jabatan perdana menteri yang satu ketika dahulu diamanahkan menjaga hal berkaitan undang-undang.Menurut Zaid, Mustapa berhujah menggunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.Katanya, yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia. “Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.”
Menurut Zaid, hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tidak kurang dari 12 batu dari pantai dan sekiranya batasan itu diguna-pakai, maka tiada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.Tambahnya, sebahagian besar hasil minyak yang ada sekarang ini terletak dalam kawasan EEZ.“Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.Zaid kemudiannya menghuraikan sejarah Amerika dan memberikan contoh hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Bagi beliau, perkara yang sama harus digunakan bagi menentukan hak negeri di Malaysia.“Adalah salah bagi Umno memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak.
“Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meliputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?” katanya lagi.Bagi Zaid, Umno cuma mencari helah untuk tidak mahu membayar pampasan kepada negeri Kelantan.Katanya, jika BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tetapi ia tidak semestinya dibayar terus.Zaid seterusnya meminta Mustapa merenung seketika isu berkenaan dan menghentikan penipuan mereka menerusi iklan di media arus perdana untuk mengaburi mata rakyat.Zaid berkata lagi dia dukacita dengan perkembangan itu dan menganggap Mustapa sebagai antara tiga atau empat menteri yang dihormatinya ketika dalam kabinet. Ini kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.
Namun dalam hal ini, Zaid meminta Mustapa supaya tidak lagi meneruskan penipuan ke atas rakyat.Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Januari lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini.Namun jumlah itu dipertikaikan oleh kerajaan negeri manakala cara penyaluran tidak secara langsung juga dibantah.
Bagi rakyat kelantan memang sudah tahu siapa penipu2 rakyat kelantan, siapa penderhaka kepada bumi kelantan dan siapa mengaut kekayaan dari bumi kelantan hasil peruntukan dari kerajaan pusat...semoga suatu hari nanti mendapat petunjuk dari Allah swt suatu hari dengan kesannya akan dirasai sehingga keakhir akhirat.

Sunday 21 February 2010

Iklan Penjelasan Isu Royalti Minyak Yang Tidak Jelas!

HARI ini dua buah akhbar utama milik Umno dan akhbar tiblod telah menyiarkan semuka penuh iklan penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Saya kurang pasti apakah akhbar berbahasa Cina, India, Arab dan Orang Asli turut sama menyiarkan iklan berkenaan. Semuka penuh berwarna di mana nilainya tidak kurang RM5,000. ( Cuba kira berapa banyak duit Rakyat digunakan jika semua akhbar disiarkan - itulah cara mereka jika penerangan dan ceramah mereka tidak mendapat sambutan rakyat Kelantan )
Andaian saya sikit tersasar. Iklan berkenaan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di mana Rais Jantan@Yatim adalah menterinya. Ada lapan (8) persoalan atau penjelasan dalam iklan berkenaan. Saya cukup yakin penjelasan berkenaan yang kononnya bersadarkan kepada perlembagaan dan undang-undang digarap dan disediakan oleh Rais Yatim.
Rais Yatim adalah seorang yang berkelulusan undang-undang ada memiliki Phd.
Seperti mana saya agakkan iklan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah. Kerajaan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tidak dapat menerima penjelasan berkenaan. Penjelasan berkenaan juga boleh dipertikaikan dari berbagai sudut. Saya rasa kalaupun bukan atas emosi yang membuak dan simpati kepada kerajaan Kelantan, penjelasan itu boleh ditolak. Tegasnya iklan berkenaan tidak memberikan markah tinggi kepada kerajaan dan Umno Kelantan khususnya.
Sebaliknya iklan itu akan dilihat sebagai cuba menegakkan benang basah saja. Benar seperti kata penjenguk blog saya, isu royalti minyak dan kedegilan Umno untuk terus menghukum kerajaan Pas Kelantan merupakan senjata yang akan membunuh Umno sendiri dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Persoalan pertama dalam iklan berkenaan ialah mengenai perkataan "royalti". Menurut iklan berkenaan perkataan itu tidak diguna sebaliknya ia menggunakan perkataan "bayaran tunai". Ini bermakna hak 5% itu sepatutnya dibayar tunai oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan.
Kedua, mengenai kelayakan mendapat 5%. Menurut iklan itu bayaran tunai sebanyak 5% itu akan dibuat kepada telaga atau hasil dalam lingkungan 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut mengikut (Ordinal Kuasa-Kuasa Perlu) No 7 tahun 1969).
Penjelasan ini boleh diakui tetapi di dalam iklan itu tidak menjelaskan jarak kedudukan tiga plantar minyak di perairan Kelantan yang dituntut itu. Jika menerima pakai jarak seperti mana dijelaskan oleh Pengerusi Petroleum Kelantan, Husam Musa, jarak ketiga plantar berkenaan kurang daripada 3 batu nautika, malahan jarak sebuah plantar itu lebih dekat dari plantar di Terengganu. Kenyataan Husam itu bukan omong kosong sebaliknya berdasarkan kepada ukuran yang dibuat oleh firma yang bertauliah.
Kenapa iklan berkenaan tidak menjelaskan jarak dan kedudukan plantar-plantar berkenaan? Penyembunyian jarak ini menunjukkan ada yang cuba disembunyikan oleh iklan berkenaan tetapi sudah pun diketahui umum akan hakikatnya.
Ketiga, iklan itu menjelaskan hasil di luar 3 batu nautika menjadi milik kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri tidak berhak menuntut. Ini diakui, dan kerajaan Kelantan hari ini pun tidak menuntut hasil minyak jauh dari 3 batu nautika dari perairan mereka. Rasanya kerajaan Kelantan pandai dan arif membaca undang-undang dan akta ini.
Keempat, iklan berkenaan menjelaskan bahawa Sarawak dan Sabah ada kuasa dan status tersendiri terhadap royalti minyak. Apa nak dijelaskan status yang diguna pakai Sarawak dan Sabah tidak valid untuk dipraktikan oleh Kelantan dan negeri-negeri lain.
Kelima, menjelaskan mengenai maksud wang ehsan. Iklan itu menjelaskan pemberian wang ehsan itu atas budibicara kerajaan Persekutuan. Menurut iklan itu pemberian ini diluar skop Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ditandatangani dengan kerajaan negeri pada 1975/1976. Pemberian itu atas kesedaran dan tanggungjawab berasas keprihatinan kerajaan Persekutuan.
Persoalannya dalam kes Kelantan ini kenapa kerajaan tidak menggunakan budibicara dengan memberikan keadilan kepada kerajaan Kelantan sekurang-kurangnya menyalurkan separuh peruntukan daripada 5% itu bukannya diberikan 100% wang itu kepada Umno atau JPP untuk diagihkan kepada rakyat! Di manakah keadilan dan apakah ini tidak boleh dikatakan satu kezaliman.
Keenam, iklan itu menjelaskan Kelantan hanya diberikan RM20 juta saja, itu pun atas ehsan kerajaan Kelantan kerana kononnya penghasilan gas di luar 3 batu nautika negeri Kelantan. Logiknya kalau penghasilan itu di luar kawasan 3 batu nautika untuk apa wang ehsan itu diberikan. Bukankah dengan pemberian itu ia menimbul keraguan, kekeliruan dan dipolimekkan. Lebih baik kalau wang ehsan itu tidak diberikan langsung. Di sinilah menunjukkan pemberian wang ehsan atas prihatin Umno itu memakan diri sendiri.
Ketujuh, menjelaskan kenyataan dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan itu. Dalam penjelasan itu iklan tersebut cuba menjelaskan pandangan itu adalah pandangan peribadi Tengku Razaleigh yang tidak bersadarkan undang-undang. Penjelasan itu cuba menempelak Tengku Razaleigh yang sebelum ini pernah mengatakan negeri Terengganu tidak pun layak menerima wang ehsan. Dalam erti kata lain sebelum ini Tengku Razaleigh bersetuju dengan tindakan kerajaan hari ini.
Iklan itu cuba merendahkan Tengku Razaleigh yang mengubah pendiriannya. Kalau itu maksud orang yang mengeluarkan iklan berkenaan, beliau tidak berhak untuk menghuduhkan (memburukkan) Tengku Razaleigh kerana beliau sendiri telah berubah pandangan dan pendirian politiknya lebih 360 darjah.
Kelapan, iklan itu cuba menunjukkan Ketua Pembangkang mengetahui akan kedudukan royalti 5% itu. Iklan ini cuba menimbulkan bahawa Anwar Ibrahim juga tahu kedudukan berhubung dengan pemberian wang ehsan dan royalti minyak. Dalam erti kata lain Anwar juga pernah bersetuju dengan keputusan kerajaan hari ini.
Apakah tujuan mengaitkan pengetahuan Anwar itu? Kalau pun benar begitu dalam kedudukan hari ini, baik Anwar atau Tengku Razaleigh mereka bukan saja sedia mengubah pandangan dan pendirian hatta undang-udang berhubung pemberian itu juga akan turut diubah kerana demi untuk keadilan dan kesejahtraan rakyat. Dan apa yang Tengku Razaleigh lakukan itu adalah jihadnya untuk memberi kesejahtraan ke atas rakyat negeri kelahirannya.
Kesimpulannya iklan penjelasan itu tidak akan merubah persepsi terhadap isu yang kini sudah dipolitikkan oleh kedua pihak. Rakyat Kelantan dalam soal ini hanya membaca iklan berkenaan tetapi mereka tidak akan percaya dan merasai adil dengan apa yang diperjelaskan. Dan saya rasa ada rakyat Kelantan yang tidak dapat menerima penjelasan itu akan berak atas iklan berkenaan. [wm.kl. 11:30 am 21/02/10]


Tekanan dan sikologi mereka makin ditolak oleh Rakyat kelantan.....

Antara Fitnah 2 dan Konspirasi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

AMPANGAN, 21 Feb - Umno yang dilihat berada dalam keadaan terdesak berusaha menutup semua kepincangan mereka dengan mengalihkan perhatian rakyat kepada fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertikai sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, serangan ke atas gereja dan rumah ibadat serta isu kepala lembu.
Umno dan Barisan Nasional mahu melenyapkan skandal ciptaan mereka seperti PKFZ, kehilangan enjin jet F-5E, rasuah kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi serta pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Umno sudah menjadi pengemis politik dan terdesak dengan membuat pelbagai dakwaan kepada Pakatan Rakyat bagi menutup kesalahan yang dilakukannya.
"Serangan yang dilakukan oleh Umno terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang mengatakan orang Melayu dihimpit dan dihalau oleh peminpin DAP adalah fitnah semata-mata. Apakah yang Umno telah buat sepanjang pemerintah mereka sebelum ini, adakah Melayu sebelum ini dibela," kata bekas Pengerusi Gerak Rakyat Intergriti dan Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus pada Ceramah Penerangan Konspirasi II anjuran Angkatan Muda KEADILAN di Ampangan Jumaat lalu.
Beliau berkata Umno kini menggunakan isu perkauman untuk meraih simpati orang Melayu yang sudah hilang keyakinan kepada Umno dan BN.
Turut berucap pada majlis itu termasuk Exco Dewan Pemuda Pas Pusat Mohd Sany Hamzan yang mengatakan Umno sentiasa mengamalkan budaya rasuah walaupun bercakap hendak menghapuskan gejala itu.
"Lihat saja rasuah seorang setiausaha politik kepada menteri yang mana wang tunai sebanyak RM2 juta ditemui dirumah beliau.
"Ini mengesahkan amalan rasuah yang diamalkan oleh Umno, ini lah kerja Umno yang sentiasa mahukan poket mereka sentiasa penuh tanpa fikir itu adalah hak rakyat.
"Kalau setiausaha politik yang baru bekerja satu tahun sudah ada RM2juta cuba fikir menteri yang dah lama bekerja berapa duit yang dia ada. Takkan setiausaha lebih kaya dari menteri?
"Pakatan Rakyat mendesak Menteri terbabit Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga disiasat oleh SPRM dan polis jangan lepas menteri terbabit kerana secara logik dia juga bersalah," tegas Mohd Sany.
Beliau juga mencabar Perdana Menteri Najib Razak dan anggota Kabinet membuat pendedahan harta yang diperolehi selama mereka berkhidmat.
"Saya cabar Najib untuk buat tafsiran harta dan tanggungannya kerana rakyat berhak tahu apa yang dimiliki oleh Najib. Kenapa Najib nak takut jika dia betul dan tidak mengamalkan rasuah?," tanya beliau.
Ceramah itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat Aminuddin Harun, ADUN Lobak DAP Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Saya dulu bekas Umno, sepanjang bersama Umno saya tahu perjuangan Umno yang sebenarnya. Umno tidak jujur dalam perjuangan mereka tentang kepentingan Melayu ataupun rakyat.
"Pejuangan Umno hanyalah untuk kepentingan kekayaan mereka sendiri bukan untuk membela rakyat," tegas Aminuddin.
Anthony Loke pula berkata laporan yang dikeluarkan oleh media arus perdana berhubung perbicaraan Datuk Seri Anwar adalah "double standard" dan bersikap melebihi mahkamah dengan mengada-adakan cerita.
"Selain itu juga banyak persoalan yang kenyataan oleh Saiful semasa kejadian di kondominium tersebut perlu dijawab sebelum pendakwaan dibuat.
"Kenapa semasa kejadian tersebut Saiful tidak lari kalau dia takut, apakah pemuda 26 tahun tidak boleh lawan orang dewasa berusia 60 tahun. Ini satu kenyataan yang tidak masuk akal dan nampak sangat Saiful menipu."
"Kita menunggu jawapan dari Saiful kenapa dia tidak lari kerana jika dia ingin melarikan diri Anwar tentu tidak dapat lawan kerana faktor umur dan siapa pula yang hendak halang beliau sebab hanya dia berdua dengan Anwar semasa kejadian. Kalau wanita ingin di rogol pun dia melawan dan melarikan diri inikan pula Saiful seorang lelaki.
"Tak masuk akal, persoalan tuduhan ini adalah dakwaan yang palsu untuk menhancurkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenapa selama enam tahun (selepas dibebaskan) tiada dakwaan tetapi setelah kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas timbul pula dakwaan. Ini lah kerja politik kotor Umno yang semakin takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat," tegas Anthony Loke dihadapan 2,000 penyokong.
Shamsul Iskandar dalam ucapan beliau menyelar Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang dakwa peguambela Karpal Singh sebagai tangan ghaib yang bertindak masuk campur dalam perbicaraan Anwar.
"Ini dakwaan yang amat serius. Adakah Najib dan Rosmah berani menafikan bahawa mereka tidak terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar? Sebab itu dari awal kita katakan tuduhan terhadap Anwar hanya konspirasi politik yang dicipta oleh Umno untuk menyekat kemaraan beliau," tegas Shamsul lagi.
Rakyat perlu terus di beri penerangan dan penjelasan setiap masa tentang perangai UMNO yang secara jelasnya telah merosakkan dan menjatuhkan Institusi Melayu, Raja2 Melayu dan Agama Islam dari awal permohonan kemerdekaan dahulu dengan menjadikan Bangsa melayu sekadar pada nama sahaja tetapi hakikatnya semakin terhakis dari segala aspek sama ada bangsa, agama dan tanah....

Sunday 14 February 2010

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT - PENTAS ANAK MUDA

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:
PENTAS ANAK MUDA.

TAJUK : FITNAH 2.
Tarikh : 19hb Feb.2010
Masa : 9.00 malam
Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )
Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong lalang.
Penceramah :
1. Saudara Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia
2. Saudara Ustz Nazaruddin : Ketua Pemuda PAS Pusat.
3. Saudara YB Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.
4. Saudara Nazree : Bekas Pengerusi Gerakan Anti Korupsi ( GERAK )
5. YB Aminuddin Adun Sikamat
6. YB Rashid Adun Ampangan.

Dijemput seluruh warga Seremban, Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Umumnya Rakyat Malaysia. Anak Muda Penegak Keadilan untuk rakyat.