Friday, 22 October 2010

ARTIKEL 153, HANTU JERANGKUNG UMNO

Mendengar dan membaca ucapan Presiden UMNO pada PAU semalam, jelas menunjukkan kegelisahan beliau akan takutnya Putra Jaya diambil alih pemerintahannya oleh PR.
Agenda hak orang melayu dijadikan alasan. Tun Dr.M mengatakan, suatu ketika dahulu, jika PR memerintah maka akan hilanglah hak istimewa orang Melayu, semalam dia lupa akan apa yg diperkatakannya dahulu apabila beliau menyokong apa yang Najib katakan bahawa hak istimewa orang melayu telah di kunci kemas. So, siapa yg betuk disini?
Mereka pinda artikel 153 untuk kepentingan mereka, tak apa pulak?? Ha.. ha.. ha.. Mereka tipu bangsa Melayu hidup-hidup beb!!Tapi, apabila pihak pembangkang memperkata atau menyentuh isu tersebut, mereka cuba bangkitkan dan mainkan perasaan dan semangat perkauman bangsa Melayu. Mereka jadikannya isu perkauman. Mereka menuduh pembangkang, mencabar hak Melayu. Rasis!!
Yang pasti, jerangkung yang amat mengerunkan Najib ialah, jika PR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara, persoalan besar yang bermain di kepala beliau ialah, Apakah nasib CIMB, bank terbesar milik adiknya selepas itu? Bagaimana pula dengan Baby Projek Bik Mama aka RM, PLKN yg menjadi lubok emas beliau dgn Lee Lam Thye?
Cuba para pembaca renungkan apa mesej yang cuba disampaikan dibawah ini? Sekadar check and balance je.
Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak tahu dan tidak ingat, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan UMNO terhadap bangsa Melayu :
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah dirakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya bersatu. Kini menyedari kuasa semakin terhakis dari genggaman maka gegak gempita seruan untuk bersatu. Oleh itu tidak perlulah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen kepada UMNO. Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan… biarkan.

Kalau pun UMNO tidak berperanan dalam mentadbir negara, orang Melayu masih ada wakilnya dari kalangan PAS dan PKR. Tanpa UMNO orang Melayu akan menjadi lebih mulia kerana terhindarlah melayu dari gejala rasuh, judi dan lain-lain maksiat kepada Allah SWT.

Kalaulah UMNO sudah wujud 4000 tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi ‘mereng’

Thursday, 21 October 2010

ALASAN PAK PANDIR, PNB YANG CADANG BINA MENARA WARISAN

Tambah sikit,
i. Kalau PNB yg hendak bina, kenapa masuk dalam pembentangan bajet?
ii. Persoalan, siapa yang arahkan PNB untuk bina bangunan berkenaan? PNB ialah satu entiti milik kerajaan, mesti ada Board Of Director. Bermula dari Pengerusi, CEO, MD dan lain - lain ahli policy & decesion maker, mereka ini dilantik oleh kerajaan. Kemudianya, Chairmannya report kepada Ministry Of Finance.
Persoalannya, siapa dia Ministry Of Finance Malaysia? Bukankah PM itu sendiri?
Untuk itu, elok sahaja kita sokong apa yang dikatakan oleh Ustaz Idris Ahmad, iaitu alasan Pak Pandir.
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

PAS berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.

Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.

Ustaz Idris AhmadKetua Penerangan PAS Pusat

Monday, 18 October 2010

BERITAHU JASA BN : PM

Apalagi yang hendak dikatakan mengenai PM ke6 ni. Dia nak UmNo @ Be End beritahu perkara yg sebenar apa lagi? Seluruh Malaysia sejak azali telah sedia maklum bila ada projek sudah tentu notis pemberitahuan dibawah akan diadakan.
Letrik percuma bawah RM 20.00? Cuba tanya dia, berapa ramai rakyat Malaysia yg guna letrik bawah RM 20.00? Yang guna kadar letrik bawah RM 20.00 cumalah pekerja Indonesia yg tinggal di rumah kongsi yg hanya pakai Kipas angin & periuk masak nasi letrik.
Sama juga dengan pengumuman diskaun tol pada pengguna Touch & Go. Mana ada warga KL yg guna perkhidmatan tol seperti yg diumumkan?
Inilah masaalahnya bila Malaysia ada PM yg sejak jadi menteri banyak membuat keputusan popular daripada membantu rakyat.
Perkara sebenar rakyat nak tahu perkara sebenar mengenai Komisyen Submarine, Isu Teoh beng Hock, Kugan, Ziana Zain ( mungkin ), Isu MB NS yg membawa keluar RM10 juta, Isu Perak & macam - macam lagi.




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk kesejahteraan kehidupan mereka. Perdana Menteri berkata, kerajaan BN tidak banyak menggembar-gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat. “Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar-gembur. Kita buat setinggi gunung (tapi kadang kadang) orang tak hargai,” katanya berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita UMNO di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, dekat sini, semalam. Najib berkata, walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran elektrik yang bilnya RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara, tetapi tidak menggembar-gemburkannya seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat, yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah. “Sebab itu dalam Bajet 2011 saya cuba memasukkan kepentingan semua pihak untuk kesejahteraan rakyat,” katanya. Menurutnya, pelbagai insentif disediakan demi kepentingan rakyat dalam bajet ini, antaranya Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan, untuk memiliki rumah di mana skim itu akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah bawah RM220,000. Katanya, dalam bajet itu, buat pertama kali dalam sejarah negara, kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform dalam penetapan upah golongan pekerja di negara ini. ‘Jadi usaha untuk mensejahterakan rakyat akan kita teruskan,” katanya. - Bernama

Friday, 15 October 2010

BAJET 2011 : BAJET SAUDAGAR ABU NUWAS VERSI ULUL ALBAB

Kalau dizaman mantan PM Tun, RM = Ringgit Mahathir, hari ini jika dilihat pada bajet yg dibentangkan khasnya Projek Permata, RM itu jelas menjurumus kepada Rosmah Mansor.
Walaupun begitu, ayuh marilah kita rakyat Malaysia mengambil dan memegang kata - kata PM didalam pembentangan bajet belanjawannya semalam, yang berbunyi " Berubah atau kita akan ketinggalan,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini semasa membentangkan Bajet 2011. Ikutlah nasihat beliau. Berubahlah dalam PRU-13 nanti. Undilah PR kalau tidak, nescaya kita ketinggalan.
BAJET 2011 : BAJET SAUDAGAR ABU NUWAS VERSI ULUL ALBAB
1. Bajet : Menteri Kewangan Tingkat 4
Kalau dahulu Khairy selaku menantu Pak Lah dihentam sebagai ‘budak tingkat 4” . Hari ini Mak Budak pula duduk dikerusi tersebut. Nampaknya 1st Lady Malaysia itu amat bertuah kerana buat kali kedua berturut-turut mendapat kelulusan bajet melebihi 100j. Kalau tahun 2010 mendapat kelulusan 100j tetapi dinaikkan peruntukan PERMATA kelolaan Rosmah Mansor, isteri Najib sebanyak 111j. program PERMATA mendapat bajet 'istimewa'. Berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi , Rosmah nampaknya mengalahkan Shahrizat, selaku Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Beliau sendiri mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau.
“Rosmah juga dikatakan memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting. Beliau dikatakan mencampuri urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan dan pemberian kontrak dan tender kerajaan
Ramai yang mempertuturkan bahawa bajet 2011 adalah Bajet BN (Bini Najib) atau Bajet RM (Rosmah Mansor). Sudah pasti beliau adalah orang yang paling gembira dengan bajet ini. Apatah lagi apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan membeli-belah dan pelancongan dimansuhkan. “Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut... “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” dan disambut gelak ketawa. Semua rakyat juga maklum kesukaan 1st Lady Malaysia ini dengan aktiviti membeli-belah.
2. Bajet Pilihanraya.
Bajet yang merupakan chewing gum kepada rakyat. Takde apa-apa melainkan harapan buat rakyat agar terus mengundi UMNO-BN dalam pilihanraya ke 13. Bajet nampaknya banyak timbul disebelah Malaysia Timur. Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah. Itu belum masuk dana Zon Akuakultur Bersepadu juga di Sabah & Sarawak. Kot-kot nanti Pilihanraya, penduduk Sabah & Sarawak tak mengundi pimpinan UMNO-BN. Bagi negeri-negeri yang kuat UMNO, tersengih je lahh.. Projek tawan semula Selangor dengan kelulusan 10 billion bagi projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik di Sungai Buloh. Yang ketara kenaikan Elaun bulanan untuk JKKK sebagai Wak dogol UMNO-BN dinaikkan sehingga RM800 bermula 1 Jan 2011 termasuk Imam dan Tok Batin. Selaku ketua masyarakat untuk memastikan anak buah menyokong UMNO-BN. Tidak ketinggalan wang ehsang untuk pengundi muda dengan menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.
Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”. Pendapatan yang dihitung berdasarkan KDNK. Pendpatan perkapita mencecah 8,000 dollar. Hakikatnya rakyat marhaen masih lagi berpendapatan rendah. Gaji dibawah tahap RM1,000. Barang-barang akan sentiasa meningkat harganya. Bagaimana pula yang tidak makan gaji? Kerja kampong, petani dan nelayan? Adakah kesimbangan? Gaji minimum pun belum selesai, bagaimana nak jadikan rakyat berpendapatan tinggi? Pembentangan tersebut gagal meyakinkan rakyat dengan tema yang hendak dicapai.
3. Bajet terbesar negara, Najib kata ‘kita bukan saudagar mimpi’
Bajet 2011 merangkumi peruntukan berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Nampaknya Pengaruh Mahathir dengan Projek Meganya kembali semula. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
Pemimpin hanya ingin melakarkan kehebatan diatas kertas walaupun keperluan rakyat asasi masih lagi belum tertunai. Darimana sumber 5 billion itu hendak dikeruk? Itu belum diambil kira ketirisan dalam perbelanjaan kewangan Negara. Rasuah dan sebagainya. Yang sampai dan membasah ke bumi tinggal sedikit. Sebahagiannya ditiup angin entah kemana. UMNO-BN menjadikan khayal mat Jenin sebagai realiti tetapi siapa? Siapa lagi kalau bukan UMNOputera.
4. Bajet pemimpin berpendapatan tinggi, rakyat jadi kuli.
Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini untuk menjana pendapatan cukai tambahan bagi pembangunan nasional.
Tiada bonus yang diharapkan oleh kaki-tangan kerajaan. Hanya elaun khas sebanyak rm500.lebih teruk daripada Bajet paklah yang dikatakan lemah dan penidur itu. Busuk-busuk pun ada jugak bonus sebulan gaji.Peruntukan besar dicairkan kepada pembangunan Koridor dan projek mega. Bukan swasta tetapi pelaburan kerajaan sendiri. Realitinya kerajaan tidak berwang lagi. Apatah lagi dalam mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. FDI yang menjunam. Banyak syarikat asing bahkan tempatan yang lari keluar. Dalam suasana begini macamana hendak dijana Negara berpendapatan tinggi. Kot-kot pemimpin berpendapatan tinggi… rakyat menjadi kuli.
Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan. Nampaknya pakcik menjual nasi lemak, peniaga pasar malam dan para peniaga yang cuba mengelak cukai akan dicari sehingga ke lubang cacing.
Langkah-langkah liberalisasi akan dipertingkatkan lagi. Kita bimbang kalau kera dihutan disusukan anak sendiri terbiar kelaparan.Entah kemana dah PERKASA dan NGO Melayu ni. Dah tak larat ke? UMNO-BN dah nak gadai habis dah ni. Apa lagi yang tinggal?? Sejauh mana kepekaa rakyat kita? akhir jadi macam India. Rakyat ramai dan untuk mengelakkan kesedaran rakyat mereka melalikan rakyat dengan filem dan hiburan. Sepatutnya cukup sekadar pelaburan swasta tetapi bajet sendiri memperuntukkan RM200 juta untuk filem, drama dan dokumentari berkualiti tinggi. Mengalahkan peruntukan sekolah agama rakyat.
Bak saudagar Abu Nuwas yang sentiasa bijak tetapi untuk pasti kan keuntungan berpihak kepadanya diakhirnya. Bersama isterinya membuat strategi. Penuh seni berhelah. Rakyat pasti tergoda. Macam di Terengganu dengan Bajet Ulul albab. Sekarang Deris kan pengarah pilihanraya UMNO pusat. Akhirnya runtuh merudum. Bajet besar dan bunyi pun besar berdentum-dentum tetapi berlegar dilangit dan tak sampai kepada rakyat sebenar. Yang kaya adalah juak-juak dan pimpinan uMNO sebagai pemegang dana bagi menghadapi pilihanraya. Sapa sokong UMNO dapat, sapa sokong PR ketinggalan.
“Berubah atau kita akan ketinggalan,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini semasa membentangkan Bajet 2011. Ikutlah nasihat beliau. Berubahlah dalam PRU-13 nanti. Undilah PR kalau tidak, nescaya kita ketinggalan.
Kerabu bersuara blogspot

Wednesday, 13 October 2010

UMNO-MCA BER-TANGO

Galas dan Batu Api here we come. Bukan William Gallas ataupun Perez Parado. Biar UmNo - MCA-BN bertango. Kita akan terus buat kerja.
Dua kematian dalam masa sebulan. Kedua-dua kematian melibatkan tokoh politik. Seorang wakil rakyat PAS/Pakatan Rakyat, manakala seorang lagi, PBS/Barisan Nasional. Ini juga bermakna... telah berlaku dua kekosongan 'kerusi'. Satu bagi kerusi DUN Galas di Kelantan dan satu lagi bagi kerusi Parlimen Batu Api.Oooo la la!! Pesta pilihan raya akan bermula. Pasti meriah punyer!!

Apabila ada pilihan raya, maka kempen pun pasti ada. Kempen yang pasti gilerr punyer!! Bagi UMNO/BN, kempen mereka sudah pun bermula. Mukadimah kempen mereka ialah dengan kemunculan si Rahimi. Setelah tiga tahun dia menyepi, kini dia menjelma untuk melancarkan serangan, khusus terhadap Anwar Ibrahim.

Aha... tup-tup, kini dia muncul dengan membuat penafian tentang dua SD yang dibuatnya dahulu. Kalau dulu dia mengaitkan Najib dan Rosmah dengan drama Sodomi 11, tetapi kali ini, keluar pulak SD baru. SD yang menafikan pulak pembabitan kedua-dua laki-bini itu dengan drama Sodomi 11. Ini macam punya loqlaq, orang nak percaya??

Rahimi dijadikan peluru dalam serangan ini. Hati-hati... takut serangan 'makan tuan'. Pelik, tak serik-serik... Makin serangan diperhebatkan, makin orang getik!! Makin orang nak termuntah!! makin orang menyampah. Makin orang tak percaya pada kedua laki bini tersebut. Dan, malang bagi kita, FDI negara makin merudum. Pelabur pun hilang kepercayaan kepada negara. Siapa yang rugi?? Kitaaa jugak!!

And now, UMNO dan MCA pulak memulakan kempen mereka. Yeehaahh!! Satu persembahan tarian tango bernama 'Attacking Tango'. Senada dan seirama... mereka menari mengikut rentak yang sama.Serangan gergaji dua mata. Satu ditalakan kepada kaum Melayu dan satu lagi buat kaum bukan-Melayu, khususnya kaum Cina.

UMNO kata... jika undi Pakatan Rakyat, Melayu akan hilang kuasa. PAS dan PKR akan ditunggang semau-maunya oleh DAP. Kah... kah... kah... Cina akan kuasai Malaysia.
MCA pulak kata.... jika undi Pakatan Rakyat, PAS berada di depan mengepalai dan menerajui bahtera pemerintahan. Islam akan diangkat!! Oooooo... manyak bahaya!! Jangan percaya sama itu PAS. Malaysia akan butut-butut jadi negara Islam. Nanti, hidup lu olang susah maa..
Hellooo... lu olang jangan percaya sama itu Soi Lek maa. Lu olang baca sini.Siapa sebenarnya yang akan susah?? Rakyat bukan Melayu?? I doubt that. Yang akan susah ialah MCA Cina punya olang. Susah.... sebab sulah talak power!! Tak boleh ekk maa. Talak kuasa kalu, susah cali makan maa.

Whatever ler.... Tapi, itulah persepsi berhantu yang cuba dipsychokan oleh mereka kepada rakyat. Rakyat yang bangang jer yang akan histeria terkena sampukan hantu-hantu ini. But... bukan semua rakyat bangang. BN is still in a state of denial. Mereka masih beranggapan rakyat masih bangang dan senang-senang boleh diperbodohkan dengan momokan tersebut. Sebenarnya, mereka yang bangang!!

Yang syiuknya.... Najib siap bersuara dengan mengeluarkan ayat-ayat bodeknya. Ini ayat-ayat bodek daripadanya....

" Rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini."Baca lagi di sini

Fuulaaamakk!! Ayat yang power!! Tapi, malangnya... tak der roh!! Tak der semangat di dalamnya!!

Bapak Bodek saja yang beriya-iya berkata begitu, tetapi... anak-anak buahnya berkata sebaliknya. Sayap-sayap UMNO pun berkata sebaliknya. Makin menjadi-jadi pulak tu... Boleh percaya ka?? Tipu!! Tipu!! Tipu!! Jangan percaya!!

Wa cakap lu olang.... jangan percaya!! Itu semua retorik dia semata-mata!! Sudah manyak kali terkena... lu olang masih mau percaya ka?? Itu BODOH namanya maa.

Sebab itu, apabila UMNO-MCA bertango, ada kedengaran cacat pada muzik latarnya dan pada 'step'nya. Macam ada yang tak kena. Lantas.... tarian tango mereka kena booo dengan para penonton.
Let us boo them too. Boo panjang..... !! Booooooooooooooooooooooo!!Boo pendek!! Booo!! Booo!! Boooo!!Tango UMNO-MCA..... FAILED!!

by A Mum Of Three Mohd

KDN TELITI UNTUK DAKWA 10 ANGGOTA POLIS TERLIBAT CURI DADAH 40 KG DADAH

Pesanan kepada Menteri KDN, harap jagan ada campurtangan ke 3 didalam kes ini. Sekadar mengingatkan kembali kenyataan perpisahan drpd bekas KPN yang baru sahaja dibersarakan.

KDN Teliti Untuk Dakwa 10 Anggota Polis Terlibat Curi 40Kg Dadah – Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti kes salah laku 10 anggota polis berhubung kes rampasan dadah seberat 753,539 kilogram bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas, untuk didakwa mengikut Kanun Kesesakan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bersetuju dengan cadangan Majlis Peguam Negara supaya kes itu didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) pun telah membuat kenyataan tegas untuk menyiasat kes itu secara menyeluruh. Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani juga sedang menunggu keputusan penolong pendakwa raya,” katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri kementerian itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Hishammuddin berkata perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana jelas ia boleh menjejaskan integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat, yang pastinya mengharapkan ketelusan dalam setiap siasatan.

“Perlu sesuatu tindakan diambil, walaupun terhadap pegawai kita sendiri. Ini penting. Kita mahu rakyat yakin, bukan sahaja dengan kemampuan PDRM tetapi juga dapat lihat mereka yang mungkin segelintir, yang tidak jalankan tanggungjawab mereka juga diambil tindakan tegas,” katanya.

Hishammuddin mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar dadah yang bernilai RM254 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir semasa menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu lepas turut berkata mahkamah dimaklumkan terdapat laporan bahawa beberapa anggota polis mengaku mencuri dadah dirampas yang dianggarkan seberat 40 kilogram daripada dadah yang dirampas itu.

Akhtar juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan polis, dan mereka yang melakukan salah laku itu perlu dikenakan hukuman berat daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka oleh PDRM, iaitu hanya dikenakan tindakan tahan kenaikan pangkat dan pergerakan gaji.

Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengaitkan isu kes berprofil tinggi yang berlaku di dalam negara ini dengan perkauman kerana ia boleh memecahbelahkan agama, bangsa dan negara.

Menyentuh mengenai kes jenayah berprofil tinggi seperti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, dan “Namewee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam posting di You Tube,” Hishammuddin berkata: “jangan dipolemik sesuatu yang boleh pecah-belahkan kita.”

“Tak boleh kata dimonopoli orang Melayu, Cina dan agama-agama tertentu. Dalam hal sebegitu rupa, jangan kita polemikkan sesuatu yang boleh pecah belahkan kita.

“Dalam kes berprofil tinggi ini juga, kita cepat dalam tindakan, kita lakukannya secara profesional, (seperti) yang rakyat mahu, dan kita mahu ia disiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih, secara efisien, profesional dan adil,” katanya.

Beliau juga berkata kadang kala siasatan kes berprofil tinggi melibatkan pelbagai agensi iaitu kesalahan berkaitan dengan teknologi maklumat seperti paparan di You Tube adalah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan memerlukan nasihat teknikal. – BERNAMA

UMNO BN MAKIN TENAT

Peringatan dikalangan penyokong PR, khas PKR, jangan complacent dan mengharapkan sesuatu ajaib berlaku. Usaha dipertingkatkan memaksimakan ruang dan peluang yang ada kearah mencapai kejayaan. Agaknya itulah mesej yang cuba disampaikan.
PERDANA Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.
“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012.

Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat.
Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen.

Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku ‘miracle’ seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar.

Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan ‘persepsi baik’ terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum.

Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya.

Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan.

Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan.

Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya.

Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN.
Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan.

Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat.

Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN.
Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk ‘deliver’ kepada kaum yang mereka wakili.

Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka.

Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili.

Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi.

Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya.

Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat.

Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat?

Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh.

Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato’ Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden.

Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato’ Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan.

Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib.

Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN.

Wednesday, 6 October 2010

Aidulfitri bersama Adun Sikamat-Seremban





































Tarikh : 5hb Oktober 2010.
Masa : 8.00mlm ~ 11.00mlm
Tempat : Pejabat Adun Dun Sikamat

Sambutan yang cukup mengalakkan dari masyarakat Dun Sikamat dari semua golongan bangsa memberi sokongan dari sokongan moral, kewangan, Juadah jamuan dan membantu mengerakkan program. Kehadiran dianggarkan dalam 3000 orang. Kehadiran mereka dikatakan bukan sekadar untuk menjamu selera tetepi adalah untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Seremban dan Pusat Kususnya untuk mengerakkan jentera Pakatan Rakyat agar terus berusaha menegakkan keadilan dan menjatuhkan Bee End kususnya UMNO dari tampuk pemerintahan Negara. Dengan sokongan sentiasa ada kepimpinan Pakatan Rakyat Seremban akan terus berusaha untuk bekerja untuk rakya tanpa mengira bangsa dan masa demi keadilan untuk semua.
Kepimpinan Pakatan Rakyat kususnya KeADILan mengucapkan Selamat Hari Raya dan ribuan terima kasih kerana rakyat terus sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.

DARI RAKYAT, BEKERJA UNTUK RAKYAT.
Parti KeADILan Rakyat
Cabang Seremban.
Unit IT.






Saturday, 2 October 2010

Aidulfitri Bersama Rakyat Seremban





























TARIKH : 2hb Oktober 2010
MASA : 8.30 ~ 11.00mlm

TEMPAT : Pusat Khidmat Adun Ampangan Sremban.

Kehadiran Warga Seremban cukup mengalakkan menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan Parti KeADILan Rakyat amnya tidak pernah padam walaupun cerita memburukkan Pakatan Rakyat setiap hari tersebar didalam media cetak dan TV milik UMNO Bee End. Kehadiran dianggarkan hampir 2000 orang sehingga ada yang tidak dapat menikmati juadah yang disediakan kerana kehabisan tapi tindakan segera petugas-petugas jawatankuasa sambutan menyediakan juadah alternatif cukup dirasai oleh semua hadiran jemputan. Dalam suasana sambutan, hujan turun dengan lebat tetapi kehadiran rakyat sekitar terus tidak berhenti dari semua golongan bangsa.


Kehadiran YB Adun-Adun pakatan Rakyat dan Parlimen menunjukkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat tetap utuh dan berkerjasama dalam semua aktiviti untuk rakyat kepada rakyat.




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI SEMUA PETUGAS-PETUGAS SAMBUTAN
ATAS SEGALA KEKURANGAN.