Ada orang minta disampaikan kepada pejuang islam tulen & sejati. MP Kulim Konsensus Bebas.
Kepada pembaca yg melayari laman ini, sila baca bahagian yg di italic bold untuk mengenali siapa dia Sang MP Kulim ini yg makin menjadi lagak heronya.
Ini adalah petikan dan pesanan yang diambil daripada blog tukar tiub Hishamuddin Rais ( Orang Nogeri Yooo )
SANDIWARA POLITIK PKR SUDAH LENGKAP – berita hairan
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata pengumuman bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim, untuk meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara dimainkan kepemimpinan PKR selama ini.
“Kecundangnya Zaid, sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun kecil yang mendokong falsafah politik matlamat menghalalkan cara, menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.
Kepada Zul Nordin:
Saudara,Tiga hari dahulu saya mendapat panggilan talipon. Ketika panggilan masuk saya berada dibilik mandi. Selesai mandi saya ternampak ada tanda pangilan tidak dijawab dan belum pun sempat saya melakukan sesuatu - satu susulan pesanan ringkas masuk.
Pesanan meminta kebenaran untuk bercakap jika saya sibuk dan tidak mahu diganggu. Pesanan ini saya tahu dari siapa. Saya amat kenal hamba allah ini. Ini kenalan dan kawan lama saya.
Kami berkenalan dan berkawan ketika kami muda. Kami berkenalan dan berjuang ketika kami anak anak mahasiswa. Hamba allah ini juga adalah ahli majlis ke 16 Persatuan Mahasiwa Universiti Malaya dimana saya menjawat Setiausaha Agung PMUM.
Untuk masa ini biarlah saya tidak mengenalkan nama hamba allah ini kepada umum. Tetapi saudara Zul Nordin pasti amat amat mengetahui siapa hamba allah yang saya maksudkan ini.
Biar saya teruskan surah ini. Saya pun menalipon kenalan lama saya ini. Apa yang saya tulis dibawah ini ini adalah hasil dari perbualan talipon kami.
Bagini isinya:
Saya diberiathu bahawa apabila parlimen dibubarkan pada tahun 2008 dahulu, nama Zul Nordin telah dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat sebagai calon parlimen.
Zul Nordin telah berkesah tentang namanya sebagi calon kepada ramai orang. Zul Nordin bercerita bahawa dia amat amat kekurangan duit. Malah Zul Nordin becerita yang dia tidak memiliki duit untuk untuk wang pertaruhan.
Zul Nordin telah mengkesahkan ‘ kesusahan’ ini kepada seorang seniman. Sang Seniman ini kemudian telah pergi menemui hamba allah kawan saya itu dan meminta sesuatu dilakukan.
Sebenarnya sang Seniman, hamba allah ini dan saya adalah dalam satu angkatan. Kami sama sama di jalan raya pada Disember 1974 dahulu. Sang Seniman ini adalah juga kawan baik saya.
Si hamba allah ini dengan baik hati telah menguruskan 15ribu ringgit duit Malaysia untuk digunakan oleh Zul Nordin. Wang sebanyak ini telah dipinjamkan agar dapat digunakan sebagai duit pertaruhan yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya -SPR.
Telah dijelaskan antara si pemberi dan si penerima bahawa wang sebanyak ini hanyalah untuk dipinjamkan sahaja. Sesudah piliharanraya selesai wang pertaruhan ini akan dikembalikan
Zul Nordin ketika itu adalah anggota PKR telah menang dan diangkat sebagai ahli parlimen.
Hamba allah kawan saya ini telah membiarkan beberapa bulan sebelum cuba menghubungi Zul Nordin untuk menuntut kembali wang sebanyak 15ribu ringgit ini. Semuanya gagal. Zul Nordin, si Pejuang Islam dan si Penjihad agama ini tidak ambil pot.
Telah beberapa kali cuba dihubungi, si Pejuang Islam ini buat deeeeek sahaja. Justeru hamba allah ini tidak ada pilihan melainkan menalipon Tukar Tiub.
Itulah saja isi perbualan talipon antara saya dengan hamba allah yang meminjamkan duit kepada Zul Nordin.
Saudara Zul,
Saya berharap saudara Zul membaca surat saya ini.
Atau jika ada sesiapa yang kenal atau ada hubungan dengan Zul Nordin sila sampai berita hutangnya yang belum berbayar.
Marilah kita sama-sama ingat mengingati bahawa sebelum kita berbuih-buih mulut untuk berjihad lebih baik kita selesaikan hutang piutang kita. Sebelum kita meloncat loncat bercakap tentang Islam lebih baik kita uruskan hal hutang kita.
Saya kurang arif dalam hal hukum hakam Islam justeru saya tidak tahu apakah hukumnya jika kita memiliki wang tetapi enggan membayar hutang lama kita. Saya harap mereka yang arif dalam hal ini akan berbaik hati untuk menerangkan kepada saya yang jahil ini.
Tetapi dalam budaya dan lingkungan saya yang kurang didikan agama dan tidak pernah berjihad dan tidak melaung-laungkkan Islam – kami akan menyelesaikan hutang piutang kami. Bukan kerana kami hendak masuk syurga tetapi cakap kami adalah janji kami. Janji kami tidak bersayap. Apa yang dikata akan dikota. Ini pegangan hidup kami walau pun kami tidak berjihad atau berbuih-buih mulut bercakap tentang Islam.
Sekian wassalam
Isham Rais
p/s:
saya menulis surat ini untuk menyatakan rasa simpati saya kepada hamba allah kawan saya yang duitnya telah saudara pinjam. malah kawan saya itu tidak ada jalan lain lagi untuk mendapatkan kembali duit itu.
No comments:
Post a Comment