Thursday 18 November 2010

DIANTARA TAN SRI KHALID IBRAHIM DGN NAJIB RAZAK

Petikan daripada Utusan Meloya.
Soalan pokok disini ialah :-
Pada tahun 2009, Tan Sri Khalid disiasat SPRM kerana sumbangan 46 ekor di Parlimen Bandar Tun Razak, tahun 2010 anak Tun Razak, PM Malaysia ke 6 terima 659 ekor lembu dari 20 buah syraikat korporat ( kononya ), untuk program qurban Aidil Adha bagi sebaran ke seluruh Negeri Pahang.
Apa komen SPRM selepas ini?
Korban perlukan terjemahan

Oleh YUSRI SAHAT dan ZAMZURINA AHMADutusanpahang@utusan.com.my

PEKAN 16 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menterjemahkan ibadat korban kepada konsep yang lebih meluas.

Menurut Perdana Menteri, ibadat korban perlu dilihat sebagai satu konsep yang amat baik untuk diamalkan dan ia merupakan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

"Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop yang kecil iaitu penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas dalam setiap saat dan ketika.

"Dengan kata lain, kita mesti menggandakan pengorbanan tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.

"Sebagai contoh, Model Baru Ekonomi (MBE), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ia bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menjana kemakmuran rakyat," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban dalam Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; barisan ahli Exco kerajaan negeri; ketua-ketua UMNO bahagian dan para pemimpin masyarakat.

Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagihkan kepada 13 bahagian UMNO di seluruh negeri dan 55 masjid di daerah ini.

Menurut Najib, falsafah ibadah korban menekankan kesatuan umat yang dibina atas dasar takwa bagi memantap dan mengharmonikan hubungan sesama manusia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

"Dari sudut lain, ibadah korban adalah satu cara yang amat baik bagi menjalin kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat iaitu apabila masyarakat mengamalkan gotong-royong ketika melapah dan mengagihkan daging korban termasuk mengadakan kenduri kesyukuran," jelasnya.

Tegas Perdana Menteri, sesuatu perkara atau matlamat tidak mungkin menjadi kenyataan jika ia tidak dilakukan atas dasar pengorbanan.

"Ini kerana matlamat yang diidamkan tidak akan menjadi kenyataan jika hanya mengharapkan sesuatu datang bergolek atau yang pipih datang melayang," jelasnya.

Dalam ucapannya juga, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk dalam Parlimen Pekan yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh daripada penyakit cacar yang dihidapinya.

"Berkat doa tuan puan, semuanya telah berakhir, cuma sekarang hendak pulih balik kesihatan sepenuhnya. Bab muka ini, tidak tahu bila (pulih). Macam-macam petua, jangan makan kicap, jangan kena hujan, doa harap pulih seperti sedia kala," katanya.

Secara berjenaka Najib berkata, penyakit itu biasanya dihidapi oleh kanak-kanak dan bukan orang dewasa seperti beliau.

"Biasanya penyakit ini kena kepada kanak-kanak tetapi apabila orang tua kena, ada sikit komplikasi," katanya.

No comments: