Monday, 13 April 2009
Thursday, 9 April 2009
BN / UMNO MENGGUNAKAN KANAK-KANAK SEKOLAH DALAM KEMPEN PILIHAN RAYA BUKIT SELAMBAU SEWAKTU HARI PERSEKOLAHAN....
DIEKORI DAN DIPANTAU OLEH SB / POLIS
Sepanjang bertugas di pilihan raya kecil Bukit Selambau kami sentiasa diekori oleh POLIS / SB tetapi itu semua tidak menakutkan dan melemahkan semangat petugas-petugas Parti KeADILAN Bahagian Seremban untuk menyampaikan berita, meraih undi dan mengedarkan resalah kepada pengundi-pengundi di kawasan mengundi Tasek Apong. Lihat Kereta Proton SB bawah pokok tu dan helikopter memerhati dari udara...........
SEPANJANG BERTUGAS DI BUKIT SELAMBAU PETUGAS-PETUGAS KEADILAN SEREMBAN
Sepanjang 4 hari 5 malam petugas-petugas Parti Ke ADILAN Bahagian Seremban telah menunjukkan kommitment yang cukup tinggi membawa cabaran dalam segala aspek meraih undi, Culaan dari kawasan ke kawasan, melibatkan diri dengan masyarakat setempat di kawasan penginapan di kawasan Taman Seri Bayu Sg. Lalang dan Menjalinkan kerjasama yang cukup baik dengan UPU PAS KEDAH ( Alor Star ) dan Pulau Pinang disamping menjalankan satu misi yang cukup kritikal atas arahan Pihak atasan disebabkan untuk membendung kerjasama BN dengan calon-calon BEBAS?.....
Dengan kerja kuat dari semua peringkat kita memperolehi kejayaan : Parti KeADILAN Rakyat memenangi kerusi Bukit Selambau mengalahkan BN dengan mejoriti meningkat.
TAHNIAH PAKATAN RAKYAT, TAHNIAH PKR, TERIMA KASIH PAS/DAP, TERIMA KASIH RAKYAT.
TAHNIAH Parti KeADILAN Bahagian SEREMBAN dan segala jentera dan penyumbang2 yang sentiasa membantu mengerakkan untuk RAKYAT demi KeADILAN sejagat....
Sunday, 5 April 2009
Terkini dari Bukit Selambau 5hb April 2009 21.00pm PKR Bahagian Seremban
Friday, 3 April 2009
Terkini dari Bukit Selambau 4hb April 2009 11.25am PKR Bahagian Seremban
Parti KeADILAN Bahagian Seremban telah menghantar pasukan gerak gempur untuk membantu Pakatan Rakyat berjuang meraih undi dalam pilihan raya kecil N25 Bukit Selambau dengan kekuatan anggota 25 orang diketuai oleh Ketua Bahagian Dr. Azam dan AJK Bhgn. serta Adun Sikamat YB Aminuddin
Bertolak pada 3hb malam pada pukul 11.00mlm dan sampai di Bukit Selambau pada pukul 6.00pagi ini. Menginap di sebuah rumah di taman Seri Bayu Phasa 2, akan berada disini selama 4 hari dari 4hb sehingga 7hb pada hari pilihan raya.
Dengan Doa dari seluruh rakyat yang inginkan perubahan dari Bahagian Seremban semoga tugas yang di tanggung jawabkan akan membuahkan hasil dengan kejayaan.
Kami sekarang sedang bergotong royong menyediakan makan tengah hari sebelum kami kelapangan selepas solat Zohor.
Kami akan melaporkan dari masa kesemasa dari Bukit Selambau.
Subscribe to:
Posts (Atom)