Wednesday 29 September 2010

DR.ASRI : BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG TIDAK HARAM

Satu pukulan maut ke muka TPM, Reezal Merican & Zul Nordin. LGE pun telah jawab apa yg mereka minta & tuduh.

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.
Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.
”Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
Judi hendaklah dicegah
Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.
Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.
Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.
“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.A
da juga bukan Islam miskin tegar
“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.
Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.
Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.
Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.
“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.
“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

DPM AGREES SODOMY II TRIAL BAD FOR BUSINESS

Ini komen yg dipetik daripada blog Kopitiam Bang Nan dan cuba baca komen beliau tentang TPM yang di berikan gelaran nama manja sebagai MAT SEMBAB oleh Hishamuddin Rais.
MAKIN LAMA AKU TENGOK .......... MAKIN BANGGANG MAHYUDIN NI..!!
Hello Din...aku nak bagitau kau macam ni lah...
1. Kes buat2 macam ni memang tak baik. Bukan sebab mat saleh ni cakap tak baik ... baru benda ni jadi tak baik. Memang benda fitnah ni Allah dah larang. Kau kata kau anak kiai... bior bebeno??
2. Masuk pulak dalam court yang macam kanggaroo...beruk mat yeh pun termenung...apa lagi mat saleh?
3. Kalau court dah macam sial sapa nak melabur dalam negara ni Din oiii???
4. Kalau kau tak faham jugak....kau berhenti jadi TPMlah...baik kau berniaga mini cooper lama macam kawan2. Dapat juga beli banglo kat Country Height...he he
5. Jangan marah...nanti kena jual!!

DPM agrees Sodomy II trial bad for business
By Yow Hong ChiehSeptember 28, 2010

Muhyiddin: If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn’t like this case to be in the Malaysian court.

KUALA LUMPUR, Sept 28 — Tan Sri Muhyiddin Yassin today admitted that Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial was bad for the country’s image and said that the sooner the case was disposed of, the better.
“If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn’t like this case to be in the Malaysian court,” the Deputy Prime Minister said.
“Of course, it’s true that... if there’s no any cases of such that is high profile, then Malaysia will be much better positioned.
“The sooner this matter is resolved, the better for us.
”Virgin Group founder Sir Richard Branson yesterday said the ongoing Sodomy II trial was “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation, and urged the prime minister to intervene in the matter.
“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he had said.
Despite Branson’s outspoken remarks, Muhyiddin said he did not think the British entrepreneur was intervening in the country’s internal affairs but rather making a “genuine” comment in the best interest of Malaysia.
“His remarks are in the context of how to help Malaysia further move forward and draw the bigger investment that we need,” the deputy prime minister said.
“His comment is taken in light of how to support Malaysia’s initiative, and I want to take that sort of angle as to what he is saying.
”Muhyiddin also stressed that Anwar’s trial was not a government conspiracy, as alleged by some, pointing out that the case did not fall under the jurisdiction of the government but Malaysia’s “very established” judicial system.
“It is a case which is... not being brought by any parties except [an] individual who felt that he has the right to be... judged and, of course, the right to be protected by whatever law in the country, as far as the sodomy case is concerned,” he said.
Anwar, the 62-year-old PKR de facto leader, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.
The former deputy prime minister has denied the charge, describing it as “evil, frivolous lies by those in power” when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years’ jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.
Anwar was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences.
He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.
He had earlier led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.
Anwar’s Sodomy II trial will resume on October 14.
Posted by Firdaus Omar

Friday 24 September 2010

KHAIRY INSIDIOUS HANDS TO ALIANATE MALAY VOTERS FROM UMNO

PECAHAN PENGUNDI BARU DARI BULAN JANUARI HINGGA JULAI 2010
  1. DAP - 55,321
  2. UMNO - 54,872
  3. PAS - 36,618
  4. PKR - 13,098
  5. MCA - 2,917
  6. MIC - 1,109
  7. GERAKAN - 476

PECAHAN PENGUNDI BARU PADA BULAN JULAI 2010

  1. DAP - 9,106
  2. UMNO - 7,230
  3. PAS - 3,961
  4. PKR - 1,749
  5. MCA - 455
  6. MIC - 18
  7. GERAKAN - 83

Maklumat lanjut dan artikel bolehlah dirujuk ke blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com

MENTERI BESAR NS, GILIRAN KUALA PILAH?

Macam yakin je menang PRU13 yg akan datang. Ada peluang ke? Dengar cerita YB Ismail Lasin ni dulunya pemain bolasepak Negeri Sembilan. Sepasukan dengan Ghani Hassan, saudara sepusat sepusing MB yang ada sekarang ni. Tapi yang peliknya, apa yang dia dah lakukan untuk pembangunan sukan di Negeri Sembilan? YB Taufek, Adun Paroi menyatakan semasa konvensyen PR yg lalu, dalam masa setahun PR memerintah, dia yakin sukan khasnya bolasepak negara akan kembali berada dizaman kegemilangan era Syed Ahmad, Shaharudin Abdullah, Soh Chin Aun, Allahyarham Mokhtar Dahari.
Oleh: amkns
"Posting saya sebelum ini, yang mengisahkan bekalan air yang terputus setiap hari lebaran dikampong mendapat reaksi yang sangat besar dari pembaca khususnya bagi mereka yang tinggal atau berasal dari mukim dan kariah yang sama dengan saya. Sebenarnya saya terpaksa menulisnya secara terbuka kerana kesiankan orang kampong saya dan kampong-kampong sekitarnya telah merasakan kepayahan dan keresahan sejak beberapa tahun yang lalu kerana kelalaian pihak yang berwajib untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Pemimpin-pemimpin politik tempatan khususnya W/Rakyat yang merupakan ‘Law Makers’ diDewan Undangan Negeri sepatutnya memberikan fokus terhadap isu kemudahan asas untuk rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak menghadapi masalah air yang merupakan asas seseorang itu untuk hidup.

Mereka sebagai W/Rakyat sepatutnya membuat pemantauan terhadap isu sensitif ini dan mempastikan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pelaksana (pegawai kerajaan) ini disempurnakan sebagaimana yang telah didasarkan oleh pihak penggubal dasar diNegeri Sembilan. Itulah sebabnya semasa saya berada dalam barisan pimpinan UMNO diKuala Pilah dahulu saya selalu memberikan pandangan kepada pemimpin-pemimpin ditempat saya supaya mencari pemimpin yang bersedia untuk memberikan tumpuan khusus untuk orang ramai dari memberikan tumpuan kepada bermain politik siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Oleh kerana terlalu ramai yang hendak menjadi pemimpin maka berlakulah budaya mengampu dan diampu dikalangan pimpinan dikawasan ini. Setengah yang tidak ada kepimpinan mengampu kepimpinan peringkat negeri dan mulalah pemainan politik wang yang tidak dapat dikawal sehingga kehari ini.

Menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian dalam tahun pemilihan mampu mengumpul wang sogokkan dari pihak yang tidak ada kepimpinan yang ingin menjadi pemimpin yang tidak ‘legitimate’. Sekarang ini menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian boleh menambah pendapatan dengan lumayan. Akhirnya yang timbul itu hanyalah sampah sarap dan yang baik itu tenggelam dan hanyut debawa arus rasuah yang sangat ganas kemuara.
Yang akhirnya sengsara adalah rakyat marhin dikampong-kampong seperti apa yang dihadapi oleh kampong-kampong yang saya tulis dalam posting yang lepas. Ismail Lasim adalah Ketua Bahagian Kuala Pilah yang menjadi Ketua kerana budaya mengampu dan permainan politik wang yang keterlaluan.

Ismail merupakan seorang yang hanya bergayut kepada pemimpin perhubungan. Siapa yang menjadi pemimpin perhubungan itulah ketua dan akan taat kepadanya asalkan sahaja beliau diberikan perlindungan politik peribadi beliau.

Apabila Ketua Perhubungan itu bertukar maka bertukarlah ketaat setiaannya kepada yang baru. Beliau disenangi oleh Mohammad dan itu yang penting bagi beliau. Kesejahteraan rakyat tidak dipedulikan kerana yang penting baginya ialah kemakmuran politik beliau secara peribadi.
Tetapi apa yang diharapkan oleh Mohammad tidak mampu dipertahankan oleh Ismail.
Apabila Mohammad dibelasah oleh pimpinan bahagian-bahagian yang lain diNS Ismail Lasim membisu kerana beliau memang terkenal dengan permainan politik ‘play-safe’. Ismail tidak berani menegaskan pendirian apabila sampai keperingkat ini.

Rupa-rupanya Ismail mempunyai agenda sendiri; iaitu untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan mentornya Mohammad Hasan. Ismail menggunakan bekas pemimpin Bahagian Kuala Pilah untuk mendapatkan ‘connection’ bagi menjayakan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar yang merupakan matlamatnya yang ‘ultimate’.

Selepas ini kita akan dapat saksikan siapa yang main dan siapa yang kena mainkan. Ismail merupakan pilihan bagi pemimpin yang tidak sebulu dengan Mohammad Hasan. Sesiapa sahaja boleh menafikannya tetapi hakikat tetap hakikat.

Bagi Ismail beliau merasakan beliau telah dapat mengawal kepimpinan diKuala Pilah kerana beliau telah berjaya mengenengahkan pemimpin-pemimpin yang lesu yang akan hanya mengangguk dan mengiyakan segala kehendaknya.

Diantara pemimpinan tempelan Ismail termasuklah Razi (ADUN Juasseh) Adnan Abu Hasan (Pilah) serta Abdul Samad (S Menanti). Dalam pada Ismail berusaha untuk mendapatkan jawatan MB itu saya diberitahu yang Samad Ibrahim (S Menanti) pulak yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan tahun hadapan dan beliau pula mengambil giliran untuk duduk rapat dicelah ketiak Mohammad Hasan.

Ismail Lasim nampaknya menggunakan TS Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan ‘connection’ dengan DS Najib dan juga mendapat dokongan Rais Yatim untuk tujuan untuk menjadi Menteri Besar. Saya dihujani dengan kedatangan kawan-kawan dari tempat saya memberi tahu cerita-cerita yang sangat ‘interesting’’ ini.

Ismail selain dari minatnya sendiri untuk menjadi MB ini, beliau nampaknya menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin NS yang ada dipusat untuk melakukan tekanan terhadap Mohammad Hasan dan Ismail bersedia untuk dipergunakan oleh kumpulan ini. Yang penting beliau mesti menjadi MB.

Seandainya Mohammad Hasan berjaya mengekalkan tempat beliau maka Ismail akan tinggal kesaorangan kerana Rais dan yang lain akan menukar kesetiaannya kepada Mohammad secara ‘instantaneous’.

Kalau kita melakukan kajian terperinci, maka munasabahkah pemimpin-pemimpin ini duduk berbaik-baik untuk berkhidmat kepada rakyat untuk mempastikan keperluan rakyat disediakan? Mohammad dalam pada itu telah ‘membeli’ beberapa orang diKuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Bahagian-bahagian yang lain untuk memecahkan kekuatan musush-musuh yang ada dalam selimut beliau.

Beliau telah berjaya melemahkan ‘base’ Rais diJelebu dengan konspirasi beliau dengan Yunus Rahmat sehinggakan Rais hanya menang dengan 11 undi dalam pemilihan bahagian Jelebu apabila beliau ditentang oleh anak muridnya sendiri Yunus Rahmat.

Kali ini Samad Ibrahim akan menjadi ‘conduit’ beliau diKuala Pilah dan seorang yang benama Salim diJempol untuk melemahkan Lilah Yasin. Masing-masing memperalatkan dan diperalatkan dalam permainan poitik yang sangat getir diNS.

Siapa yang menjadi ‘sikitol’ dan siapa yang di’kitolkan’ sudah mula jelas dilihat dan ini merupakan permainan yang sangat merbahaya bagi kepentingan UMNO dinegeri yang beradat ini. Dalam pada itu PR sedang menembusi banyak kubu UMNO kerana UMNO bergolak terlalu jelas.

Jika pihak PR mampu untuk menunjukkan siapa yang akan menjadi MB yang ‘viable’ maka kemungkinan barisan ‘alternative’ itu akan berjaya menubuhkan kerajaan diNS adalah cerah. Permainan ‘cah keting’ diKuala Pilah dan NS amat merbahaya ditambah pula dengan ketidak mampuan W/Rakyat pada hari ini berkhidmat kepada rakyat dan berani menentukan pendirian tegas dalam isu kepimpinan ini akan membawa kecelakaan kepada UMNO dan BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO giat membunuh politik mereka sesama meraka ibarat sel-sel kanser yang membunuh diantara satu dengan yang lain yang menyebabkan kanser yang ‘malignant’ yang akhirnya mematikan tubuh UMNO itu sendiri.

Saya amat dibenci oleh ramai pemimpin yang bermain politk secara ini semasa saya bergiat dahulu. Sekarang saya telah berjaya membuktikan apa yang saya katakan itu sudah menjadi kenyataan.

Baru sekarang mereka sedar (jika telah sedar) bahawa politik menggunakan wang itu tidak akan kekal kekuatannya. Selepas ini kita mungkin dapat melihat apa yang berlaku dikawasan-kawasan lain diNS. Yang kita lihat sekarang ini hanya 10 peratus dari apa yang sebenarnya berlaku.

Persoalannya sekarang, mampukah Ismail mengambil alih jawtan yang dipegang oleh Mohammad Hasan, sedangkan beliau sendiri sudah mengalami sokongan yang begitu merosot diKuala Pilah? Mampu kah Ismail melakukan ‘kona baring’ dan meninggalkan Mohammad?
Sama-sama kita lihat. It’s going to be an interesting political affair in NS. Bet you. Kalau saya boleh bertanya kepada Mohammad; ingat ke tidak saya pernah memberitahu beliau yang Ismail bukan orang yang mempunyi ‘ allegiance’ terhadap sesiapa kecuali pada dirinya sendiri?
Tidak payahlah jawab; jawab kepada diri saudara sendiri. Itu sudah mencukupi.

MAHATHIR DAKWA MELAYU AKAN HILANG KUASA JIKA PAKATAN GANTI BN

Is he Nyanyu or Nyanyuk? Or is he Dr. yang mudah lupa?
Kajian : Siapa Vincent Tan, Yeoh Teong Lay (YTL), Ananda Krishnan, Eric Chia, Ting Pheek Khing,?
Siapa dibelakang dia semasa mentadbir selama 22 tahun dulu? Kalaulah dia boleh menilai daripada sudut PRINSIP perjuangan, sudah pasti dia tidak akan komen tentang DS Nizar.
Apa - apapun kita sama - sama tunggu samada dia sanggup sahut cabaran Nurul Izzah untuk berdebat atau tidak.
KUALA LUMPUR, 23 Sept – Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.
Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.
Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.
“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat perdana menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.
Dr Mahathir berkata walaupun Nizar itu mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.
Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.
“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.
“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh PR, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.
Posted by Firdaus Omar

Thursday 23 September 2010

SYED HUSSIN ALI : ANWAR BERBEZA DARIPADA RAZALEIGH

Satu pendedahan daripada seseorang yang amat mengenali DSAI. Penilaian untuk direnungkan.. perjuangan
oleh Lim Hong Siang Sep 21, 2010.
Dalam politik, musuh kepada musuh adalah kawan. Semua puak dan sekta akan disatu-padukan sebaik mungkin untuk menentang musuh yang utama. Pendekatan sedemikian menjadi salah satu pilihan kepada politik berhaluan kiri, yang sering dilabel sebagai fahaman anti-agama dalam politik tanahair.
Jika diimbas zaman pasca penjajahan Jepun, konsep "kerjasama" ini terjelma dalam bentuk draft Perlembagaan Rakyat, yang dikemukakan oleh gabungan Putera-AMCJA. Kemudian, usaha disusuli dengan cubaan untuk menggabungkan pengikut tiga orang tokoh Ahmad Boestaman (dari Parti Rakyat), Burhanuddin Helmi (dari PAS) dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako, dari Parti Buruh Malaya).
Bagaimanapun ia berakhir dengan ketidakhadiran PAS, apabila Parti Rakyat dan Parti Buruh membentuk Barisan Sosialis (Socialist Front, SF) pada tahun 1958. Kuku besi regim Perikatan (dan Barisan Nasional kemudiannya) terus mencengkam perluasan pengaruh sosialis - untuk beberapa dekad perjuangan sosialis disamakan dengan pengorbanan, seolah-olah perjuangan yang tidak menemui kemenangan...
Apa kata jikalau gerakan Reformasi tidak tercetus pada tahun 1998? "Tidak tahulah..." jawab Syed Husin Ali (gambar kanan), bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang mengambil keputusan penting pada zaman yang bergelora itu.
Sesungguhnya, tiada "jikalau" dalam sejarah. Tiada sesiapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku "jikalau" sejarah berlaku sebegini dan bukan sebegitu pada detik saat tertentu. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, Syed Husin Ali mengimbas faktor yang mencantumkan PRM dengan Parti KeADILan Nasional; dan berkongsi penilaian dan pandangannya terhadap Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebelum beliau berundur dari jawatan Timbalan Presiden yang disandang sejak tahun 2003.
Anwar nyatakan hasrat dalam surat
Dalam negara seperti Malaysia, ruang demokrasi kadang-kala hanya berkembang di celah-celah retakan parti pemerintah. Pembangkang melalui zaman paling sukar untuknya setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Bukan sahaja Barisan Sosialis berpecah dan terbubar, malah PAS menyertai Barisan Nasional pada awal tahun 1970-an.
Harapan pembangkang akhirnya muncul dari celah retakan UMNO pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah pada ketika itu keluar dari UMNO, dan menubuhkan parti Semangat 46, yang seterusnya menjuruskan pembentukan Gagasan Rakyat, satu perikatan politik yang turut melibatkan PRM.
Belum genap 10 tahun kemudian, sejarah yang agak mirip dengan babak ini berulang. Anwar Ibrahim (gambar kiri) dipecat dari UMNO Baru. Parti KeADILan Nasional ditubuhkan, menjurus kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Bagaimanapun, seperti tahun 1990, UMNO-BN berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga dalam parlimen pada PRU ke-10 tahun 1999, tetapi...
Sesuatu yang luar biasa berlaku. BA biarpun tidak terelak daripada nasib keretakan, tetapi menyaksikan percantuman antara Parti KeADILan Nasional dengan PRM untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003.
Siapakah sebenarnya yang mula-mula mengutarakan cadangan ini? Soalan yang menjangkakan hanya dua kemungkinan jawapannya, iaitu Anwar Ibrahim atau Syed Husin Ali.
"Tidak pasti," jawab Syed Husin Ali, "Tetapi dalam satu surat Anwar sebut..." Beliau mula menceritakan bagaimana Anwar menyatakan hasratnya dalam surat yang diseludup keluar dari penjara.
"Jadi, pada Dr. Syed (gambar kanan), apakah pertimbangan Anwar ketika mencadangkan pencantuman ini?" tanya wartawan MerdekaReview.
"Sebenarnya dia (Anwar) jelaskan, lebih kurang beginilah. Dia melihat bahawa kebanyakan anggota dalam PKN, bukan tak ada, tetapi kebanyakan anggota biasa, terdiri daripada pelbagai golongan...
"Syed Husin Ali bersambung, "Satu golongan UMNO, satu golongan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ), satu golongan JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ), satu golongan NGO. Dan kebanyakan anggota biasa ini masih belum ada pengalaman politik, belum ada pandangan politik yang jelas, dan beliau mengharapkan kerjasama daripada Parti Rakyat untuk memberikan misalnya, sedikit... pendirian yang lebih bermakna.
"PRM pula, pada ketika itu berdepan dengan masalah perkembangan organisasi yang terbantut, bilangan ahli aktif yang berkurang, meskipun mencatat bilangan 30,000 ahli yang mendaftar pada waktu itu. Syed Husin Ali mengakui realiti bahawa kekuatan PRM semakin menyusut jikalau dibandingkan dengan zaman Barisan Sosialis.
Oleh yang demikian, PRM melihat cadangan pencantuman ini sebagai satu peluang untuk mengembangkan idea kepada massa. Untuk tiga tahun berturut-turut kongres PRM membincangkan agenda ini, dan akhirnya kongres meluluskan usul agar PRM dibubarkan dan bercantum dengan Parti Keadilan Nasional, dengan sokongan majoriti dua pertiga, kata Syed Husin Ali.
Tentangan dalaman kedua-dua parti
Bagaimanapun, pertikaian tidak berhenti di situ. Percantuman ini berdepan dengan tentangan segolongan kecil anggota, termasuk beberapa orang pemimpin dari ABIM. Dalam satu warkah dari penjara berjudul "Pakatan Pembangkang Digeruni Kerajaan" pada Ogos 2003, Anwar sengaja mengungkap lembaran sejarah perjuangan PRM menentang penjajahan dan imperialisme, "untuk memperlihatkan aspek relevan dalam perjuangan kini terutama dalam konteks penggabungan KeADILan dan PRM".
Untuk beberapa tahun yang berikutnya, Anwar perlu mempertahankan bekas gurunya daripada prejudis dan tanggapan negatif terhadap "orang kiri", malah menyatakan kesanggupan untuk berkempen mempertahankan Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden dalam PKR, kerana menganggap ia sesuatu yang tidak beretika untuk menendang Presiden PRM selepas pencantuman, dengan bilangan ahli yang majoriti.
Sementara itu, keputusan Syed Husin Ali dan parti untuk mengambil risiko dengan membubarkan PRM dan bercantum dengan PKN, turut dipertikaikan oleh beberapa orang rakan seperjuangan dalam partinya. Sesetengah pemimpin PRM tetap meragui keikhlasan Anwar, yang dijangkakannya akan kembali ke pangkuan UMNO.
"Saya pasti dia (Anwar) tak masuk UMNO," tegas Syed Husin Ali dengan yakin, biarpun pendirian Anwar agak "kabur" untuk seketika, sebaik dibebaskan dari penjara pada tahun 2004. Apakah punca keyakinan bekas profesor Universiti Malaya terhadap anak muridnya ini?
Soalan ini diajukan kerana Syed Husin Ali memaklumkan kepada wartawan, bahawa Rafidah Aziz (bekas Ketua Wanita UMNO) juga salah seorang anak muridnya."Pertama, komunikasi saya dengan dia. Sesetengah surat dia masih saya simpan..." Syed Husin Ali meneruskan, "Kedua, mereka (UMNO) sudah begitu menghina dia dengan keluarga dia, tak mungkin dia kembali ke situ.
"Saya kenal dia dah lama, sebagai student (pelajar), sebagai kawan, sebagai orang tahanan sama, sebagai orang yang sama-sama berjuang..." Dengan kata lain, hubungan yang merentasi kira-kira empat dekad inilah yang menjadi benteng kepercayaan Syed Husin Ali terhadap Anwar.
Razaleigh bersifat feudal
Malah, beliau sendiri menyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perbandingan. "Saya bekerjasama rapat dengan Tengku Razaleigh (bekas Presiden Semangat 46) dulu, saya tak begitu yakin dengan perjuangan Tengku Razaleigh (gambar kanan bawah). Tak begitu yakin...
"Beliau turut ketawa dengan luahan dirinya yang berterus-terang, "Ada dua sebab, satu dia bersifat feudal yang kuat. Anda boleh jadi Tengku tetapi pada masa yang sama tak feudal sangat. Misalnya, dalam mesyuarat, orang selalu tunjukkan penghormatan feudal kepadanya. Dan dia macam tak ada benda. Kadang-kadang macam biasa sahaja. Kalau orang yang ada sikit sifat yang tak feudal, dia tak mahu menerima cara-cara begini.
"Dan bezanya dengan Anwar. Anwar you boleh kritik dia. Anggota biasa boleh kritik dia. Dia akan dengar. Terutama sekali seperti sekarang," kata Syed Husin Ali.
"Yang keduanya, Semangat 46 dengan Tengku Razaleigh, mereka tak pernah mahu mengakui diri sebagai pembangkang. Tak pernah mahu menentang kuat pihak polis atau pihak kerajaan. Kalau misalnya dia pergi ceramah, polis datang suruh henti, terus henti. Tak ada lawan tak ada apa... Kalau misalnya sebelum ceramah, tak ada permit, dia tak pergi.
"Anwar tidak, orang-orang PKR tidak. Kalau lagi disekat, lagi mereka lawan. Kalau tak lama pun sekejap (mereka lawan). Tetapi ini semangat yang saya anggap berbeza dengan Semangat 46." Jiwa inilah sebenarnya yang dihayati Syed Husin Ali, yang mungkin ramai di kalangan anggota PKR tidak menyedarinya. Beliau seterusnya mendedahkan, "Tengku Razaleigh pernah minta PRM bersama (Semangat) 46, saya terus tolak.
Anwar berjiwa kerakyatan
Sememangnya, Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang kontroversial, sepanjang perjuangannya menggunakan wadah ABIM, UMNO dan kini PKR. Tetapi, Syed Husin Ali menemui unsur "kerakyatan" yang sebati dalam jiwanya.
"Saya tahu dia prihatin terhadap orang yang miskin, setinggan. Dalam tahanan, saya nampak dia memang tak ada prejudis terhadap orang Tionghua, atau orang bukan Melayu. Bahkan kadang-kadang, mereka menganggap dalam beberapa aspek, saya lebih melayu (bersifat kemelayuan) daripada dia," katanya sambil ketawa.
"Saya rasa dia seorang yang ikhlas, dan tidak berdendam." Demikianlah jawapannya ketika diminta untuk menilai Anwar Ibrahim. Beliau mengamati perubahan yang berlaku dalam diri anak muridnya ini, "Saya sendiri sangka dia akan masuk PAS waktu itu (selepas dibebaskan dari tahanan ISA tahun 1970-an). Tapi hubungannya dengan Mahathir cukup rapat. Terutama sekali selepas 13 Mei...bila Mahathir dikeluarkan (disingkirkan) daripada UMNO. Dia memang rapat dengan Mahathir. Dan saya percaya Mahathir lebih kuat pengaruhnya ke atasnya.
"Bagaimanapun, Syed Husin Ali mengakui, "Dari segi perwatakan, bila dia (Anwar) jadi menteri, ada sifat orang besar sikitlah. Tapi pada hakikatnya saya tahu, pendirian politiknya tak berubah. Sebab tu mudah saja bagi dia kembali kepada yang asal, sekarang ini."
Sejauh mana unsur "kerakyatan" diterapkan?
Penilaian Syed Husin Ali terhadap pencantuman ini setelah tujuh tahun merumuskan bahawa PKR telah memulakan satu tradisi yang amat penting untuk menjadi sebuah parti yang multi-etnik. Pemimpin Melayu telah berani untuk mengetengahkan dasar parti yang bukan bercorakkan kemelayuan dan keagamaan, tetapi kerakyatan.
Wartawan menyusul dengan menyenaraikan Agenda Ekonomi Baru, konsep "Ketuanan Rakyat", slogan "Merakyatkan ekonomi", yang diterapkan ke dalam pentadbiran PKR-Pakatan Rakyat selepas tsunami politik. Syed Husin Ali yang rendah diri bagaimanapun enggan mengundang jasa dalam hal ini. Namun, wartawan melanjutkan persoalan dengan merujuk kepada orang-orang di keliling Anwar, yang kebanyakannya berhaluan kanan, atau liberal.
Sejauh manakah unsur "kerakyatan" ini diterapkan dalam dasar parti pada masa depan, apabila Syed Husin Ali tidak berada pada tempat nombor dua ini?
"Saya yakin dari dua segi. Satu, dasar parti sudah jelas. Keduanya, kalau kita perhatikan, ucapan dan kenyataan pemimpin utama kita, terutama sekali Anwar, juga Wan Azizah, dan Khalid Ibrahim misalnya, mereka menekankan aspek-aspek kerakyatan ini. Dan Khalid Ibrahim, walaupun dia seorang dari latar belakang korporat, tetapi sentimennya untuk menolong rakyat, walaupun pada mula-mulanya, rakyat Melayu terutama sekali, adalah sangat kuat.
"Beliau menambah, "Jadi saya yakin, mereka tidak akan lari dari teras perjuangan." Namun, siapakah "pengganti" Syed Husin Ali yang bukan sahaja mewarisi jiwa "kepedulian rakyat"-nya, tetapi memiliki kewibawaan untuk mengetengahkan pandangan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada masa depan?"Saya nak tegaskan bahawa, perubahan dalam parti, dasar dalam parti, masa depan parti, tidak ditentukan oleh satu orang. Tetapi ditentukan oleh organisasi seluruhnya," tekannya, setelah enggan menyebut nama khusus pemimpin baru yang berkongsi idealisme bersamanya, seperti yang diminta wartawan.
Zaid, Azmin...
Syed Husin Ali pada mulanya enggan mengulas secara spesifik calon Timbalan Presiden yang bakal menggantikannya. Tetapi apabila wawancara menyentuh beberapa kenyataan yang dibuat Zaid Ibrahim baru-baru ini, beliau kelihatan terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan.
Biarpun bersetuju bahawa "musuh parti" seharusnya dirujuk kepada "musuh yang lebih besar", iaitu "segelintir perompak yang merampas harta negara di luar parti", tetapi beliau jelas terusik apabila nama Soh Chee Wen dikaitkan dengan Anwar, oleh Zaid Ibrahim. Perbualan kemudian dilanjutkan kepada Zaid Ibrahim...
"Tidak semua jawatan yang disebut media, yang kononnya dipegang oleh Zaid, benar. Sebenarnya dasar Pakatan (Rakyat) dibuat satu kumpulan, bukan seorang. Memang dia ditugaskan untuk daftarkan Pakatan (Rakyat), tapi tidak bererti dia coordinator for Pakatan," Syed Husin Ali cuba memperbetulkan.
Berhubung dasar Pakatan Rakyat, Syed Husin Ali berkata, "Dia (Zaid) ada buat first draft. Akan tetapi bila dia berada di luar negara, dasar pakatan itu telah disiapkan oleh sebuah jawatankuasa yg terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti. Apa yang disiapkan oleh jawatankuasa inilah yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat dan diterima sebagai agenda perubahan Pakatan Rakyat.
"Syed Husin Ali secara jujur mengakui bahawa dirinya mungkin menyimpan prejudis terhadap Zaid, calon PRU yang nyaris ditentang oleh dirinya ketika PRU ke-10 pada tahun 2004 di kawasan parlimen Kota Bahru. Beliau mengungkit zaman Zaid ketika menjadi Presiden Persatuan Peguam Islam, apabila wartawan mengajukan pandangan bahawa "Zaid dilihat lebih kuat dari segi idea untuk memimpin".
"Nak katakan sarat dengan idea, tidak juga..." Pemimpin veteran ini bagaimanapun memberi nasihatnya, "Dia perlu jadi team player. Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat). Bila tak suka, tak datang. Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?
"Bagaimana pula dengan Azmin Ali (gambar kanan)? "Azmin Ali ada juga kekurangan... Misalnya dia dilihat sombong dan berpuak-puak oleh sesetengah orang..." Beliau enggan mengulas lanjut, "Tapi secara ikhlas daripada saya, orang yang memimpin parti haruslah orang yang komited kepada asas-asas perjuangan Parti seperti termaktub dalam Perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi Parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara pemain berpasukan (team player), menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi.
"Adakah Azmin Ali memenuhi syarat tersebut? "Ada dia penuhi, ada tidak..." Wartawan menyusul dengan soalan bahawa Azmin dilihat kurang menyentuh soal dasar. "Dari segi idea, dia ada idea. Dia harus lebih cakap pasal dasar, mulai sekarang..." katanya.
Wartawan terus menguji, menyebut nama Sivarasa Rasiah, Naib Presiden sekarang. "Dari politik, dia matang sebenarnya....
"Tian Chua? "Tian Chua saya rasa dia lebih efektif on the street (ketawa), imej dia di situ. Tapi dia disiplin juga...dia datang mesyuarat, taklah bersikap 'suka datang, tak suka tak datang'. Lagipun dia tak condemn (mempersalahkan) parti di luar..." Syed Husin Ali, menambah "Nak condemn, datang dan condemn dalam mesyuarat..."
Syed Husin Ali melihat secara positif generasi pemimpin muda dalam PKR, meskipun mengakui bahawa sayap pemuda, iaitu Angkatan Muda Keadilan ini lemah dari segi organisasi. Beliau mempersalahkan pengaruh yang ditinggalkan bekas Ketua AMK, yang disifatnya sebagai "self-centered" (berpusatkan diri).
Syed Husin Ali secara terus-terang dengan kritikannya terhadap budaya tidak menepati masa dalam parti, "Perpaduan organisasi tak begitu mantap, kerana disiplin tak kuat." (Bahagian kedua, bersambung)
*Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di pejabat Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pada 16 September 2010.

BERSIH 2.0 : BETULKAN LOKALITI MENGUNDI, PINDAH PENGUNDI TIDAK SAH

SPR telah mula mengorak langkah kearah usaha untuk membantu BN dalam PRU13 yang akan datang. 200,000 orang pengundi terlibat didalam proses ini.
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.
Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.
Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.
“Walaupun SPR mengesan ada kesilapan lokaliti mengundi, SPR tidak boleh melakukan pembetulan sehingga urusan persempadanan baru dilakukan iaitu dalam keadaan semasa (dijangka) akan dijalankan selepas Mac 2011,” kata Ambiga ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ambiga berkata jika proses itu dilaksanakan, ia boleh dianggap sebagai satu urusan persempadanan ‘kecil’ antara proses persempadanan terdahulu dan yang akan datang.
Beliau dikemukakan persoalan mengenai proses ini ekoran dakwaan beberapa pihak dalam blog dab ruangan Twitter baru-baru ini bahawa tindakan SPR itu tidak sah kerana seolah-olah SPR mengadakan urusan persempadanan ‘mini’.
Perkara itu turut diakui oleh Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran yang menyifatkannya sebagai “urusan persempadanan semula kecil”, yang tidak sewajarnya dilakukan.
Ahli Parlimen Ipoh Barat ini juga mengakui pernah mengalami tindakan seumpama di bahagian Parlimen Ipoh Barat tiga tahun lalu melibatkan pemindahan kira-kira 2,000 pengundi.
Pembetulan lokaliti mengundi membabitkan pengundi-pengundi itu dipindahkan dari Ipoh Barat ke kawasan Parlimen Batu Gajah.
Kedua-duanya terletak di Perak.
SPR yang masih dalam proses pelaksanaan belum dapat memberikan jumlah sebenar kawasan yang terlibat di seluruh negara.
Wakil rakyat itu mengesyaki ada yang tidak kena dengan proses sedemikian.
“Seolah-olah ada kerja muslihat di pihak SPR untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan atas nama pembentulan lokaliti,” katanya lagi.
Pada pilihan raya umum 2004 Kulasegaran menang dengan majoriti 598 undi tetapi empat tahun kemudian majoritinya meningkat kepada lebih 15,000 undi.
Keseluruhannya menurut beliau, pihaknya menganggarkan ia melibatkan kira-kira 200,000 pengundi di seluruh negara.
“Kami anggarkan sekitar 200,000 pengundi terlibat dalam proses ini, tetapi kami masih mengadakan penelitian mendalam untuk mendapatkan angka sebenar pengundi dan bahagian Parlimen yang terlibat,” katanya.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, langkah memindahkan lokaliti, yang menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor April lalu, sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Pada pandangan saya ia satu proses yang bercanggah dengan Perlembagaan di mana SPR tidak boleh membetulkan sempadan pilihan raya dan memindahkan pengundi tanpa pengetahuan mereka,” kata beliau.
Ambiga menambah, isu ini merupakan salah satu perkara yang dibangkitkan dalam memorandum yang dikemukakan kepada SPR Julai lalu.
Pertemuan SPR dan Bersih 2.0 telah dijadual untuk diadakan pada 27 Ogos lalu tetapi suruhanjaya tersebut memaklumkan NGO itu bahawa ia ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian selepas Aidilfitri.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu The Malaysian Insider pihaknya akan menemui Bersih 2.0 selepas sambutan Aidilfitri.Ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mempertikaikan ketelusan perjalanan pilihan raya kecil itu ekoran dakwaan Pakatan Rakyat bahawa tindakan SPR telah memindahkan 228 pengundi dari Kampung Tanjung di DUN Batang Kali dalam bahagian Hulu Selangor ke kerusi Parlimen jiran — Selayang.
Fuziah mendakwa ia sebagai satu tindakan tidak sah, memindahkan pengundi dari satu bahagian ke bahagian lain.
Bagaimanapun dalam reaksi ketika itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan itu tidak salah dari segi undang-undang.
“Proses ini sudah dijalankan sejak selepas pilihan raya umum 2004. Jadi kami mendapati ada kawasan yang termasuk dalam bahagian pilihan raya yang lain tetapi hakikat pengundi kena mengundi di tempat lain.
“Jadi SPR sedang mengambil tindakan membetulkan lokaliti tempatan mengundi dengan memindahkan pengundi kawasan terbabit ke bahagian-bahagian lain... salah satu bahagian terbabit ialah Hulu Selangor dan Selayang,” katanya.
Kata beliau pada masa lalu proses menentukan sempadan dibuat secara manual tetapi SPR menggunakan EGIS sejak 2004.
Dalam kes terbaru, SPR membuat pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang ke bahagian Parlimen Cheras membabitkan kira-kira 150 pengundi.
Kedua-dua bahagian itu terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai berkata SPR memaklumkan pihaknya bahawa pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“Saya dan Ahli Parlimen Bukit Bintang (Fong Kui Lun juga dari DAP) tidak kisah proses ini dilakukan kerana kami menganggap ia dilakukan dengan alasan yang tulen ekoran perbezaan alamat tempat tinggal bagi penduduk yang tinggal di PPRT Lapangan Terbang,” katanya.
Walaupun tinggal di pangsapuri yang sama ada pengundi yang menggunakan alamat membolehkan mereka mengundi di kawasan Bukit Bintang manakala sesetengah pula di kawasan Cheras sedangkan kesemua mereka wajar diwakili oleh kerusi Parlimen Cheras.
“Keputusan ini kami terima. Tetapi apa yang kami hendak menekankan di sini ialah SPR sewajarnya melakukan dengan terbuka dan telus... memberikan peluang kepada pengundi berkenaan membantah atau sebaliknya apabila mereka dipindahkan,” katanya.
Misalnya kata beliau, pengundi-pengundi terbabit sewajarnya diberikan peluang untuk mendengar proses pemindahan ke bahagian pilihan raya lain.
Di bawah urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya terdapat sesi pameran, tuntutan dan bantahan serta siasatan awam jika ada bantahan.
Ahli Parlimen Cheras itu menambah, pembetulan lokaliti mengundi juga melibatkan bahagian Parlimen Lembah Pantai dan Seputeh.
“Sebahagian penempatan apartmen dari kawasan Kampung Muhibah di kerusi Parlimen Lembah Pantai telah dipindahkan ke bahagian Seputeh. Di sini, yang dipindahkan cuma pengundi sebuah apartmen, bukannya keseluruhan Kampung Muhibah,” kata beliau yang menimbulkan kemusykilan dengan kaedah itu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mengakui beliau tidak menyedari perkembangan tersebut.“Sekurang-kurangnya kami sebagai wakil rakyat harus dimaklumkan secara bertulis,” kata beliau.

Thursday 9 September 2010

Perutusan Selamat Hari Raya Aidul Fitri Dato' Seri Anwar Ibahim.

ANWAR IBRAHIM: Kembali kepada fitrah:

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada. Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua.
Eid ul Fitr, salah satu dari maknanya adalah hari di mana kita sedar dan kembali kepada fitrah, mengingatkan sesungguhnya kita dicipta sebagai makhluk yang penuh kasih sayang, bukannya kebencian. Ramadhan selama hampir sebulan itu sewajarnya memupuk nurani kita untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam. Sering diungkapkan bulan yang mulia itu madrasah ampuh buat melebur dinding hitam pekat yang merosak jiwa dan qalb, serta memangkin kemurnian agar kembali dengan rasa kasih yakni fitrah kita sebagai insan mahkluk kepada Pencipta Yang Agung.
Malangnya sepanjang Ramadhan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecah belahkan sesama kita. Menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya. Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk. Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai.
Makanya saya memohon izin berkongsi ibrah dari sirah Rasulullah SAW ketika Perang Hunain yang meletus pada bulan Syawal. Selepas kejayaan Pembukaan Kota Mekah, umat Islam ternyata begitu bersemangat, oleh itu ketika menuju medan perang, ada yang mula mengungkapkan “di hari ini kami tidak akan terkalahkan”.
Keangkuhan menjalar dan merasuk! Seperti yang kita semua ketahui, umat Islam kalah pada pusingan awal sehinggalah ampunan dan pertolongan dari Allah SWT tiba merubah kekalahan yang sebelumnya hampir pasti. Turunlah ayat 25, Surah at Taubah yang menegur dan mengingatkan umat Islam: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.”
Allah SWT menempelak sikap yang tergelincir jauh dari fitrah, iaitu gagal bersikap merendah hati dan pemurah serta mengasihani. Mengakhiri pesan ringkas sempena sambutan hari yang penuh keberkatan ini, saya nukilkan pesan dari Quran yang mulia, ayat 128, Surah al Nahl, buat menjadi pedoman untuk saya dan semua: “sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan”.
Moga Eid ul Fitr tahun ini mendorong kita untuk merenung diri dan menjana perubahan agar tidak tergelincir dari fitrah yang murni serta luhur. Bersesuaian dengan pesananNya, perbanyakkan lah amal dan berbuat kebajikan.

Salam Eidulfitri,
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.
ANWAR IBRAHIM,
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.