Sunday, 21 February 2010

Antara Fitnah 2 dan Konspirasi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

AMPANGAN, 21 Feb - Umno yang dilihat berada dalam keadaan terdesak berusaha menutup semua kepincangan mereka dengan mengalihkan perhatian rakyat kepada fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertikai sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, serangan ke atas gereja dan rumah ibadat serta isu kepala lembu.
Umno dan Barisan Nasional mahu melenyapkan skandal ciptaan mereka seperti PKFZ, kehilangan enjin jet F-5E, rasuah kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi serta pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Umno sudah menjadi pengemis politik dan terdesak dengan membuat pelbagai dakwaan kepada Pakatan Rakyat bagi menutup kesalahan yang dilakukannya.
"Serangan yang dilakukan oleh Umno terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang mengatakan orang Melayu dihimpit dan dihalau oleh peminpin DAP adalah fitnah semata-mata. Apakah yang Umno telah buat sepanjang pemerintah mereka sebelum ini, adakah Melayu sebelum ini dibela," kata bekas Pengerusi Gerak Rakyat Intergriti dan Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus pada Ceramah Penerangan Konspirasi II anjuran Angkatan Muda KEADILAN di Ampangan Jumaat lalu.
Beliau berkata Umno kini menggunakan isu perkauman untuk meraih simpati orang Melayu yang sudah hilang keyakinan kepada Umno dan BN.
Turut berucap pada majlis itu termasuk Exco Dewan Pemuda Pas Pusat Mohd Sany Hamzan yang mengatakan Umno sentiasa mengamalkan budaya rasuah walaupun bercakap hendak menghapuskan gejala itu.
"Lihat saja rasuah seorang setiausaha politik kepada menteri yang mana wang tunai sebanyak RM2 juta ditemui dirumah beliau.
"Ini mengesahkan amalan rasuah yang diamalkan oleh Umno, ini lah kerja Umno yang sentiasa mahukan poket mereka sentiasa penuh tanpa fikir itu adalah hak rakyat.
"Kalau setiausaha politik yang baru bekerja satu tahun sudah ada RM2juta cuba fikir menteri yang dah lama bekerja berapa duit yang dia ada. Takkan setiausaha lebih kaya dari menteri?
"Pakatan Rakyat mendesak Menteri terbabit Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga disiasat oleh SPRM dan polis jangan lepas menteri terbabit kerana secara logik dia juga bersalah," tegas Mohd Sany.
Beliau juga mencabar Perdana Menteri Najib Razak dan anggota Kabinet membuat pendedahan harta yang diperolehi selama mereka berkhidmat.
"Saya cabar Najib untuk buat tafsiran harta dan tanggungannya kerana rakyat berhak tahu apa yang dimiliki oleh Najib. Kenapa Najib nak takut jika dia betul dan tidak mengamalkan rasuah?," tanya beliau.
Ceramah itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat Aminuddin Harun, ADUN Lobak DAP Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Saya dulu bekas Umno, sepanjang bersama Umno saya tahu perjuangan Umno yang sebenarnya. Umno tidak jujur dalam perjuangan mereka tentang kepentingan Melayu ataupun rakyat.
"Pejuangan Umno hanyalah untuk kepentingan kekayaan mereka sendiri bukan untuk membela rakyat," tegas Aminuddin.
Anthony Loke pula berkata laporan yang dikeluarkan oleh media arus perdana berhubung perbicaraan Datuk Seri Anwar adalah "double standard" dan bersikap melebihi mahkamah dengan mengada-adakan cerita.
"Selain itu juga banyak persoalan yang kenyataan oleh Saiful semasa kejadian di kondominium tersebut perlu dijawab sebelum pendakwaan dibuat.
"Kenapa semasa kejadian tersebut Saiful tidak lari kalau dia takut, apakah pemuda 26 tahun tidak boleh lawan orang dewasa berusia 60 tahun. Ini satu kenyataan yang tidak masuk akal dan nampak sangat Saiful menipu."
"Kita menunggu jawapan dari Saiful kenapa dia tidak lari kerana jika dia ingin melarikan diri Anwar tentu tidak dapat lawan kerana faktor umur dan siapa pula yang hendak halang beliau sebab hanya dia berdua dengan Anwar semasa kejadian. Kalau wanita ingin di rogol pun dia melawan dan melarikan diri inikan pula Saiful seorang lelaki.
"Tak masuk akal, persoalan tuduhan ini adalah dakwaan yang palsu untuk menhancurkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenapa selama enam tahun (selepas dibebaskan) tiada dakwaan tetapi setelah kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas timbul pula dakwaan. Ini lah kerja politik kotor Umno yang semakin takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat," tegas Anthony Loke dihadapan 2,000 penyokong.
Shamsul Iskandar dalam ucapan beliau menyelar Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang dakwa peguambela Karpal Singh sebagai tangan ghaib yang bertindak masuk campur dalam perbicaraan Anwar.
"Ini dakwaan yang amat serius. Adakah Najib dan Rosmah berani menafikan bahawa mereka tidak terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar? Sebab itu dari awal kita katakan tuduhan terhadap Anwar hanya konspirasi politik yang dicipta oleh Umno untuk menyekat kemaraan beliau," tegas Shamsul lagi.
Rakyat perlu terus di beri penerangan dan penjelasan setiap masa tentang perangai UMNO yang secara jelasnya telah merosakkan dan menjatuhkan Institusi Melayu, Raja2 Melayu dan Agama Islam dari awal permohonan kemerdekaan dahulu dengan menjadikan Bangsa melayu sekadar pada nama sahaja tetapi hakikatnya semakin terhakis dari segala aspek sama ada bangsa, agama dan tanah....

No comments: