Saturday, 7 March 2009

Rakyat Terus Mara Hapuskan PPSMI

















Siapa penghapus Bahasa Ibunda? UMNO & BN
Siapa penghapus Tanah Ibunda apabila akta Tanah Negara digubal Tanah adat / rizab melayu bertukar milik akhirnya ? UMNO / BN
Siapa penghapus tulisan Ibunda(Jawi) sehingga generasi kebelakangan ini makin hanyut dalam penghayatan dari segi jawi / agama ? UMNO / BN

KINI KENAPA UMAT MELAYU / RAKYAT MENOLAK PPSMI.........

1. PPSMI adalah idea UMNO ( MAHATHIR ) akhirnya menjadi satu perniagaan.

2. Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI ( Tidak bagus kah lagi Bahasa Ibunda kita
3. PPSMI menghina Bahasa Melayu

4. PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu

5. PPSMI tidak sah dari segi Perlembagaan

6. Semua kaum di Malaysia lebih mudah menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri

7. PPSMI menguntungkan kroni membekalkan bahan bahan bahasa Inggeris

BANYAK LAGILAH RAKYAT PERLU TAHU KENAPA PPSMI PERLU DITOLAK.

Parti KEADILAN Rakyat Bahagian SEREMBAN turut sama MENYOKONG menghapuskan PPSMI demi anak Bangsa dan Bahasa Melayu sentiasa diiktiraf seperti dalam PERLEMBAGAAN Negara.

Sunday, 1 March 2009

Datuk Seri Ahmad Said, SPRM- Hendak Menipu Lagi ??

Samalah sepertimana RAKYAT keliru SPRM tu apa : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Malaysia. Pemimpin UMNO dilindungi, RAKYAT dikhianati.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu, meletakkan sasaran untuk menyelesaikan setiap aduan dikemukakan dalam tempoh setahun, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Peruntukan undang-undang perjalanan SPRM menjelaskan dengan adanya Jawatankuasa Semakan Operasi, suruhanjaya ini tidak harus mengambil masa lebih daripada setahun untuk menyelesaikan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan.
“Jika kami melangkaui tempoh setahun, kami perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi… ini adalah peraturan baru,” katanya.
Sebelum ini SPRM dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Ia dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa lalu.
Oleh itu kata beliau, kes-kes yang dibangkitkan sebelum 1 Januari lalu masih disiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah, di mana Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu mendakwa atau sebaliknya dan ia akan diuruskan mengikut mekanisme yang lama.
“Kami perlu memberikan penjelasan ke atas setiap kes, tidak kira kecil atau besar, meskipun ia melibatkan RM10. ( Komen Kerajaan Rakyat: yang RM10 ni memanglah SPRM cepat siasat dan Peguam Negara juga akan cepat arah untuk didakwa sebab ini kes ikan bilis. Apa yang RAKYAT mahu, siasat dan dakwa kes rasuah yang berbillion RM tu. )
“Ini bukan jenaka… adakah anda fikirkan yang kami mahukan ini semua? Kami tidak mahu,” kata Ahmad Said sambil menambah, “kini kami perlu membuat banyak kerja.” ( Komen Kerajaan Rakyat: Kamu banyak kerja?. Hello Tok Mat Said, memanglah kamu banyak kerja, kerja memutar-belitkan kenyataan dan menutup pekong kamu dan para pemimpin UMNO/BN atas arahan sang penguasa yang rakus dan zalim. Bola kamu sudah kena picit pasal kes anak kamu, ada betulke? )
Tahniah Tok Mat Said!!. Malangnya saya dan RAKYAT terbanyak tidak akan sekali-kali tergoda dengan godaan Tok. Kalau SPRM benar-benar jujur, ikhlas dan telus tolong siasat kes ini:
Anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba “menyeludup secara haram bahan-bahan lucah” ke Australia.
Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Ahmad Said telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan.