Tuesday, 30 November 2010

ZAHRAIN CABAR ANWAR SERAH "DATUK SERI" JIKA TERUS PERSOAL KETUANAN MELAYU

Sepatutnya kita tidak perlu melayan MP yang sebegini buruk akhlak politiknya, tetapi , walau macamanapun, kena juga ajukan beberapa persoalan mengenai cabaran sang mp ini.

i. Sanggupkah dia pulangkan semula kerusi parlimen Bayan Baru kepada PKR sebagai tindakan menghormati pengundi melayu yang memberikan undi kepada kemenangan beliau?

ii. Berapa ramaikah pengundi melayu - melayu di parlimen Baru Baru yang telah dikhianati dia bila mengambil keputusan untuk menjadi Katak Bebas.?

Soalannya disini, siapa khianati siapa? Siapa Melayu yang mengkhianti Melayu Bayan baru?

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim mencabar bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan gelaran “Datuk Seri” jika terus-menerus menolak konsep “Ketuanan Melayu”.
Bekas pemimpin PKR itu membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Zahrain (gambar), wakil rakyat Bebas berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih “tebal muka” untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan.

DI HAWAII JUDI HARAM, DI MALAYSIA JUDI HALAL

Ini kena tanya PM, Awang Adek dan tidak ketinggallan Mufti Harussani....

Dipetik daripada Blog Malaysian Waves.

Kandungan yang sangat2 menarik bagaimana Hawaii boleh mengharamkan semua bentuk judi termasuk judi yang bersifat kebajikan masyarakat. Ertinya seluruh pulau Hawai, tiada sebuah pun kedai judi. Tapi, kalau pergi pekan Rembau, pekan Kuala Pilah, bersepah kedai judi. Tapi, di Malaysia ni ngaku Islam sebagai agama rasmi sedangkan Hawaii ni negeri bukan Islam.
Saya suka cara Hawaii mengawal aktiviti judi dalam suasana negeri tersebut bukan negeri Islam. Mereka hanya mengizinkan judi yang bersifat sosial, yakni tiada siapa yang diizinkan membuat keuntungan dari aktiviti judi sama sekali. Mengapa konsep yang sama tidak boleh dipraktikan di Malaysia?
Ke hulu ke hilir UMNO mengaku memperjuangkan Islam tapi negeri Hawaii yang kafir lebih mulia dari segi aktiviti judi berbanding UMNO.
Terdedah lagilah kemunafikan UMNO.

Di Hawaii tiada kasino, tapi di Malaysia ?
Tahukah kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino. Malahan kasino atas kapal pun dilarang masuk ke perairan Hawaii. Maju saja Hawaii tanpa judi. Siap ada siri TV Popular Hawaii Five O lagi. Tahu tak apa makna Five O itu ?
Five O ialah FIFTY atau Limapuluh, iaitu negeri yang ke 50 menyertai Amerika Syarikat.
Bandingkan Hawaii dengan Malaysia, tak malu ke ? Hawaii yang terkenal satu dunia tak ada kasino, Malaysia ada Genting. Hawaii tak ada kedai judi berlesen, tapi pekan kecil Kuala Pilah, pekan kecil Rembau pun ada kedai judi.
Bukan sahaja kasino tak dibenarkan di Hawaii, loteri pun tak boleh. Silap haribulan cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium pun dianggap judi di Hawaii.
TAK PERCAYA ? Buatlah search sendiri, buatlah penyelidikan sendiri.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Close your eyes and think Hawaii – endless beaches of pristine white sand, lush tropical trees, luxurious hotels, exciting evenings, world class casinos…. STOP. You’ll have to backtrack a bit because the casino bit doesn’t fit into the classic Hawaiian fantasy. Did you know that there are only two states in the US that frown on any form of gambling… and Hawaii is one of them?!
The State of Hawaii doesn’t allow any form of games for rewards or money – and that includes bingo! And if you think the police turn a blind eye, think again. According to the state’s authorities, anybody contravening these laws are up against stiff punishment. Even cruise ships with casinos on board are barred from entering Hawaii’s waters.
But that’s not to say that Hawaiians are living in a little gambling-free bubble. It is a known fact that hundreds of thousands of residents from the Aloha State visit Vegas casinos each year, meaning that even though they can’t play on home turf, top-notch gambling entertainment is only a plane-ride away. Of course, online gambling is also an option, despite the grey area in the legality of doing so from Hawaii.
So how do Hawaiins get their gambling fix in a state that doesn’t even have a lottery in place? Thankfully, what is know as social gambling is allowed in the state, as long as everyone is on level terms and the house doesn’t get a cut. This gives enough leeway for impromptu social gambling games to be set up in private homes, and there are even services offered that set up a mini-Vegas in a location of your choice – as long as it in within the limits of the law.
Another thing to note is that Hawaii’s flower industry is literally flourishing thanks to demand from an interesting source – Las Vegas casinos and casino cruise ships. This means that even though casinos and gambling are outlawed in Hawaii, the state is still managing to make a killing from this very industry thanks to the demand for its exotic flowers.
Posted in Casino, Gambling.
By reneek November 2, 2010

50 TAHUN UMNO MEMERINTAH, 90% ISI RUMAH MISKIN ADALAH MELAYU

Sumber SuaraKeadilan
PETALING JAYA 29 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menipu orang Melayu bahawa parti tersebut memperjuangkan hak serta mendakwa meningkat taraf ekonomi orang Melayu tetapi bukti menunjukkan keadaan adalah sebaliknya.Merujuk kepada laporan Parlimen (Hansard) Anwar berkata daripada lebih 60,000 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan berdasarkan pendapatan RM800, lebih 90 peratus terdiri daripada orang Melayu.
Justeru itu beliau berkata Umno berusaha menymbunyikan kegagalan dan pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dengan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya mereka memerintah.
Walaupun diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara selama lebih 50 tahun, Umno telah memungkiri janji terhadap menjaga kebajikan serta hak orang Melayu.
"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.
"Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan Melayu," kata Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivik MBPJ petang semalam.
Berhubung barisan kepimpinan pusat parti yang baru dipilih Anwar mahu mereka berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama anggota parti untuk merealisasikan usaha parti mempertahankan hak keistimewaan Melayu.
Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.
"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," kata beliau lagi.
Tegas Anwar kongres yang selesai semalam adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak.

BUKTI BETAPA HEBATNYA UMNO MEMERINTAH

Hebatnya UmNo memerintah Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai mengalami kerugian defisit RM 230 juta dari tahun 2000 - 2007. Purata hutang RM28.75.
PR memerintah, defisit RM28.75 juta bertukar jadi untung dan dijangka mencapai RM 15 juta untuk tahun ini.
Pandainya UmNo memerintah, Pahang, antara negeri yang terkaya, kini hampir bankrup.
Inilah masaalah yang dihadapi Malaysia hari ini. Dalam dunia ini tidak ada yang lebih baik dari segala - galanya melainkan UmNo shj.

Harakahdaily melaporkan:

SEBERANG PRAI, 30 Nov: Sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah mengalami kerugian dan defisit yang teruk iaitu sebanyak RM230 juta dalam tempoh lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2007.“Sehingga kini kerajaan terdahulu masih gagal untuk menjelaskan perkara tersebut. Hanya apabila kerajaan negeri PR memerintah barulah defisit ditukar menjadi lebihan buat kali pertamanya pada 2008,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Majlis Angkat Sumpah Pemangku Yang Dipertua MPSP di Dewan Kenangan, di sini, pagi ini. - Hrkh

[Sungaijuru.com]
Rugi 8 tahun berturut-turut. Memang hebat Orang Umno ni. Kalau kira hitung panjang setahun rugi lebih kurang RM28.75juta.
Mungkin ada yang gatai mulut akan komen kata Yang jaga MPSP tu pegawai kerajaan bukannya parti Umno. Memang depa pegawai kerajaan, tapi aku yakin sangat-sangat perlantikan depa-depa tu majoritinya mesti guna kabel Umno.
Lagi satu, antara sebab utama kerugian tu, pasai banyak melibatkan pemimpn Umno sama-ada peringkat negeri, bahagian malah sampai peringkat ketua cawangan Umno pun terlibat sama.
Mana taknya, kalau muck-up harga gila-gila, pasai nak kena bagi sikit habuan kat orang tu, orang ni. Member yang dapat kontrek takkan nak rugi, takkan depa nak bagi untungdepa kat orang. Pasai tu la harga kontrak mahal dari yang sepatutnya.
Tu belum lagi dikaji cerita pasai bangunan baru MPSP, banyak jugak cerita yang pelik aku dengar. Walaupun cerita-cerita tu masih berstatus khabar angin pasai aku pun tak rajin nak siasat. tapi macam aku selalu sebut, "kalau khabar angin pun, tapi ceritanya panjang berdepa-depa, takkan takat seinci pun takdak yang betul."
Pasai tu la, walaupun baru setahun lebih ambil alih oleh Pakatan Rakyat, MPSP mampu buat untung. Dari rugi purata RM28.75juta setahun boleh bertukar jadi untung dan tahun ni pun dijangka untung lagi sebanyak RM15.34 juta
Kalau penyelewengan dan salah guna kuasa boleh disekat memang MPSP patutnya untung, bukan rugi. MPSP bukan lekeh punya kawasan, kawasan industri pun luas. Memang tak patut sangat boleh rugi 8 tahu berturut-turut.

KETUANAN MELAYU,..ANGKARA PKR DAN PAS?

Pencuri tidak mengaku dia pencuri, begitu jugak dengan penyagak. Sedar tidak sedar sememangnya mereka itu pencuri & penyagak... mungkin ini yang cuba dinyatakan.
Cuba lihak satu telahan daripada Firdaus Omar, bloggers KopitiamBangNan


PKR dan PAS ni memang tak boleh harap. 53 tahun memerintah Malaysia, entah apalah yang dibuat agaknya?
Temasik sudah jadi Singapura. Diberi begitu saja kepada Lee Kuan Yew.
Pulau Batu Putih, PAS dan PKR main2 di Mahkamah Dunia (Hague) sehinggakan Singapura sekali lagi memalukan kita semua.
Persekutuan Tanah Melayupun PAS dan PKR gadaikan dan kini namanya dah bertukar kepada Malaysia.
Punyalah celaka PAS dan PKR, dipindanya perlembagaan negara pada tahun 1983 dan 93 yang melibatkan Raja-raja Melayu. Kuntut dah kuasa Duli2 Tuanku Raja-raja kita dek kerja jahat PAS dan PKR. Patutlah Sultan Selangor murka.
Entah apalah yang PAS dan PKR buat selama 53 tahun? Nama saja parti melayu dan islam. Statistik terakhir menunjukkan peratus miskin tegar negara yang paling tinggi adalah milik orang melayu rupanya. 96.7% peratus yang hidup di paras kemiskinan ialah orang melayu.
30% sasaran ekuti untuk bumiputera masih tidak upaya dicapai setelah 53 tahun merdeka. Dari RM54b ekuiti dan saham bumiputera, hanya RM2b sahaja masih kekal milik mereka. Siapa kebas? Dah tentulah PAS dan PKR.
Habis dah bahasa melayu dan Utusan Melayu ditongganglanggangkan....ini sapa punya kerja kalau bukan Anwar dan Hj. Hadi?
Siapa yang menghancurkan sistem kehakiman negara kalau bukan PAS dan PKR? DAP jangan ceritalah. PKFZ jadi rugi berbillion2 RM tu kerja sapa kalau bukan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Khalid Ibrahim yang asalnya cuma bomoh siam jadi kaya raya buat rumah sampai RM24juta. Habis diangkut bibik2 dan tukang gunting rambutnya ke Disneyland guna duit rakyat masa jadi MB. Kalau tak jatuhkan dia...habis perbendaharaan Selangor.
Sehari semalam aku boleh tulis kat sini pasal kedurjanaan PAS dan PKR. Tapi lu orang fikirlah sendiri ya...
53 tahun di bawah PAS dan PKR (walaupun baru ditubuhkan 12 tahun yang lalu), memang jahanam orang melayu. Patut sangatlah kita semua pakat2 mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang. Itupun orang melayu tak sedar2.
Cheh!!
Posted by Firdaus Omar

DR.WAN AZIZAH, AZMIN "PELACUR POLITIK'?

Sang Wira AAAH ni kira memang nak jadi wira pun. Bukan apa, kan sang ketuanya sedang nazak selepas pembedahan jantung. Inilah peluang terbaik hendak tunjuk hero.
Common laa brother, nak tanya sikit kepada Sang Wira ini, kalaulah kedua - dua pemimpin PKR ini dikatakan sebagai pelacur politik, adakah Perkasa ini layak ataupun boleh dipanggil Gigolo Politik? Sebab? Bukankah Perkasa ini diberikan behind the scene support by UmNo?
Sang Wira Perkasa ini juga lupa, awal penebuhan Parti UmNo yang disokongnya itu, Datuk Onn Jaafar pernah mencadangkan supaya UmNo itu keahliannya dibuka kepada semua bangsa.
Agak - agaknya, Sang Wira ada atau tidak tersenarai didalam 0.4% daripada 100% orang Melayu yang berjaya. Jadi, mana perginya lagi kedudukan 96% orang Melayu yang masih berada dibawah tahap kemiskinan? Agaknya itulah kejayaan UmNo selama 53 memerintah negara.


PERKASA : DR.WAN AZIZAH & AZMI PELACUR POLITK.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.
Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".
"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.
"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.
Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.
Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.
Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.
“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.
Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri."Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.

PERKASA - pelacur murahan

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin membalas bidasan PERKASA itu dengan melabelkan pertubuhan pelampau Melayu itu sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan Umno.
Menurut Shamsul yang dipetik oleh TV Selangor kenyataan PERKASA itu jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.
"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.
“Perjuangan PERKASA ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publisiti murahan," kata Shamsul petang tadi.
Menurutnya, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.
Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum

Monday, 29 November 2010

SAIFUDDIN : THIRD FORCE BUKAN SERPIHAN PKR, NAJIB TIDAK BUAT KERJA RUMAH

Dia buat kerja lain di rumah. Bak kata MSO, Saifuddin ini kata-katanya umpama sebilah pedang tajam yang boleh menusuk dan mencederakan seseorang.
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
PETALING JAYA, 27 Nov —
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menolak dakwaan kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai “Third Force” adalah serpihan membabitkan ahli-ahli parti itu yang kecewa dengan kepimpinan mereka.
“Memang tiada kaitan dengan PKR, tiada... tiada kaitan pun,” kata setiausaha agung parti Saifuddin Nasution kepada The Malaysian Insider di akhir hari pertama Kongres Nasional parti yang berlangsung di sini.
Justeru, beliau juga menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan “kerja rumah” yang baik apabila mengatakan Third Force adalah serpihan PKR.
“Saya keliru sedikit dengan kenyataan Datuk Najib yang mengatakan seolah-olah Third Force ini adalah serpihan PKR.
“Third Force bukan anggota PKR, Datuk Najib menyebut lahirnya Third Force menunjukkan kucar-kacirnya PKR sehingga membawa kepada kewujudan Third Force.
“Jadi saya fikir kenyataan itu tidak cermat dan tidak melakukan kerja rumah yang baik,” katanya.
Najib hari ini berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai “Third Force” dalam pakatan pembangkang khususnya PKR adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka.
Beliau berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.
“Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR.
“Sama ada mereka jadi Third Force atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya. Ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut,” katanya.
Sebaliknya Saifuddin (gambar) berkata, kewujudan Third Force adalah inisiatif kumpulan aktivis yang merasakan mereka ada peranan dalam politik negara.
“Ura-ura penubuhan Third Force ini datangnya daripada sekumpulan aktivis yang berpendapat mereka ada peranan dalam politik negara.
“Misalnya mereka berpendapat meletakkan calon pilihan raya bukanlah hak mutlak masing-masing parti politik, mereka merasakan bahawa mereka juga ada peranan.
“Jadi dalam sistem demokratik yang terbuka membenarkan penyertaan semua pihak, tiada siapa yang boleh menyekatnya. Kelahiran kumpulan ini adalah daripada sekumpulan aktivis yang merasakan sampai masa untuk mereka terjun berkecimpung dalam politik,” katanya.
Ahli Parlimen Machang itu berkata kemungkinan besar Third Force mahu supaya parti melantik mereka sebagai calon dalam pilihan raya.
“Saya fikir perkara asas dalam pemilihan calon ini ialah calon yang boleh menyumbang kepada kemenangan dan parti sudah tentu mempunyai mekanisme kriteria pemilihan calon.
“Third Force ini berpendapat bahawa mereka juga mahu ada tempat terhadap perkara ini. Jadi dasar parti sekarang ini adalah urusan pemilihan parti adalah urusan dalaman.
“Pernah berlaku NGO bertanding gunakan lambang parti. Walaupun parti mempunyai sistem pemilihan dengan keutamaan kepada aktivis parti dan pemimpin parti menjadi calon tapi rekod pembangkang atau Pakatan Rakyat ini menunjukkan bahawa di sana ada juga peluang yang diberikan kepada aktivis,” katanya.Saifuddin juga menolak Pakatan Rakyat akan menemui Third Force secara rasmi.
“Setakat ini belum ada ura-ura untuk menemui secara rasmi,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kekosongan jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Saifuddin mengatakan bahawa parti masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
Jawatan tersebut kosong selepas Zaid mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.
“Kita belum pilih, lazimnya selepas kongres. Apabila ada kekosongan ataupun kalau tidak ada kekosongan lazimnya mana-mana parti pun akan melakukan pelantikan baru atau mengekalkan pelantikan lama.“Ia tertakluk kepada keupayaan parti di negeri masing-masing.
“Jadi saya menjangkakan pengumuman berkaitan dengan pelantikan baru bagi negeri-negeri akan dilakukan bersekali dengan pengumuman keputusan pemilihan MPP,” katanya.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata kepimpinan parti akan mengadakan perbincangan bagi memilih calon yang sesuai.
“Biasa pimpinan akan duduk berbincang, meneliti dan mengambil kira semua aspek.
“Saya tidak boleh nak jangka sama ada perubahan,” katanya.

ANWAR MAHU KUMPUL SEMUA CALON KALAH

Ini baru betul Third Force...... kira macam A Team vs B Team.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti.
Sebaliknya mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.
"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kongres PKR di Petaling Jaya.
Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.
Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.
Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.
Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.
"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

MELAYU PEROLEHI 70% KONTRAK KERAJAAN PULAU PINANG

Apa lagi yang boleh dikatakan dengan Kerajaan PR Pulau Pinang? PERKOSA boleh cerita sikit mengenai penjelasan ini?

Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.
Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.
“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,
“Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,
“Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.
Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.
Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.
Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.
Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.
Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.

ADAKAH ANAK SAYA RAYU UNTUK NYAWANYA?

Macam ni lah, Altantuya pun ada merayu supaya jangan ditembak, sebab sedang mengandung.
Aidila RazakNov 29, 101:16pm Malaysia Kini.

Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya.
Bagi, Norhafizah Mad Razali saat-saat terakhir sebelum anaknya ditembak mati oleh polis sentiasa menghantui dirinya.
"Saya sentiasa tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya, bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati. Adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup?

"Adakah dia menanggis dalam kesakitan?” soal Nohafizah lagi dengan berlinangan air mata meskipun suaminya, Shapiei Zainal Abidin yang juga menitiskan air mata cuba menenangkannya.
Anak mereka, Mohd Shamil Hafiz Shapiei, ditembak mati pada jam 4 pagi, 13 November lalu di sebatang jalan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Kematian Mohd Shamil itu hanya beberapa minggu sebelum harijadinya yang keenambelas.
Bayangan remaja itu yang ditembak di dada dan juga dahinya pasti akan sentiasa terpahat di benak kedua-dua ibu bapanya.
"Ia gerak hati seorang ibu...Saya tak tahu bagaimana atau kenapa, tetapi kata-kata terus keluar dari mulut saya sebaik sahaja melihat tubuhnya yang terkujur: Dia mati dibunuh,” katanya ketika ditemui di rumah pangsa kos rendah yang mereka huni di Kota Damansara.
Polis mendakwa pihaknya menembak dalam percubaan mempertahankan diri kerana Mohd Shamil dan dua lagi rakannya, - Mohd Hanafi Omar, 22 dan Hairul Nizam Tuah, 20, yang dikatakan dari Cheras - telah menyerbu ke arah polis dengan parang selepas cubaan merompak sebuah stesen minyak.
Ketiga-tiga mereka mempunyai kecederaan yang hampir serupa dengan tembakan di dada dan kepala dengan Hairul Nizam ditembak di tepi kepalanya manakala Mohd Hanafi pula ditembak di atas kepalanya.Semua peluru menembusi badan ketiga-tiga mangsa

AHLI BERSEKUTU RANCANGAN GAGAL NAJIB

Selepas ini diadakan 4th Force plak.... desperado punya taktik, tidak payah guna teknik. Sama - samalah kita tengok siapa yang lebih cempera & cacamarba. Selepas itu kita tanya DPM yang sembab itu apakah yang dibikin oleh BN itu serupa cakap atau tidak serupa bikin cakap.

Tetapi didalam apa - apa hal sekalipun, perenggan ini palaing sedap & menarik dibaca,

"Setakat ini, masa depan Dato' Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Zuklifli Noordin, Wee Choo Keong, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil Shamsuri, amat gelap.Walau sehebat manapun mereka mengampu PM dan isteri, dalam ucapan-ucapan di Parlimen, mereka sukar untuk mendapat peluang sekali lagi sebagai calon pilihan raya.Ke enam-enam Ahli Parlimen lompat ini boleh menjadi ahli bersekutu BN, tetapi tiada harapan untuk bertanding sekali lagi."

Oleh Mohd Rashidi Hasan

IDEA kewujudan ahli bersekutu Barisan Nasional adalah semata-mata untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Ia merupakan antara langkah utama BN, untuk melebarkan sayapnya bagi menghindar kejatuhan kerajaan ke tangan Pakatan Rakyat.Namun idea Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak awal-awal lagi sudah gagal.

Gagal kerana ia tidak mendapat sambutan dari kalangan anggota komponen BN dan ia tidak dipersetujui sama sekali. Ia juga gagal kerana ia merupakan idea yang kabur dan kelam kabut. Yang bersetuju hanyalah media talibarut Umno-BN.
Difahamkan idea asal mengenai ahli bersekutu ini tercetus, akibat ramainya wakil rakyat lompat yang wujud dalam negara, selepas PRU ke-12 yang lalu dan juga kewujudan beberapa NGO yang bertentangan dengan beberapa buah parti komponen BN, tetapi jelas menyokong BN.
Asalnya keanggotaan ahli bersekutu adalah untuk memberi ruang kepada mereka-mereka ini bertanding atas tiket BN dalam PRU ke-13 nanti.
Malangnya, selepas dua hari PM Najib mengumumkan BN menerima ahli bersekutu, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor terpaksa membuat kenyataan pembetulan.
Tengku Adnan menjelaskan bahawa ahli bersekutu tidak boleh bertanding, kerana BN kekalkan syarat hanya wakil komponen sahaja yang menjadi calon pilihan raya mewakili BN.
Hakikat, persoalan yang timbul sekarang ini, mengapa Najib selaku Presiden Umno, terpaksa mengambil langkah yang penuh risiko dengan memperkenalkan pelan ahli bersekutu BN?
Bukankah langkah ini hanya menunjukkan bahawa BN berada dalam keadaan yang desperado sekarang ini?
Difahamkan idea asalnya, melalui ahli bersekutu ini, BN menjangkakan ia dapat menaungi kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang tidak mahu attach atau tidak diterima oleh mana-mana anggota komponen BN.
Walaupun langkah yang diumumkan Najib ini menyalahi konsensus BN, yang menetapkan persetujuan setiap komponen harus diperolehi, sebelum sesebuah anggota baru diterima, namun Najib cuba bulldoze.
Ada yang berpendapat tidak salah untuk BN mencuba idea memperkenalkan ahli bersekutu, namun yang dipersoalkan ialah, apakah rancangan ini semata mata untuk PRU sahaja atau untuk long term?
BN adalah entiti politik, individu atau NGO bagaimanakah yang hendak diterima sebagai ahli bersekutu?
Malangnya langkah yang diumumkan Najib ini nampaknya terpaksa diperbetulkan Tengku Adnan. Sebabnya ialah, anggota komponen BN sendiri yang tidak bersetuju dengan idea PM.
Dalam bahasa mudah, gagasan seorang PM yang mewakili Umno, ditolak anggota komponen BN. Ia menjadi sekadar idea, yang semakin melebarkan jurang antara Umno dengan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.
Dari segi tafsiran politiknya, jika idea seorang PM dan Presiden Umno ditolak, bermakna parti-parti komponen BN sudah tidak selesa lagi dengan dominasi Umno. Yang mereka mahu ialah equal right dan konsensus.
Ditimbulkan juga, dalam keadaan sekarang ini BN ada 14 komponen, jika tiga belas parti komponen selain Umno pun, susah untuk PM menjaganya, bagaimana kalau lebih ramai individu atau NGO yang masuk BN? BN akan menjadi lebih celaru dan cempera.
Timbul persoalan di kalangan anggotan komponen BN, apa tujuan individu atau NGO menjadi ahli bersekutu atau direct membership BN, jika tidak untuk tujuan menjadi calon pilihan raya?
Jika tidak untuk tujuan menjadi calon, mereka ini tidak perlu masuk BN, sebab mereka-mereka ini sudah menjadi penyokong tegar BN sejak azali.
Oleh sebab itu maka, kemungkinan besar ahli bersekutu ini akan tidak sehaluan dengan beberapa komponen BN tidak dapat ditolak.
Mereka yang duduk sebagai anggota komponen, penuh dengan kepentingan dan mereka yang mahu menjadi ahli bersekutu juga mempunyai kepentingan yang tertentu.
Sebabnya, jika mereka ini menjadi ahli bersekutu, jika mereka tidak mempunyai hak, penyertaan mereka dalam BN hanyalah sia-sia kerana, tidak mempunyai apa-apa makna.
Apa pun dalam isu ahli bersekutu ini ada NGO menunjukkan reaksi yang berbeza, ada yang menolak ada yang menerima.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) misalnya menyelar langkah BN dan berpendapat tindakan tersebut bertentangan dengan norma masyarakat demokratik.
Menurut Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz, NGO harus menjadi wadah agen suara marhaen yang menjadi check and balance kepada dasar-dasar kerajaan.
Manakala Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) setakat ini dilaporkan berminat berhubung tawaran BN itu.
Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan berkata, beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN, agar gabungan itu menyertai BN sebagai ahli bergabung.
Manakala dari sudut individunya, tekanan dalaman Umno dan komponen BN menyukarkan wakil-wakil rakyat lompat untuk bertanding pada PRU akan datang.
Setakat ini, masa depan Dato' Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Zuklifli Noordin, Wee Choo Keong, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil Shamsuri, amat gelap.
Walau sehebat manapun mereka mengampu PM dan isteri, dalam ucapan-ucapan di Parlimen, mereka sukar untuk mendapat peluang sekali lagi sebagai calon pilihan raya.
Ke enam-enam Ahli Parlimen lompat ini boleh menjadi ahli bersekutu BN, tetapi tiada harapan untuk bertanding sekali lagi.
Hakikatnya, idea ahli bersekutu ini wujud semata-mata kerana BN hendak mempergunakan NGO atau individu terbabit meraih sokongan tambahan kepada BN.
Jika pun NGO atau individu lompat ini hendak bertanding, mereka boleh joint sahaja third force seperti geng-geng Dato' Zaid Ibrahim dan sekutu-sekutunya.
Maka boleh disimpulkan bahawa, menjelang konvensyen BN 4 Disember ini, Najib sudah mengambil langkah yang paling tidak popular dengan memperkenalkan pelan ahli bersekutu, yang ditolak komponen BN.
Langkah gamble ini hanya membuktikan bahawa BN berada dalam keadaan yang amat terdesak, dan Najib sendiri selaku PM, tidak mampu menolak tekanan dari kalangan komponen BN.
BN hari ini cuba menafikan bahawa mereka hanya tinggal 'nyawa-nyawa ikan'. BN dan sekutu-sekutunya harus sedar mereka akan tetap ditolak rakyat pada PRU ke-13 nanti.
BN hanya kelihatan kuat kerana media talibarut Umno-BN, yang dikerahkan bekerja siang dan malam untuk menjadi 'pak angguk' yang mengiyakan semua tindakan BN dan menutup segala kelemahan mereka.
Untuk mengalihkan persepsi rakyat mereka menggunakan media untuk menyerang Pakatan Rakyat habis-habisan.
Selepas lebih 30 bulan menyerang adakah mereka berhasil? Adakah Pakatan Rakyat goyah? Pakatan Rakyat terus ampuh dan didokong rakyat.
Oleh itu, elok juga cebisan akhbar talibarut BN yang makin tidak laku dikumpul, buat menutup 'bangkai gajah' BN selepas berakhirnya PRU ke-13 nanti.

PENGEMUDI ALAF 21

Komen bloggers..... low profile dengan satu imej baru....
" Tidak ada karpet merah, tidak ada bunga manggar, tidak ada muzik, tidak ada kompang, tidak ada pecak silat, tidak ada tarian naga juga tidak ada permainan salembam untuk menyambut tetamu-tetamu kedalam dewan semasa kongres PKR kelmarin. Yang ada hanyalah tepukan-tepukan yang bergemuruh dengan sorakan-sorakan semangat yang memberikan sokongan yang ikhlas dan tidak berbelah bagi dari rakyat kepada terhadap pemimpin-pemimpin PKR.
Apa yang pasti, ini yang rakyat mahu, semua dilayan sama rata, sama adil.
Kedatangan penasihat umum PKR pula cukup bersahaja, dengan hanya berbaju melayu yang dilepas keluar dan kain samping yang dipakai didalam dan dengan hanya berkasut capal, Anwar Ibrahim jelas kelihatan yang dia tidak mahu sebarang perhatian, dan begitu tepat bila kedatangan para tetamu di kongres itu disambut dengan banner dan kain rentang yang bewarna-warni dengan kata-kata 'Anwar Pengemudi Alaf 21'.
Tetamu-tetamu lain yang hadir pula, air muka mereka pun jelas nampak yang mereka hadir dengan ikhlas hati dan dengan hati yang terbuka mahu datang ke kongres ini, mendengar dengan kusyuk dan memberi reaksi kepada ucapan-ucapan dari peserta-peserta kongres.
Bila gurkah-gurkah politik di'port' melihat kepada keadaan ini, paham lah mereka kenapa BN/umno takut sangat dengan parti PKR ini kerana suasana kelmarin adalah sebenar-benarnya suasana dari satu-satunya parti yang merangkumi berbilang bangsa. Sebab itulah mutakhir ini PKR setiap saat telah diserang habis-habisan oleh BN kerana mereka tahu yang rancangan mahu menakluk Putra Jaya jika tidak disekat akan menjadi kenyataan.
Tak dapat disangkal lagi sejak dia disingkirkan dan sepertimana ucapan Presiden PKR, Anwar adalah satu ancaman besar kepada kedudukan dan 'survival BN'. Kalau orang lain dah lama terkambus, dah lama direjam dan dah lama juga mati.
Satu yang gurkah-gurkah politik di'port' perhatikan ialah Anwar tetap 'cool' dengan senyumannya dengan daya penarik dengan aura yang ada pada dia, dia tetap meneruskan perjuangan biarpun sedang di-asak dengan tekanan-tekanan termasuklah dengan perbicaraan mahkamah yang akan menamatkan karier politik dan cita-citanya kerana labat laun Najib juga akan mengikut jejak Mahathir ... pegang kepala, habislah ekor ...

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com

Friday, 26 November 2010

PENGORBANAN BESAR UMNO KEPADA SINGAPURA

Bravo.......Siapa Pengkhianat Siapa? Dan Siapa Pengkhianat? UmNo tiada pasti Rakyat Sejahtera.

U= UmNo
P= Penipu / Pembohong
N= Number
O= One

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990
Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebutPerjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061
ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA
Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.
Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.
Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura
Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun
PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS
Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.
Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.
PULAU BATU PUTIH
Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.
Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850
Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.
ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)
Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.
Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.
ISU PULAU PISANG
Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.
ISU PENAMBAKAN LAUT
Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.
Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.
Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.
ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR
Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor
Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.
ISU JAMBATAN BENGKOK
Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.
Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)

MAK JANDA NAK JADI PERMAISURI

Siapa mak janda yang di "syair"kan oleh Hishamuddin ni? 7 berkahwin & menjanda...nak upgrade body macam Celion Dion, muka nak macam Paris Hillton.....

Hishamuddin Rais Nov 25, 1011.

Macam-macam punya gila. Macam-macam punya sandiwara sedang dipentaskan. Lepas satu, satu, tak habis habis. Macam-macam punya cerita. Macam-macam punya labun.
Aku yang jadi tukang karut ini tak sempat nak berjanguk ada sahaja cerita baru yang wajib 'diselampitkan'.
Belum pun abis cerita Saifool, ada pula cerita budak sekolah mati kena terkam buaya di Shah Alam. Sebelum ini ada kes anak Cina cekik leher sendiri. Kes ini masih belum selesai.
Sudah bertahun-tahun laporan mahkamah tak siap-siap sampai uban aku tumbuh di ketiak. Agaknya sudah reput leher anak Cina dalam kubur tetapi siasatan macam mana dia cekik leher dia sendiri masih jadi satu misteri.
Kisah punya kisah, ada satu kisah yang jadi raja segala kisah. Inilah dia datuk dan nenek moyang dari semua kisah-kisah yang pernah dikisahkan. Inilah kisah benar. Kisah benar yang benar-benar belaka. Kisah Mak Janda yang ingin jadi permaisuri.
Al-kisah mengikut kata sahibul hikayat adalah seorang Mak Janda dari negeri Antah Berantah. Dari apa yang telah diceritakan, Mak Janda ini ditakdirkan pendek dan gempal ketika dilahirkan.
Dari zaman kanak-kanak lagi orang sekampung telah memanggil dia Minah Becok kerana mulutnya cukup becok. Becoknya bukan macam murai tercabut ekor tetapi macam Samy Vellu ditemubual RTM.
Maka orang orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Ada seorang Minah Becok
Badannya gempal kakinya tepok
Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Permaisuri

Maka mengikut tuan yang empunya cerita, Minah Becok ini pun membesarlah. Maka Si Minah ini berkahwin dan beranak. Mengikut cerita yang didengar melalui akhbar Baca Gembira, si minah ini telah tujuh kali berkahwin dan tujuh kali bercerai.
Berita kahwin cerai kahwin cerai ini sehingga sekarang masih belum digazetkan dalam Parlimen. Ia masih menjadi rahsia negara.

Tok bomoh misai berdenting

Tidaklah terhitung jumlah anak yang lahir sehinggakan orang kampung membuat pantun dan seloka:

Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Pemaisuri
Pilih jantan silih berganti
Memasang perangkap nak jadi bini menteri

Maka pada satu hari baik bulan yang baik, si minah ini telah pergi berjumpa tok bomoh untuk menilik dan melihat nasib. Ingin mencari ubat yang mujarab agar dapat menguruskan badan dan memaniskan muka.
Maka pada ketika dan waktunya sampailah si minah ini ke kampung tok bomoh. Sayangnya tok bomoh ketika itu tidak berada di rumah.

Lama juga si Minah ini menunggu. Untuk merehatkan badan si Minah duduk di tepi tangga sambil mengira bulu kaki. Mengikut tuan empunya cerita, tok bomoh ini bukan sahaja pandai menilik nasib malah tok bomoh ini cukup handal dalam hal tangkap menangkap jin.
Mengikut ceritanya tok bomoh ini baru sahaja dijemput untuk menangkap jin yang telah melarikan seorang anak dara sunti di Besut.

Tunggu punya tunggu tok bomoh pun sampailah ke rumah. Salam diberi tangan dijabat. Memang betul Tok Bomoh ini bukan kecil anak.
Misainya berdenting dan rambutnya panjang kerinting. Apabila masuk sahaja ke anjung rumah, si Minah ternampak banyak ijazah-ijazah dan surat tauliah terpampang di dinding.

Betul-betul di dinding tengah kelihatan tersimpan dalam bingkai kaca gambar tok bomoh sedang menerima ijazah dari sebuah kolej antarabangsa dalam bidang ilmu perikanan.
Macam mana dari menangkap ikan boleh beralih untuk menjadi pakar menangkap jin, wallahi alam bissawab, hanya Chua Soi Lek sahaja yang mengetahui.
Tok Bomoh terus bertanyakan apakah niat yang hendak dipinta oleh si Minah Becok. Maka si Minah pun bercerita yang dia mahu menguruskan badan macam Celine Dion dan mencantikkan muka macam Paris Hilton.
Minah Becok juga mahu tahu apakah ada jantan lagi yang sanggup menjadi suaminya kerana dia telah tujuh kali menjanda. Mendengar nama-nama ini tok bomoh duduk termenung dan terus menggaru lutut.

Kemudian tok bomoh mengambil beberapa majalah Voque dan Elle dan terus mencari muka Paris Hilton dan Celine Dion. Bila bertemu gambar yang dicari si bomoh mengangguk kepala dan mulutnya mula berkumat kamit sampai buih muncul di bibirnya.

Telur ayam Jusco

Selesai menjampi, tok bomoh ini terus mengeluarkan tujuh balang plastik yang tertutup rapi dengan kain hitam. Menurut tok bomoh, dalam botol plastik ini adalah tujuh ekor jin kafir tetapi telah berjaya disunatkan. Jin-jin ini telah ditangkap di Besut, Terengganu.
Mengikut tok bomoh jin-jin ini telah cuba melarikan seorang anak dara sunti. Kerana telah bersunat maka jin ini akan menjadi hamba suruhan tok bomoh ini.

Mengikut tok bomoh permintaan Minah Becok ini boleh dimakbulkan dengan bantuan jin-jin ini tetapi ada syaratnya. Permintaan ini perlu ada pengeras.
Perlu dibawa seekor ayam betina, seekor ayam jantan berkaki hitam, dua buah kelapa kuning, tiga butir telur ayam dara, seketul bara arang batu dan sebiji garam gunung.

Tok bomoh juga memerlukan dua tiket AirAsia ke Chiang Mai atau Saigon dan bilik hotel selama tujuh hari di sana.Bila mendengar ini maka Minah Becok tersenyum dan bersetuju. Si Minah meminta tujuh hari untuk menyediakan semua yang dipinta.
Maka orang-orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Minah Becok nak kuruskan badan
Celine Dion jadi ikutan
Dari janda nak jadi dara
Sanggup membuat apa saja
Minum garam makan bara

Si Minah dengan segera telah menyediakan semua permintaan Tok Bomoh. Dua tiket ke Saigon dan bilik hotel telah ditempah. Ayam, garam, buah kelapa dan bara arang batu semua telah didapati.
Genap tujuh hari maka pergilah sekali lagi Minah Becok berjumpa dengan tok bomoh. Tok bomoh menerkam dan terus membelek belek tiket AirAsia. Tok bomoh tersenyum puas.
Kemudian tok bomoh mengumpulkan semua barang pengeras dan mula membaca jampi dan serapah. Selang beberapa minit tetiba tok bomoh berhenti.
Tok Bomoh marah dan terus berkata: "Ini bukan telur ayam dara? Ini telur hang beli di Jusco."
Minah Becok mengigil takut. Dia terketar-ketar dan terus berkata:
"Di kampung saya, tak ada lagi ayam dara. Yang ada hanya ayam janda."

(bersambung )

PENGUNDI ATAS PAGAR MENOLAK PAKATAN RAKYAR PRU-13

Baca dan analisa sendiri...........

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Memang sukar dan sengit. Mungkin keputusannya juga tidak dijangka nanti, mengulangi debaran 2008. Ya, tidak mudah bagi mana-mana parti politik berdepan pilihan raya umum ke-13. Tiada lagi jalan mudah seperti dahulu. Rakyat Malaysia kini benar-benar sudah ada pilihan untuk dipilih, tidak sepertimana pernah dikritik (sekali gus menyindir parti pembangkang) oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman dalam satu seminar di Universiti Malaya, pada Disember 2006.

Dato' Seri Najib Razak pastinya mengintai peluang terbaik untuk menebus maruah BN yang tercemar teruk pada Mac 208. Tarikh pilihan raya sentiasa menjadi senjata utama untuk memerangkap seteru politik. Selalunya, selepas tempoh 36 bulan, teka-teki pembubaran Parlimen akan bermula. Najib - melalui apa jua cara, seperti yang dilafazkannya dalam perhimpunan Umno lalu - tentunya mahu membuktikan bahawa dalam pilihan raya pertama yang diterajuinya, prestasi BN akan kembali melonjak, terutama bagi merebut empat negeri (termasuk Perak yang ditawan lebih awal melalui rampasan kuasa) yang terlepas kepada Pakatan Rakyat dan memulihkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sejarah menunjukkan setiap perdana menteri baru akan mencatatkan kemenangan gemilang ketika pertama kali mengepalai jentera kempen. Misalnya, dalam pilihan raya 1974,Barisan Nasional yang baru dibentuk atas inisiatif Tun Abdul Razak Hussein, yang menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra, menguasai 135 daripada 154 kerusi Parlimen,iaitu 87.66 peratus.

Tun Dr Mahathir Mohamad pula merakamkan detik-detik indahnya dalam pilihan raya 1982 apabila BN menang 85.71 peratus kerusi Parlimen. Manakala dalam empat pilihan raya selepas itu, yang juga diterajui bekas Perdana Menteri keempat itu, prestasi BN naik-turun, tetapi tidak pernah mengatasi rekod 1982. Pada 1986, majoriti kerusi BN diParlimen adalah 83.62 peratus; 1990, 70.55 peratus; 1995, 84.36 peratus; dan pada tahun 1999, 76.68 peratus.

Tanpa diduga, Presiden Umno yang dilihat paling lemah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengungguli kehebatan selepas mengejutkan parti-parti pembangkang dan memberikannafas baru buat Umno pada 2004. BN mencatatkan kedudukan paling selesa sepanjang, apabila menang lebih 90 peratus kerusi Parlimen. Keselesaan membawa padah, malah mengheret Abdullah jatuh!

Mac 2008, tsunami politik menggegarkan negara. BN hilang empat lagi negeri (kebanyakannya yang termaju di negara ini) dan buat pertama kali dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Jumlah kerusinya hanya 63.1 peratus. Undi popularnya sekitar 51 peratus sahaja. Asakan agar Abdullah berundur lebih kuat datang daripada dalam partinya sendiri. Tarikh persaraan beliau terpaksa dipercepatkan. Dan Najib - orang yang paling mendapat manfaat daripada pengunduran Abdullah itu - pastinya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Ramai pemerhati politik melihat pengundi kita semakin matang dan mampu menganalisis dan menghakimi dengan baik. Mereka dianggap tidak mudah tersilau lagi dengan propaganda murahan dan retorik memualkan, apatah lagi untuk gerun dengan ancaman dan ugutan. Selepas pilihan raya umum ke-10, yang menyaksikan pengundi Melayu bangun memprotes secara terbuka, timbul istilah "politik baru". Kawasan majoriti Melayu, terutama di utara dan pantai timur, "habis disapu" PAS. Isu-isu sejagat seperti ketelusan, good governance, antirasuah menjadi agenda perbincangan, merentasi isu-isu lapuk seperti sentimen perkauman.

Namun, empat tahun kemudiannya, "pantai berubah" dengan pantas. Imej "Mr Clean" Abdullah ternyata menarik imiginasi pengundi. Beliau diundi kerana potensinya dilihat begitu memikat, apatah lagi dengan keazamannya untuk membawa kelainan berbanding regim Mahathir. Timbul persoalan, apakah elemen "politik baru" yang muncul semasa teriakan reformasi sudah tidak relevan lagi? Apakah budaya politik kita merosot kembali?

Budaya politik baru ini rupanya tidak mudah disisihkan. Ia mengakar dalam diam. "Politik Malaysia tidak sama lagi selepas ini," kata bekas vokalis Blues Gang, Ito kepada saya, pada awal tahun 2000. Muntahan pemimpin tertinggi tidak ditelan bulat-bulat lagi. Wibawa media perdana menjunam. Zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir.

Rakyat Malaysia menerima nasihat Abdullah agar tidak lagi membantah melalui demonstrasi jalanan, seperti fenomena 1999, tetapi menggunakan hak mereka dalam peti undi dengan begitu bijaksana. Kempen pilihan raya 2008, terutama pada minggu pertama begitu suram. Siapa sangka, rakyat sudah bersiap, malah tidak sabar-sabar lagi, untuk menghukum pemerintahan Abdullah.

Bagi A Kadir Jasin, BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji,mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu semasa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.
Kepemimpinan kerajaan dan BN dilihat sebagai mempersendakansuara dan aspirasi rakyat.
Keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Abdullah menjadi pertikaian. Faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi tidak begitu popular adalahpersepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekeliling Abdullah.

Saya masih ingat pandangan seorang penganalisis politik bergelar profesor dalam satu seminar di UKM pada awal 1990-an. Maksudnya lebih kurang, beruntunglah Umno yang ditakdirkan menang dalam pilihan raya pertama pada 1955, yang seterusnya mendapat kepercayaan majoriti rakyat tanpa henti. Tambahnya, jika PAS menang dalam pilihan raya awal itu, beliau yakin PAS bersama sekutunya akan terus memerintah Malaysia "sampai bila-bila".

Saya merasakan profesor berkenaan mahu menekankan soal kesetiaan pengundi kepada parti pemerintah. Waktu itu belum timbul ungkapan politik baru. Umno di kebanyakankawasan dianggap bakal menang mudah "walaupun meletakkan tunggul kayu". Faktor parti jauh mengatasi isu calon.

Era itu sudah berlalu. Pengundi yang kritis bakal "menyusahkan" siapa jua yang memerintah, termasuk Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasainya. Rekod menunjukkan momentum kemenangan oposisi sukar dilonjakkan dalam dua pilihan raya berturut-turut, sementalahan pula dipisahkan oleh seorang perdana baru. Memang Pakatan mahumembina sejarah baru, bukan meneruskan tradisi lama yang menguntungkan BN itu.

"Benar, kerajaan negeri terbatas kuasanya. Tapi jangan terlalu ghairah mencanang impian ke Putrajaya hingga diperolokkan orang," komen seorang pensyarah politik."Tunjukkan model terbaik dari segi kecekapan pengurusan, ketelusan pentadbiran, keikhlasan dan ketekunan berbakti. Perangi betul-betul politik wang. Saya dah takdengar kerjasama empat negeri Pakatan terutama untuk membangunkan ekonomi."

"Dalam politik tidak boleh membaca selapis. Sentimen perkauman masih tebal dan perlu ditangani dengan bijak walaupun heboh budaya politik baru. Macam mana PAS nak ganti Umno kalau majoriti orang Melayu masih sangsi dengan Pakatan? Mungkin ia hanya persepsi, tapi saya tengok persepsi itu tak berjaya ditanggalkan walaupun selepas hampir tiga tahun Pakatan ditubuhkan," syarahnya lagi. Saya sekadar mencatat.

Thursday, 25 November 2010

Dr.MAHATHIR PERLU TAUBAT NASUHA

Soalan cepu emas, mantan ini faham atau tidak apa maknanya taubat nasuha? Kalaulah dia faham, mana mungkin sehingga kesaat ini, ketika rumah kata pergi kubor kata mari, dia masih mengamalkan budaya kolot menyerang dan memfitnah DSAI.
KENYATAAN MEDIA:24 NOVEMBER 2010

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah.
Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81). .
3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

SURAT TERBUKA KEPADA PENGERUSI SPR

Diceduk daripada blog urekaasia.
Boleh cakap je lah, kita cuma boleh menyalah dan meminta, tapi adakah ianya akan dilayan & diterima?
24 November 2010

Kepada Tan Sri Abd Aziz Yusuf
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

Perkara: Memohon maaf atas kritikan saya
Tuan, merujuk kepada di atas, saya seperti nama di atas merupakan seorang penulis politik di beberapa akhbar media cetak, akhbar portal dan blog ingin memohon maaf atas kesilapan beberapa kenyataan dalam artikel saya yang pernah diterbitkan.

Sebagai seorang penulis politik yang tidak bertuankan sesiapa dalam politik negara, saya agak bebas mengkritik mana-mana pihak yang saya fikirkan perlu termasuk pihak tuan sendiri.

Oleh kerana saya melihat terlalu banyak kepincangan apabila setiap kali pihak tuan mengendalikan perjalanan pilihan raya, maka pihak tuan sering menjadi sasaran mudah saya.
Kritikan dan kecaman saya terhadap pihak tuan tidak terbatas dari satu sudut sahaja, malah saya sentiasa menyerang dari segenap ruang yang ada.

Ketika itu, pada pendapat saya, SPR tidak ubah kalau bukan budak suruhan Umno-BN pun, sekurang-kurangnya sudah tentu menjadi alat kepada mereka.

Saya juga berpendapat, SPR adalah suruhanjaya yang paling tidak berwibawa dalam menjalankan mana-mana pilihan raya dalam negara ini.

Dalam erti kata lain, saya menganggap prestasi SPR adalah yang terburuk dalam mengendalikan mana-mana pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun baru-baru ini saya mula menyedari akan kesilapan saya meletakkan SPR di kedudukan paling terburuk, setelah menyaksikan satu lagi pilihan raya yang diadakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini.

Saya dapati pilihan raya yang dikendalikan oleh parti tersebut mempunyai kepincangan dan penipuan yang berlipat kali ganda lebih buruk dari apa yang pihak tuan pernah lakukan untuk parti pemerintah.

Saya percaya, niat mereka juga sama dengan pihak tuan, iaitu untuk menjaga pihak yang memegang tampuk kuasa dengan apa cara sekalipun. Cuma saya percaya kaedah yang mereka gunakan adalah kaedah penipuan yang lansung tidak pernah terfikir oleh pihak tuan.

Salah satu contoh mudah, saya percaya pihak tuan tentu tidak pernah terfikir untuk melarikan peti undi, apatah lagi membawa peti undi balik ke rumah tuan.

Walaupun ianya kedengaran agak melucukan, tetapi hakikatnya ia memang berlaku dalam pilihan raya parti tersebut yang baru sahaja selesai minggu sudah.

Setelah saya menilai semula apa yang berlaku, saya mendapati pilihan raya yang dijalankan oleh pihak tuan tidaklah seburuk mana jika dibandingkan dengan pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik itu.

Maka pada masa ini jelaslah, bahawa andaian saya sebelum ini yang menganggap kewibawaan pihak SPR adalah yang terburuk adalah salah kerana pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik tersebut didapati jauh lebih buruk.

Bagaimanapun saya tidaklah bermaksud menarik kembali kenyataan yang pernah saya lemparkan kepada pihak tuan kecuali dari segi kedudukan terburuk sahaja yang berubah apabila ada lagi yang lebih buruk.
Saya juga ingin memaklumkan kepada pihak SPR, adalah amat wajar jika pihak SPR meneruskan usaha untuk memenangkan parti pemerintah dalam PRU 13 akan datang dan ia satu usaha yang perlu walau dengan apa cara sekali pun tanpa mengira sekotor mana sekali pun.
Pihak parti yang menjalankan pilihan raya tadi tentunya dengan mudah menerima dengan hati terbuka jika kekalahan mereka disebabkan penipuan yang SPR lakukan nanti.

Saya berpendapat sedemikian berasaskan hakikat mereka sendiri turut telah dapat menerima penipuan sebagai satu cara yang halal untuk mencapai matlamat mereka ketika pilihan raya.
Tambahan pula, saya turut berpendapat seandainya mereka ini memenangi PRU 13 nanti saya percaya kelak jawatan-jawatan tertinggi dalam SPR akan diisi oleh orang-orang yang sama dalam jawatan kuasa pilihan raya parti itu.

Jika ini terjadi, maka dalam PRU seterusnya (14) nanti akan jadi lebih haru biru. Mungkin pembangkang dalam parlimen ketika itu telah pun pupus disebabkan semua kerusi parlimen dan DUN dimenangi oleh mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf kerana meletakkan pihak SPR di kedudukan terburuk sebelum ini walaupun sebenarnya pihak yang menjalankan pilihan raya parti itu lebih buruk.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Beduk Canang

SPR JANGAN TUNJUKKAN SIKAP BERAT SEBELAH : MSO

Di mahkamah menggendalikan perbicaraan Sodomi II, ialah hakim klon Agustine Paul, di SPR pulak adalah Timbalan Pengerusi SPR. Maknanya dia ini adalah klon kepada mantan boss dia, Sang Rashid. Cakap macamlah rakyat Malaysia yang marhaen tidak tahu berfikir.
Persoalan mudah ialah kenapa Sabah & Sarawak boleh diadakan pilihanraya negeri berasingan dengan Pilihanraya Umum tanpa diperkatakan ianya membazir?
Kenapa negeri - negeri PR yang menyatakan cadangan untuk diadakan pilihanraya negeri berasingan daripada pilihanraya umum dikatakan membazir?
Aduhhhh, mana kampung si Wan Ahmad Omar ini datang?
BERKATALAH Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar kalau pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan berasingan dengan pilihan raya Parlimen ia membazirkan wang rakyat. Beliau juga mengingatkan negeri-negeri yang hendak mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum terpaksa menanggung sendiri wang perbelanjaannya.

Wan Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan negeri-negeri di bawah pemerintah Pakatan Rakyat mungkin tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum. Mereka bercadang untuk mengadakan pilihan raya berasingan di peringkat negeri masing-masing. Mereka akan menggunakan kuasa mutlak mereka untuk berbuat begitu.Kalau ini berlaku bermakna negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak akan membubarkan Dun masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak Parlimen dan negeri-negeri di seluruh negara. Kita faham kenapa Pakatan Rakyat bercadang untuk berbuat demikian. Jawabnya, demi memastikan mereka terus berkuasa di negeri-negeri berkenaan.

Sebelum ini ada cakap-cakap dan cadangan kalangan pemimpim negeri Pakatan Rakyat untuk tidak sedia membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya diadakan berasingan. Bagi Pakatan Rakyat tindakan itu baik sekiranya dengan cara itu mereka dapat terus mengekalkan kuasa di negeri berkenaan. Tindakan itu tidak boleh dilihat sebagai menyusah atau membazirkan wang rakyat.Tindakan tersebut mungkin anih tetapi ia tidak pelik malahan wajar.
Sebagai parti yang menguasai negeri-negeri berkenaan menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan itu. Mereka akan melakukan apa saja selagi dihalalkan mengikut kitab dan peraturan demokrasi bagi memastikan negeri berkenaan dimiliki mereka.

Hal ini sama juga dengan pihak BN yang memegang kerajaan di beberapa negeri dan federal. BN akan menasihati Yang Diperetuan Agong membubarkan Parlimen bila mana mereka dalam keadaan selesa dan yakin menang. Selagi keadaan tidak memihak kepada mereka Parlimen tidak akan dibubarkan dan kemungkinan ia akan dibiarkan hingga tamat tempoh. Begitu juga kalau keadaan kondusif buat mereka Parlimen dan Dun dibubarkan walaupun tempoh tamatnya masih lambat lagi. Tindakan BN itu juga tidak salah dan wajar bagi menyelamatkan sisa-sisa kekuasaan mereka.

Pilihan raya berasingan itu membazirkan wang memang benar. Bukan saja pengasingan mengadakan pilihan raya tetapi beberapa kegiatan dan tindakan lain juga membazirkan wang. SPR boleh membendung mengenai pembaziran ini. Salah satu ialah menghadkan penggunaan poster dan juga bahan kempen dalam pilihan raya. Begitu juga menghadkan ruang media terutamanya tv untuk kempen parti kerajaan.Penggunaan ruang media itu yang sepatutnya dimanfaatkan dengan segmen yang berkuliti telah disalah gunakan setiap kali menjelang pilihan raya. Ia menjadi alat kempen untuk BN. Apakah ini bukan satu pembaziran?Anihnya juga bila setiap kali SPR membuat teguran dan kritikan ia ditujukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja. Semua masalah atau risiko bakal dihadapi rakyat diletak dan dicampakkan ke atas bahu oposisi? Apakah BN tidak penyumbang ke arah kemudaratan dan pembaziran itu? Rasanya orang-orang besar di SPR harus menukar kaca mata mereka daripada glass kepada kanta multi fokus.
Selalunya SPR tidak akan bercakap perkara yang sama kalau ia terkena kepada pihak BN. Seperti mana nasihat atau pandangan Wan Omar itu kenapa ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja. Kenapa beliau tidak cuba memberi pandangan dan teguran sama terhadap BN?Misalnya mengenai pilihan raya di Sarawak dan Sabah yang diadakan berasingan dengan pilihan raya umum. Kejadian ini bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak beberapa penggal dulu. Apakah itu bukan pembaziran? Ataupun SPR menggunakan air laut untuk mengurus pilihan raya itu bukannya wang?

Begitu juga kali ini Dun Sarawak akan dibubarkan paling lewat pertengahan tahun depan. Kenapa beliau tidak mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan serentak dengan Dun Sarawak bagi diadakan pilihan raya serentak dan dengan itu menjimatkan wang? Apakah kerana Sarawak memiliki Ketua Menteri yang kaya dan dapat membiayai pilihan raya itu tanpa menggunakan wang kerajaan? Begitukah?Bila Wan Ahmad hanya nampak segala masalah disebabkan Pakatan Rakyat, maka nyata beliau tidak berlaku adil dan saksama.
Sebagai orang bertanggungjawab dan berkuasa ke atas badan bebas (SPR) beliau seharusnya bersikap profesional dan adil sepanjang masa. Kalaupun di lubuk hatinya ada rasa simpati kepada BN, tetapi janganlah pamerkan menerusi kedudukan kita selaku timbalan pengerusi, tetapi cakap atau sebut saja di jerung dapur di rumah. Biar anak beranak memahami dan mengetahui sikap buruk kita itu dan bukannya rakyat.Pada saya bersikap tidak profesional, berat sebelah itu adalah sebahagian daripada pembaziran yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. [wm.kl. 6:30 am 24/11/10]

Wednesday, 24 November 2010

Itu baru gaji, bukan pendapatan bulanan. Jika dicampur dengan perk yang lain seperti elaun perjalanan, makan, penginapan, kenderaan.. macam - macam lagi, agak - agak lah berapa pendapatan bulanan PM?

KUALA LUMPUR 23 Nov 2010- Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.
Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008. Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. (catatan akhbar kosmo)

NAJIB BIMBANG SIASATAN SCORPENE SEMAKIN MELUAS

Bukan Najib sahaja, Bik Mama juga patut rasa bimbang.

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 24 Nov:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.
Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.
Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.
Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera.
Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.
Seorang penceramah agama dalam kuliahnya di sebuah surau dekat Rawang berkata, beliau telah berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya dan yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.
"Saya tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu saya teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4," kata penceramah itu dalam kuliah dhuhanya di surau itu.
Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.
Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.
Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.
Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.
Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu.
Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai.
Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.
DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.
Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. I
a disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.
Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.
Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.

2 MENTERI KABINET DIARAH SIASAT PEGUAM NEGARA

marilah kita beramai - ramai menonton lakonan filem hebat sebagai penutup tirai 2010 yg bakal menjelang tiba nanti.
Siapa Pengarah Filem ini?
Siapa Penulis Skrip Filem ini?
Siapa pelakon utama?
Siapa pelakon Pembantu Utama?
Siapa Pengurus Latar?
Siapa Pengurus Animasi?
Dimana Lokasi Penggambaran?
Tajuk Utama Filem ini? Apa kata kita namakan Filem Penutup Pendustaan
KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.
Difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.
“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.
“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.
“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar.
Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.
“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.
Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.
“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.
“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,
Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.
Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.
Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.
Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.