Monday, 16 August 2010

FAHAMI PERANGAI BURUK BAIK UMNO YANG JELAS DENGAN MAINAN POLITIK



Gurau Biawak Hari Ahad
Berapa Butir Peluru Yang Akan Diterima MCA KONGRES Ekonomi Cina semalam telah meminta supaya ekuiti 30 Bumiputera dalam semua sektor dikurangkan. Permintaan itu merupakan salah satu dari 12 deklarasi yang diluluskan dalam kongres berkenaan. Begitulah laporan sebuah portal berita. Rujuk sini: Tidak ada ulasan atau laporan penuh dalam akhbar-akhbar arus perdana dan juga televisyen Malaysia hari ini. Kenapa?Apakah akhbar arus perdana atau televisyen Malaysia bimbang laporan itu boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu kepada MCA. Ianya sensitif. Begitukah?Kalau iya, sekali lagi akhbar tidak bersikap profesional dan cuba melindungi gajah di balik daun lalang kering. Akhbar menyiarkan laporan dan bahan-bahan terpilih saja walaupun perangai itu tak ubah seperti menyembunyikan demam denggi dari pengetahuan umum.Saya membaca Mingguan Malaysia yang ditebitkan oleh Utusan Melayu Sdn Bhd pagi ini. Selalunya akhbar terbitan Utusan Melayu cepat latah jika desakan itu dibuat oleh pemimpin DAP atau PKR atau Pas. Tetapi nampaknya MM jadi lembab atau terlepas pandang kalau desakan itu datang dari MCA. Mata wartawan mereka jadi kabur dan tangan editornya lemah untuk menggarap cerita. Kenapa?Kini saya sedang menanti komen dari jaguh-jaguh pejuang dan pembela Melayu berperut buncit dan kepala botak. Mungkin esok mereka akan mengeluarkan kenyataan, menyelar MCA dan presiden, Chua Soi Lek. Saya juga sedang menunggu berapa butir peluru lagi yang akan dihantar kepada MCA. Tentu banyak butir peluru yang sedang dibungkus untuk dikirimkan kepada lebih 500 para perwakilan kongres. Mungkin persis para ahli Bakti membungkus kueh raya untuk dikirimkan kepada polis dan tentera.Juga saya tunggu apakah esok atau petang ini ada laporan polis terhadap MCA atas tuduhan menghansut? Saya tunggu. Saya pasti kalau permintaan itu dibuat oleh Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng, beratus laporan polis telah dibuat hari ini. Dari Perlis hingga ke Kalimatan lah.. Berderet anak muda Melayu yang diupah sebungkus kotak kurma akan berhimnpu dihadapan balai polis. Siap dengan kain lilin wara merah tercatat perkataan Peribumi Perkasa.Jelas sekali desakan dan permintaan MCA itu tidak diperbuat apa-apa. Walhal desakan itu adalah mesej jelas dari kaum Cina terhadap kerajaan pimpinan Najib berslogankan 1 Malaysia. Mungkin perbuatan mereka tidak salah kerana menepati slogan 1 Malaysia. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa kalau DAP desak atau Cina di luar BN desak Melayu Umno jadi pening seperti kucing kehilangan anak dan kemabukan darah? Jadi begitu berani sekali tak ubah macam Jebat derhaka?Orang Cina sangat berterus terang dalam politiknya. Hanya orang Melayu saja masih berhati-hati dan berfikir panjang dan menimbang itu dan ini, malu alah dan takut untuk membaca sejarah bangsa dan negara. Semuanya dilakukan demi persahabatan. Kadang orang Melayu tidak sedar beliau memelihara musuh dalam selimut. Orang Melayu hanya tahu berkata, biadap, jangan bermain api, jangan usik sarang tebuan dan macam-macam lagi tanpa tahu erti dan takrif tindakannya.Sepatutnya orang Melayu juga bersikap seperti orang Cina. Bukan saja berterus terang dalam menuntut hak tetapi juga harus bersatu padu. Apakah pernah kita dengar kongres ekonomi Melayu meminta supaya kelonggaran berlebihan kepada kaum Cina ditarik balik?Penguasaan kekayaan kaum Cina dikawal dan sebagainya. Tidak! Sebaliknya kalau ada orang kita tersalah cakap yang hakikatnya fakta sejarah mengatakan Cina adalah pendatang, Melayu itu akan diherdik dan dimarah dan dinyahkan dari jawatan secara muslihat. Melayu itu akan dibunuh. Zaman raja bodoh membunuh Hang Nadim nampaknya kembali semula ke dalam politik orang Melayu.Melayu harus belajar bagaimana orang Cina berpolitik. Tengok bila MCA atau Gerakan membuat tuntutan, DAP akan mendiamkan diri dan tidak membatahnya. Atas kepentingan bersama (kaum) DAP hanya mendiamkan diri saja dan menjawab no comment. Begitu juga kalau ada DAP membuat tuntutan demi kepentingan bersama MCA dan Gerakan tidak berkata apa. Itulah politik untuk membela kaum dan bangsa.Untuk melihat sejauh mana keakraban orang Cina tengoklah pada majlis Hari Raya Cina. Mereka akan saling kunjung mengujungi antara satu sama lain. Tidak macam pemimpin Melayu (Umno dan Pas) yang terus meletakkan tembak Berlin di hati masing-masing dalam keadaan apa juga. Saking berpolitik orang Pas dan Umno terlupa bahawa tembok Berlin yang memisahkan dua ideologi di Jerman sudah lama dirobohkan, 8 November 1989.Saya nak tengok juga berapa berani pemimpin Melayu berperut buncit menyanggah permintaan Cina itu. Apakah mereka jadi seberani menyerang pemimpin DAP. Ataupun hanya akan akur saja sebab kongres itu dirasmikan oleh perdana menteri, Najib Razak. Apa yang berlaku kelak akan diperhatikan umum dan mengenal kita sifat politik mereka sebenarnya.Politik orang Melayu yang diwarisi oleh Pak Kadok menang sorak kampung tergadai hendaklah ditamatkan. Begitu juga politik Pak Pandir yang bodoh tetapi merasa cerdik hendaklah dibuang jauh jauh. Begitu juga dengan politik Lebai Malang yang tamak sana lepas sini buang, perlulah dilupakan. Dan begitu juga dengan politik Mat Jenin yang berangan-angan tinggi tetapi tidak ukur dengan kebolehan sendiri hendaklah dikambus. Politik Melayu harus mencari nilai-nilai baru dalam dunia politiknya dan tidak terus terikut dengan corak dan stail politik Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Pandir ataupun Mat Jenin. Buanglah, buang. Sayang KLCC puncaknya tinggi, tak tergapai tangan Melayu. Huh....huh.[wm.kl.11:00 15/08/10]
Posted by mso.im at 11:09:00 AM 2 comments
Labels:

RAMADHAN AL MUBARAK PKR CABANG SEREMBAN TERUS BERGERAK MEMBANTU FAKIR MISKIN
















Aktiviti gerak kerja amal membantu fakir miskin dan dan tugas kempen pendaftaran pengundi baru terus di jalankan walaupun dalam bulan Ramadan. Adun dan petugas-petugas Parti KEADILAN cabang Seremban terus membantu fakir miskin dalam apa jua situasi dan keadaan dengan penuh istiqomah.

Saturday, 20 March 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Parti KeADILan Cabang Seremban

Mesyuarat Agung Tahunan Parti keADILan Cabang Seremban

Tarikh : 27hb March 2010
Waktu : 2.00 petang
Tempat : Sek. Agama Rakyat, Gedung lalang, Ampangan

Dijemput semua ahli Parti keADILan Cabang Seremban hadir.

KeADILan untuk semua.

DiAntara realiti dan Mengampu Penguasa MELAYU N.Sembilan.

Roboh gerai Melayu,kenapa tak melalak seperti di P.Pinang?
Anak Labu
Utusan Malaysia / Berita Harian / SINAR / TV3 dengan megahnya di muka depan Berita depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang. Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010. Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja. Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini?Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?
Inikah Perangai Penguasa & Media Melayu sentiasa menupulasikan carita untuk menjadi unsur-unsur Perkauman dan orang-orang melayu sentiasa ada berfikiran sempit tanpa melihat fakta dan faktur.
Orang melayu perlu matang dan bangkit menegakkan kebenaran berlandaskan fakta bukan penipuan media dan pemimpin UMNO yang ingin menjadi juara kantong poket mereka.

Monday, 8 March 2010

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT - KONSPIRASI BN/UMNO MENJATUHKAN PAKATAN.

CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT - KONPIRASI BN/UMNO MEMBELI MP PAKATAN

Tarikh : 9 Mac 2010/
Hari : Selasa
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Oakland Commerce Square, Seremban 2 (belakang Hospital Columbia).
Penceramah utama:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
Y Bhg. Datuk Mustafa Ali
Hotline:019-261 2519 (Sabaruddin Mohd Yassim)
012-666 4557 (YB Cha)

Friday, 26 February 2010

ANTARA PERJUANGAN ISLAM SEBENAR DENGAN PERJUANGAN UMNO KAPITALIS

KUALA LUMPUR : Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan jenayah yang berlaku pada hari ini hatta daripada seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya daripada ajaran Rasulullah s.a.w walau mereka menyambut kelahiran baginda setiap tahun.
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, baginda Rasulullah s.a.w. tidak mewariskan harta pusaka dan kekayaan kepada umatnya selepas kewafatannya, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
"Sesungguhnya, perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita sentiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita?
"Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini,” soal beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang itu mengajak seluruh umat Islam menghayati firman Allah yang bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)
Beliau yang juga mantan Menteri Besar (MB) Terengganu menegaskan, sambutan maulidurrasul bukan sekadar slogan, bercuti dan berarak tetapi lebih daripada itu.
“Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah.
Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,” katanya sempena perutusan Maulidur Rasul 1431.
Beliau itu turut menyeru setiap individu muslim dan pemerintah bersama-sama mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w sepanjang hayat seterusnya menyambung perjuangan yang ditinggalkan oleh baginda kepada umatnya.
“Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan.
Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita.
Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya.
Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431,” tegas Ahli Parlimen Marang itu.
Terdahulu, beberapa ahli Umno berdemonstrasi di Pulau Pinang sebagai membantah pembatalan sambutan perarakan di negeri itu walaupun ia sebenarnya bukan sahaja diadakan tetapi tempohnya dipanjangkan malah lebih banyak majlis ilmu diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang di terajui Ketua Menteri bukan Islam, Lim Guan Eng.
Berbanding di zaman Umno/BN memerintah, Pulau Mutiara itu kerap menyekat ceramah agama walaupun berpuluh-puluh tahun Umno menjadi majoriti dalam kerajaan BN di negeri itu.
Beberapa hari selepas demonstrasi Umno di Pulau Pinang, beberapa negeri di yang diperintah oleh BN mengumumkan tiada perarakan diadakan di negeri mereka sekaligus menempelak kembali kokokan Umno di negeri itu.
Berbanding perarakan maulidurrasul, Umno nampaknya lebih suka calonnya perasuah dan pernah dibuktikan bersalah daripada menjadi calon pilihanraya dan tiada demonstrasi membantah calon perasuah itu.
Adun Bagan Pinang, Isa Samad ialah calon kesayangan Umno terutamanya Presiden Umno, Najib Razak walaupun beliau tahu calon itu pernah dihadapakan oleh partinya sendiri kerana terlibat dengan rasuah.
Sehingga kini Umno kerap melaungkan 'Semangat Bagan Pinang' yang merujuk kepada kemenangan calon perasuahnya, Isa Samad termasuklah dalam perhimpunan Umno beberapa bulan lalu.

Tuesday, 23 February 2010

PENIPUAN UMNO BERTERUSAN DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA CETAK ELEKTRONIK DENGAN KAWALAN KUASA MEREKA

Royalti minyak: BN diminta henti tipu rakyat
Feb 23, 10 11:11am
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus. “Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.
“Kedua, Mustapa (kanan) kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama”.Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian berkenaan tidak sah mengapa Terengganu dibayar semasa BN memerintah selama 19 tahun.“Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah tiga batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa?” soal bekas menteri di jabatan perdana menteri yang satu ketika dahulu diamanahkan menjaga hal berkaitan undang-undang.Menurut Zaid, Mustapa berhujah menggunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.Katanya, yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia. “Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.”
Menurut Zaid, hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tidak kurang dari 12 batu dari pantai dan sekiranya batasan itu diguna-pakai, maka tiada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.Tambahnya, sebahagian besar hasil minyak yang ada sekarang ini terletak dalam kawasan EEZ.“Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.Zaid kemudiannya menghuraikan sejarah Amerika dan memberikan contoh hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Bagi beliau, perkara yang sama harus digunakan bagi menentukan hak negeri di Malaysia.“Adalah salah bagi Umno memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak.
“Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meliputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?” katanya lagi.Bagi Zaid, Umno cuma mencari helah untuk tidak mahu membayar pampasan kepada negeri Kelantan.Katanya, jika BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tetapi ia tidak semestinya dibayar terus.Zaid seterusnya meminta Mustapa merenung seketika isu berkenaan dan menghentikan penipuan mereka menerusi iklan di media arus perdana untuk mengaburi mata rakyat.Zaid berkata lagi dia dukacita dengan perkembangan itu dan menganggap Mustapa sebagai antara tiga atau empat menteri yang dihormatinya ketika dalam kabinet. Ini kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.
Namun dalam hal ini, Zaid meminta Mustapa supaya tidak lagi meneruskan penipuan ke atas rakyat.Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Januari lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini.Namun jumlah itu dipertikaikan oleh kerajaan negeri manakala cara penyaluran tidak secara langsung juga dibantah.
Bagi rakyat kelantan memang sudah tahu siapa penipu2 rakyat kelantan, siapa penderhaka kepada bumi kelantan dan siapa mengaut kekayaan dari bumi kelantan hasil peruntukan dari kerajaan pusat...semoga suatu hari nanti mendapat petunjuk dari Allah swt suatu hari dengan kesannya akan dirasai sehingga keakhir akhirat.

Sunday, 21 February 2010

Iklan Penjelasan Isu Royalti Minyak Yang Tidak Jelas!

HARI ini dua buah akhbar utama milik Umno dan akhbar tiblod telah menyiarkan semuka penuh iklan penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Saya kurang pasti apakah akhbar berbahasa Cina, India, Arab dan Orang Asli turut sama menyiarkan iklan berkenaan. Semuka penuh berwarna di mana nilainya tidak kurang RM5,000. ( Cuba kira berapa banyak duit Rakyat digunakan jika semua akhbar disiarkan - itulah cara mereka jika penerangan dan ceramah mereka tidak mendapat sambutan rakyat Kelantan )
Andaian saya sikit tersasar. Iklan berkenaan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di mana Rais Jantan@Yatim adalah menterinya. Ada lapan (8) persoalan atau penjelasan dalam iklan berkenaan. Saya cukup yakin penjelasan berkenaan yang kononnya bersadarkan kepada perlembagaan dan undang-undang digarap dan disediakan oleh Rais Yatim.
Rais Yatim adalah seorang yang berkelulusan undang-undang ada memiliki Phd.
Seperti mana saya agakkan iklan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah. Kerajaan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tidak dapat menerima penjelasan berkenaan. Penjelasan berkenaan juga boleh dipertikaikan dari berbagai sudut. Saya rasa kalaupun bukan atas emosi yang membuak dan simpati kepada kerajaan Kelantan, penjelasan itu boleh ditolak. Tegasnya iklan berkenaan tidak memberikan markah tinggi kepada kerajaan dan Umno Kelantan khususnya.
Sebaliknya iklan itu akan dilihat sebagai cuba menegakkan benang basah saja. Benar seperti kata penjenguk blog saya, isu royalti minyak dan kedegilan Umno untuk terus menghukum kerajaan Pas Kelantan merupakan senjata yang akan membunuh Umno sendiri dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Persoalan pertama dalam iklan berkenaan ialah mengenai perkataan "royalti". Menurut iklan berkenaan perkataan itu tidak diguna sebaliknya ia menggunakan perkataan "bayaran tunai". Ini bermakna hak 5% itu sepatutnya dibayar tunai oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan.
Kedua, mengenai kelayakan mendapat 5%. Menurut iklan itu bayaran tunai sebanyak 5% itu akan dibuat kepada telaga atau hasil dalam lingkungan 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut mengikut (Ordinal Kuasa-Kuasa Perlu) No 7 tahun 1969).
Penjelasan ini boleh diakui tetapi di dalam iklan itu tidak menjelaskan jarak kedudukan tiga plantar minyak di perairan Kelantan yang dituntut itu. Jika menerima pakai jarak seperti mana dijelaskan oleh Pengerusi Petroleum Kelantan, Husam Musa, jarak ketiga plantar berkenaan kurang daripada 3 batu nautika, malahan jarak sebuah plantar itu lebih dekat dari plantar di Terengganu. Kenyataan Husam itu bukan omong kosong sebaliknya berdasarkan kepada ukuran yang dibuat oleh firma yang bertauliah.
Kenapa iklan berkenaan tidak menjelaskan jarak dan kedudukan plantar-plantar berkenaan? Penyembunyian jarak ini menunjukkan ada yang cuba disembunyikan oleh iklan berkenaan tetapi sudah pun diketahui umum akan hakikatnya.
Ketiga, iklan itu menjelaskan hasil di luar 3 batu nautika menjadi milik kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri tidak berhak menuntut. Ini diakui, dan kerajaan Kelantan hari ini pun tidak menuntut hasil minyak jauh dari 3 batu nautika dari perairan mereka. Rasanya kerajaan Kelantan pandai dan arif membaca undang-undang dan akta ini.
Keempat, iklan berkenaan menjelaskan bahawa Sarawak dan Sabah ada kuasa dan status tersendiri terhadap royalti minyak. Apa nak dijelaskan status yang diguna pakai Sarawak dan Sabah tidak valid untuk dipraktikan oleh Kelantan dan negeri-negeri lain.
Kelima, menjelaskan mengenai maksud wang ehsan. Iklan itu menjelaskan pemberian wang ehsan itu atas budibicara kerajaan Persekutuan. Menurut iklan itu pemberian ini diluar skop Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ditandatangani dengan kerajaan negeri pada 1975/1976. Pemberian itu atas kesedaran dan tanggungjawab berasas keprihatinan kerajaan Persekutuan.
Persoalannya dalam kes Kelantan ini kenapa kerajaan tidak menggunakan budibicara dengan memberikan keadilan kepada kerajaan Kelantan sekurang-kurangnya menyalurkan separuh peruntukan daripada 5% itu bukannya diberikan 100% wang itu kepada Umno atau JPP untuk diagihkan kepada rakyat! Di manakah keadilan dan apakah ini tidak boleh dikatakan satu kezaliman.
Keenam, iklan itu menjelaskan Kelantan hanya diberikan RM20 juta saja, itu pun atas ehsan kerajaan Kelantan kerana kononnya penghasilan gas di luar 3 batu nautika negeri Kelantan. Logiknya kalau penghasilan itu di luar kawasan 3 batu nautika untuk apa wang ehsan itu diberikan. Bukankah dengan pemberian itu ia menimbul keraguan, kekeliruan dan dipolimekkan. Lebih baik kalau wang ehsan itu tidak diberikan langsung. Di sinilah menunjukkan pemberian wang ehsan atas prihatin Umno itu memakan diri sendiri.
Ketujuh, menjelaskan kenyataan dan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan itu. Dalam penjelasan itu iklan tersebut cuba menjelaskan pandangan itu adalah pandangan peribadi Tengku Razaleigh yang tidak bersadarkan undang-undang. Penjelasan itu cuba menempelak Tengku Razaleigh yang sebelum ini pernah mengatakan negeri Terengganu tidak pun layak menerima wang ehsan. Dalam erti kata lain sebelum ini Tengku Razaleigh bersetuju dengan tindakan kerajaan hari ini.
Iklan itu cuba merendahkan Tengku Razaleigh yang mengubah pendiriannya. Kalau itu maksud orang yang mengeluarkan iklan berkenaan, beliau tidak berhak untuk menghuduhkan (memburukkan) Tengku Razaleigh kerana beliau sendiri telah berubah pandangan dan pendirian politiknya lebih 360 darjah.
Kelapan, iklan itu cuba menunjukkan Ketua Pembangkang mengetahui akan kedudukan royalti 5% itu. Iklan ini cuba menimbulkan bahawa Anwar Ibrahim juga tahu kedudukan berhubung dengan pemberian wang ehsan dan royalti minyak. Dalam erti kata lain Anwar juga pernah bersetuju dengan keputusan kerajaan hari ini.
Apakah tujuan mengaitkan pengetahuan Anwar itu? Kalau pun benar begitu dalam kedudukan hari ini, baik Anwar atau Tengku Razaleigh mereka bukan saja sedia mengubah pandangan dan pendirian hatta undang-udang berhubung pemberian itu juga akan turut diubah kerana demi untuk keadilan dan kesejahtraan rakyat. Dan apa yang Tengku Razaleigh lakukan itu adalah jihadnya untuk memberi kesejahtraan ke atas rakyat negeri kelahirannya.
Kesimpulannya iklan penjelasan itu tidak akan merubah persepsi terhadap isu yang kini sudah dipolitikkan oleh kedua pihak. Rakyat Kelantan dalam soal ini hanya membaca iklan berkenaan tetapi mereka tidak akan percaya dan merasai adil dengan apa yang diperjelaskan. Dan saya rasa ada rakyat Kelantan yang tidak dapat menerima penjelasan itu akan berak atas iklan berkenaan. [wm.kl. 11:30 am 21/02/10]


Tekanan dan sikologi mereka makin ditolak oleh Rakyat kelantan.....

Antara Fitnah 2 dan Konspirasi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

AMPANGAN, 21 Feb - Umno yang dilihat berada dalam keadaan terdesak berusaha menutup semua kepincangan mereka dengan mengalihkan perhatian rakyat kepada fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertikai sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, serangan ke atas gereja dan rumah ibadat serta isu kepala lembu.
Umno dan Barisan Nasional mahu melenyapkan skandal ciptaan mereka seperti PKFZ, kehilangan enjin jet F-5E, rasuah kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi serta pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Umno sudah menjadi pengemis politik dan terdesak dengan membuat pelbagai dakwaan kepada Pakatan Rakyat bagi menutup kesalahan yang dilakukannya.
"Serangan yang dilakukan oleh Umno terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang mengatakan orang Melayu dihimpit dan dihalau oleh peminpin DAP adalah fitnah semata-mata. Apakah yang Umno telah buat sepanjang pemerintah mereka sebelum ini, adakah Melayu sebelum ini dibela," kata bekas Pengerusi Gerak Rakyat Intergriti dan Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus pada Ceramah Penerangan Konspirasi II anjuran Angkatan Muda KEADILAN di Ampangan Jumaat lalu.
Beliau berkata Umno kini menggunakan isu perkauman untuk meraih simpati orang Melayu yang sudah hilang keyakinan kepada Umno dan BN.
Turut berucap pada majlis itu termasuk Exco Dewan Pemuda Pas Pusat Mohd Sany Hamzan yang mengatakan Umno sentiasa mengamalkan budaya rasuah walaupun bercakap hendak menghapuskan gejala itu.
"Lihat saja rasuah seorang setiausaha politik kepada menteri yang mana wang tunai sebanyak RM2 juta ditemui dirumah beliau.
"Ini mengesahkan amalan rasuah yang diamalkan oleh Umno, ini lah kerja Umno yang sentiasa mahukan poket mereka sentiasa penuh tanpa fikir itu adalah hak rakyat.
"Kalau setiausaha politik yang baru bekerja satu tahun sudah ada RM2juta cuba fikir menteri yang dah lama bekerja berapa duit yang dia ada. Takkan setiausaha lebih kaya dari menteri?
"Pakatan Rakyat mendesak Menteri terbabit Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga disiasat oleh SPRM dan polis jangan lepas menteri terbabit kerana secara logik dia juga bersalah," tegas Mohd Sany.
Beliau juga mencabar Perdana Menteri Najib Razak dan anggota Kabinet membuat pendedahan harta yang diperolehi selama mereka berkhidmat.
"Saya cabar Najib untuk buat tafsiran harta dan tanggungannya kerana rakyat berhak tahu apa yang dimiliki oleh Najib. Kenapa Najib nak takut jika dia betul dan tidak mengamalkan rasuah?," tanya beliau.
Ceramah itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat Aminuddin Harun, ADUN Lobak DAP Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Saya dulu bekas Umno, sepanjang bersama Umno saya tahu perjuangan Umno yang sebenarnya. Umno tidak jujur dalam perjuangan mereka tentang kepentingan Melayu ataupun rakyat.
"Pejuangan Umno hanyalah untuk kepentingan kekayaan mereka sendiri bukan untuk membela rakyat," tegas Aminuddin.
Anthony Loke pula berkata laporan yang dikeluarkan oleh media arus perdana berhubung perbicaraan Datuk Seri Anwar adalah "double standard" dan bersikap melebihi mahkamah dengan mengada-adakan cerita.
"Selain itu juga banyak persoalan yang kenyataan oleh Saiful semasa kejadian di kondominium tersebut perlu dijawab sebelum pendakwaan dibuat.
"Kenapa semasa kejadian tersebut Saiful tidak lari kalau dia takut, apakah pemuda 26 tahun tidak boleh lawan orang dewasa berusia 60 tahun. Ini satu kenyataan yang tidak masuk akal dan nampak sangat Saiful menipu."
"Kita menunggu jawapan dari Saiful kenapa dia tidak lari kerana jika dia ingin melarikan diri Anwar tentu tidak dapat lawan kerana faktor umur dan siapa pula yang hendak halang beliau sebab hanya dia berdua dengan Anwar semasa kejadian. Kalau wanita ingin di rogol pun dia melawan dan melarikan diri inikan pula Saiful seorang lelaki.
"Tak masuk akal, persoalan tuduhan ini adalah dakwaan yang palsu untuk menhancurkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenapa selama enam tahun (selepas dibebaskan) tiada dakwaan tetapi setelah kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas timbul pula dakwaan. Ini lah kerja politik kotor Umno yang semakin takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat," tegas Anthony Loke dihadapan 2,000 penyokong.
Shamsul Iskandar dalam ucapan beliau menyelar Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang dakwa peguambela Karpal Singh sebagai tangan ghaib yang bertindak masuk campur dalam perbicaraan Anwar.
"Ini dakwaan yang amat serius. Adakah Najib dan Rosmah berani menafikan bahawa mereka tidak terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar? Sebab itu dari awal kita katakan tuduhan terhadap Anwar hanya konspirasi politik yang dicipta oleh Umno untuk menyekat kemaraan beliau," tegas Shamsul lagi.
Rakyat perlu terus di beri penerangan dan penjelasan setiap masa tentang perangai UMNO yang secara jelasnya telah merosakkan dan menjatuhkan Institusi Melayu, Raja2 Melayu dan Agama Islam dari awal permohonan kemerdekaan dahulu dengan menjadikan Bangsa melayu sekadar pada nama sahaja tetapi hakikatnya semakin terhakis dari segala aspek sama ada bangsa, agama dan tanah....

Sunday, 14 February 2010

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT - PENTAS ANAK MUDA

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:
PENTAS ANAK MUDA.

TAJUK : FITNAH 2.
Tarikh : 19hb Feb.2010
Masa : 9.00 malam
Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )
Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong lalang.
Penceramah :
1. Saudara Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia
2. Saudara Ustz Nazaruddin : Ketua Pemuda PAS Pusat.
3. Saudara YB Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.
4. Saudara Nazree : Bekas Pengerusi Gerakan Anti Korupsi ( GERAK )
5. YB Aminuddin Adun Sikamat
6. YB Rashid Adun Ampangan.

Dijemput seluruh warga Seremban, Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Umumnya Rakyat Malaysia. Anak Muda Penegak Keadilan untuk rakyat.

Sunday, 24 January 2010

Pelancaran Pakatan Rakyat N9 28 Jan 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA :

Sempena Pelancaran Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Tarikh : 28 Januari 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Bersama :
YB Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS)
YB Azmin Ali (Naib Presiden PKR)
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan)
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N.Sembilan)

Semua Dijemput Hadir

Thursday, 14 January 2010

CERITA TANAH DI SELANGOR SAMA CERITA TANAH DI NEGERI SEMBILAN YANG TELAH DI ALI BABA KAN OLEH KEPALA2 YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB....

YBK: Organisasi Kebajikan atau Perniagaan Mengaut keuntungan atas angin Kepala2 UMNO yang Bergelar Ustaz / Haji?

Bagaimana Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor mendapat tanah yang sebegitu besar, dilaporkan sehingga 1,642 ekar, di Serendah dan tidak membayar cukai tanah? Dilaporkan juga hutang cukai tanah YBK kepada kerajaan negeri Selangor adalah lebih RM5 juta. Berapa yang telah dibayar oleh YBK kepada kerajaan negeri untuk mendapat pemilikan tanah-tanahnya?Laman web YBK pada 8 Januari 2010, melaporkan kenyataan media Pengerusi YBK, Dato’ Zainal Abidin Sakom yang “merayu agar pihak koperat membantu YBK menyelamatkan tanah-tanah PYBK sebelum dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana tunggakan cukai hampir RM6juta yang membolehkan kerajaan negeri merampas tanah YBK tersebut”.Nampaknya banyak lagi tanah lain yang dimiliki oleh YBK. Apakah pertimbangan kerajaan negeri sebelum ini dalam membuat keputusan menganugerahkan begitu banyak tanah kepada YBK?YBK, meski ditubuhkan untuk membantu usaha pembasmian kemiskinan di negeri Selangor, kini telah berkembang menjadi badan perniagaan dengan anak-anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk pembangunan, penjualan kereta dan sebagainya.Apakah bantuan kerajaan negeri selama ini dimanfaatkan oleh YBK sepenuhnya untuk usaha membasmi kemiskinan atau dijadikan modal perniagaan?Projek yang mendapat halangan kerajaan negeri sekarang ialah pembinaan kampus UiTM yang merupakan satu projek perniagaan YBK di bawah inisiatif modal persendirian (Private Finance Initiative). Apakah YBK mempunyai modal untuk menyiapkan projek bernilai RM300 juta ini sedangkan cukai tertunggak RM5 juta tidak mampu dilangsaikan? Apakah YBK akan “berusaha sama” atau “menganugerahkan” pula projek ini kepada pihak lain dan mengaut untung atas angin?Sekiranya projek ini adalah untuk kebaikan rakyat di Serendah, kenapa YBK tidak boleh berkompromi dengan kerajaan negeri dan menawarkan pegangan ekuiti kepada Kerajaan Negeri Selangor di dalam Permodalan YBK Sdn. Bhd. yang mahu membangunkan projek tersebut. Perolehan daripada penjualan ekuiti ini (samada tunai atau pelupusan hutang) boleh dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah hutang YBK kepada Selangor. Kerajaan Negeri Selangor setelah itu boleh melantik Ahli Lembaga Pengarah sesuai dengan pegangannya di dalam syarikat tersebut. Ini adalah amalan biasa perniagaan.Sebaliknya Zainal lebih rela “memohon YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya tawaran membangunkan kampus UiTM di Serendah dipindahkan ke negeri lain”. Kenapa Zainal mengambil sikap jika dia tidak mendapat projek itu, biar Selangor tidak mendapat projek tersebut. Apakah pertimbangan sebenar Zainal mengusahakan projek tersebut?Kini Najib cuba memberikan tekanan terhadap kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan bahawa lokasi baru akan dicari sekiranya Selangor “tolak” lokasi Serendah untuk kampus baru UiTM.Jika projek itu dipindahkan, apakah manfaat kepada rakyat “miskin” di Serendah?Saya kira kerajaan negeri Selangor mesti bertindak tegas dalam kes sebegini. Kita faham sekiranya kerajaan bertolak ansur dengan rakyat miskin yang tidak mampu membayar cukai tapak rumah mereka. Tetapi di dalam kes ini, sebuah entiti perniagaan yang besar telah enggan atau cuai membayar cukai. Justeru tindakan menurut undang-undang seharusnya segera diambil — termasuk menyemak semula keputusan kerajaan negeri memberikan tanah-tanah kepada YBK dan merampas tanah-tanah terlibat jika perlu.Perlu juga disiasat pihak berkuasa tempatan yang telah enggan atau cuai menguatkuasakan undang-undang untuk mengutip cukai sepatutnya daripada YBK.
KERAJAAN SELANGOR PERLU BERTINDAK TERHADAP MANUSIA YANG BERTOPENGKAN MELAYU TETAPI HATI.................YANG DIKATAKAN MEMBELA MELAYU / ISLAM.....

Saturday, 9 January 2010

Pak Ya dalam kenangan . AL FATIHAH.


Pak Ya dalam kenangan, Majlis tahlil arwah anjuran Cabang Seremban telah diadakan pada 17 Desember 2009 bertempat di rumah arwah di Taman Dusun Nyior. Majlis turut dihadiri ketua cabang Seremban Dr Ahmad Azam, YB Rashid Latif, Setiausaha Pn Salwa, Ahli Jawatankuasa cabang, AJK AMK, AJK Wanita dan turut disertai YB John Fernandez AP Seremban.

Pak Ya merupakan AJK Cabang Seremban yang aktif juga merupakan ahli MMR DUN Ampangan. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Desenber 2009 malam di Hospital Tuanku Jaafar.Kami sangat sangat merasakan kehilangan beliau dan merakam takziah buat keluarga Semoga Allah mencucuri rohnya dan memasukkan kedalam golongan orang yang solleh. Amin

Saturday, 2 January 2010

BN ...BN...RAKYAT DI DAHULUKAN MENANGGUNG KESUSAHAN TAHUN 2010.

“Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak bermula 01.01.2010″ begitulah kata Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Mohd Zain Mohd Dom yang menjadi kambing hitam Kerajaan Barisan Nasional.
Sebelum ini, bila ada apa-apa kenaikan harga yang mengumumkannya adalah Menteri KPDNKK atau Perdana Menteri dan Timbalannya.
Tapi kali ini BN mengunakan KSU KPDNKK bagi memastikan rakyat tidak menyalahkan mereka. Bila rakyat marah, mereka akan kata ini keputusan Kementerian bukan keputusan BN.
Walhal pada awal tahun 2009 KSU KPDNKK telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan subsidi gula dan mendesak Pengilang meningkatkan pengeluaran.
Kementerian juga ada bercadang untuk menambahkan permit untuk memproses gula dalam negara. Namun segalanya berakhir dengan kenaikan yang begitu mengejutkan rakyat sempena Tahun Baru.
Apa jua yang BN ingin katakan sekarang, kenaikan ini membuktikan bahawa program pemulihan ekonomi Najib gagal.
Masalah kenaikan harga minyak kepada USD 80 setong pula, dijangka bakal ditangani oleh BN dengan menaikan harga minyak dipasaran tempatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Jawapan BN bahawa kenaikan harga barang ini sebagai bukti pemulihan ekonomi adalah satu jawapan untuk memperbodohkan rakyat, walhal kadar upah dan gaji tidak meningkat. Kadar pengangguran juga tidak banyak penurunannya. Malah pemborong dan penjual dihimpit oleh desakan harga pengilang yang kian mengaut untung dari polisi Kerajaan yang tidak seimbang kini.
Pengguna pula akan menjadi mangsa jika GST 4% dikuatkuasakan kerana ia akan melibatkan majoriti barangan pengguna. Sebelum ini GST 5% hanya melibatkan barang terpilih. Tetapi dasar yang kerajaan paksakan ini bakal mengubah trend pembelian pasaran tempatan.
Saya juga tidak fikir bahawa harga daging dan tenusu yang diimport dari Australia dan New Zealand akan jatuh dengan terlaksananya pakej perjanjian bebas FTA ASEAN New Zealand dan Australia mulai semalam 1 Januari 2010.
Kita sudah melihat banyak perjanjian FTA dilaksanakan, tetapi nilai pasaran temapatan tidak turun. Lihat sahaja kesan FTA dengan China, negara kita pula yang jadi pusat lambakan barang tidak berkualiti China dengan harga yang mahal.
Akhirnya KSU KPDNKK dan rakyat jadi kambing hitam. sedang pemimpin BN dan kapitalisnya sibuk mengaut untung dari poket rakyat!

Laporan media BN tidak praktikal menganalisa inflasi negara dengan pendapatan rakyat yang mejoritinya hampir 65% berpendapatan dibawah kadar RM2000.00, menghadapi kehidupan boleh dikatakan kais bulan makan bulan aje pendapatan. Setiap bulan pendapatan hanya sekadar menyelesaikan kadar perkapita pendapatan.Tapi rakyat kebanyakan masih dalam tempurung luncai dengan labunya....biarkan biarkan asalkan ada makan...itulah metos media BN mengaburi mata rakyat...

SPR OH SPR...

Proses penamaan calon selama tiga hari adalah antara cadangan pindaan undang-undang yang bakal dibuat oleh SPR. Tujuannya ialah mengelakkan pertembungan penyokong calon dan pergaduhan.
Tidak ada masalah apa-apa untuk menyokong cadangan SPR ini. Tetapi, itu bukan bermakna cadangan ini tidak boleh dibahaskan oleh umum sebelum ia dibahaskan di peringkat legislatif.
Soalan awal ialah hanya tiga hari, mengapa tidak lima atau tujuh? Apa beza satu, tiga, lima atau tujuh? Mengapa tempoh penamaan calon dan bukan tempoh kempen?
Umum tahu, Malaysia berhadapan masalah pilihanraya yang berat sebelah. SPR menjadi pengendali pilihanraya yang bekerja keras memenangkan BN. Pengerusi SPR macam ketua cawangan Umno.
Serius sangatkah masalah penyokong calon berkumpul pada hari penamaan calon? Berapa yang sudah pecah kepala, patah kaki, terjatuh bangunan, terbom sampai berkecai? SPR punya data? Inilah yang dipanggil, gatal di betis tetapi garu di perut. Enjin yang rosak tetapi tayar yang ditukar.
SPR tidak mengendahkan masalah pilihanraya kita yang lebih besar tetapi memberi perhatian kepada masalah kecil. Cadangan ini tidak memberi kesan besar kepada proses pilihanraya Malaysia yang adil, bersih dan telus. Cadangan ini hanya menjadi ‘bedak’ untuk menutup cela-cela yang terdapat di muka SPR.
Apa maknanya tempoh penamaan calon yang panjang jika daftar pemilih masih bercelaru? Bukankah telah dibuktikan semasa PRK Bagan Pinang ada 250 nama pemilih bertindih?
Mana lebih berkesan antara cadangan ini dengan cadangan BERSIH supaya digunakan dakwat kekal di jari pengundi? Panjangkan tempoh penamaan calon boleh memerangkap pengundi hantu?
Apa ertinya cadangan ini jika sistem undi pos masih dipakai? Negara kita dalam daruratkah? Adakah undi pos terus dikekalkan walau dipertikai kerana itu adalah ‘simpanan tetap’ Umno dan Najib juga?
Apa nilainya cadangan ini jika akses kepada media oleh parti-parti yang menentang Umno masih dinafikan? Media kerajaan diperalatkan oleh Umno/BN dan mereka akan berhenti melakukannya dengan cadangan ini?
Adakah SPR menjangka masalah yang bakal timbul jika tempoh itu dipanjangkan?
Misalnya, ugutan kepada bakal calon. Ruang kepada pihak yang berniat jahat untuk mengugut bakal calon adalah terhad selepas penyerahan borang kerana tempohnya kini adalah pendek. Kalau tempohnya sehingga tiga hari, bagaimana?
Bukankah tempoh yang panjang juga membuka ruang untuk bakal calon dirasuah atau dibeli supaya menarik diri? Atau mungkin juga diculik atau di’siempat’kan? Direka-reka pertuduhan untuk menghilangkan kelayakan bakal calon bertanding juga boleh dibuat. Mustahilkah ini berlaku?
Ya, dalam sebuah negara dimana model wanita boleh diletupkan, enjin jet boleh dihilangkan, seorang yang disoal siasat boleh ‘jatuh’ dari bangunan dan mati, stadium dan masjid boleh runtuh, pelabuhan boleh diseleweng, andaian tadi adalah terlalu sukar untuk dinafikan daripada berlaku.
Bagaimana pula dengan keselamatan dokumen penamaan calon yang diserahkan? Apakah jaminan SPR? Kalau rekod kemasukan model wanita ke negara ini boleh ‘hilang’ daripada sistem komputer imigresen, bagaimana dengan rekod bakal calon yang terisi hanya di atas beberapa helaian kertas?
Itu hanya andaian masalah kecil. Andaian ini untuk menggambarkan bahawa cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah ketidakadilan, ketidaktelusan dan ketidakbersihan pilihanraya kita.
Pendeknya, cadangan SPR ini membuka ruang kepada BN untuk mencipta bentuk-bentuk penipuan, penyelewengan dan pemerkosaan baru kepada sistem pillihanraya Malaysia. Pengalaman rakyat Malaysia menyertai pilihanraya puluhan kali mendorong andaian negatif dibuat kepada BN sebegitu.
SPR pula tidak berupaya membendung penyelewengan dan pemerkosaan baru itu kerana badan itu semenjak sekian lama memang berfungsi sebagai cawangan Umno yang entah ke berapa.
Kesan politik kepada umum pula ialah kepekaan rakyat kepada pilihanraya bakal menurun. Analoginya, hariraya kedua dan ketiga tidak lagi semeriah hariraya pertama. Sesiapa sahaja boleh membeli borang pencalonan dan menghantarnya.
Menyertai pilihanraya bakal menjadi seperti menyertai cabutan bertuah. Kalau tempoh penamaan calon hanya sehari pun berbelas orang orang menyertainya, bayangkan kalau tiga hari. Persepsi rakyat, pilihanraya adalah majlis cabutan bertuah. Negara yang rakyatnya hilang sensitiviti politik bakal mengharungi masa depan yang tidak menentu.
Pendek kata, cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah asas sistem pilihanraya Malaysia. Cadangan ini turut membuka ruang untuk BN menerokai bentuk-bentuk penipuan baru di samping timbunan penipuan yang telah sedia ada.
SPR, garulah di tempat yang gatal. Bukan gatal tempat lain, garu tempat lain. Kecuali SPR memang tidak punya saraf gatal lagi, garu ikut sedap saja.

Friday, 1 January 2010

Perutusan Tahun Baru 2010 Dato Seri Anwar Ibrahim

Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.ANWAR IBRAHIM

Wednesday, 22 July 2009

Strategic Rethingking Election














































Date : 10 ~ 12 July 2009.









Venue : Astana Beach Resort, Port Dickson.









Saturday, 11 July 2009

Angkatan Muda KeADILAN Membina Kem KePimpinan Rakyat









Tarikh : 3 ~ 5hb Julai 2009.
Tempat : Calton Holiday Shah Alam.Selangor.
Angkatan Muda KeADILAN pusat dan 150 cabang seluruh negara telah berkumpul selama 3 hari di Calton Holiday Selangor membentuk kem KePIMPINAN Rakyat Membina Kepimpinan Muda agar lebih berketerampilan pemimpin pelapis dan mencana era baru agar lebih menggerakkan kepimpinan muda dan orang muda.
Ketua Angkatan Muda KeADILAN pusat Saudara Shamsul Iskandan dan kepimpinan lain telah bersama-sama dengan seluruh 150 cabang menjayakan aktiviti kem kepimpinan ini dengan di olah oleh motivater Hj Baharom.

Monday, 29 June 2009

MENCANA KEPIMPINAN MENAMBAH KEAHLIAN

TARIKH : 28hb June 2009
TEMPAT : HOTEL ROYAL BINTANG, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
WILAYAH SELATAN : NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN JOHOR.
CABANG SEREMBAN MENGHANTAR 4 WAKIL DIKETUAI SETIAUSAHA CABANG SEREMBAN PUAN SALWAH, KETUA PENERANGAN KHAIRUL ANUAR DAN 2 AJK CABANG SEREMBAN.





Saturday, 27 June 2009

Penubuhan Parti KeADILAN Rakyat Ranting Mantin

Pemimpin sentiasa bersama rakyat untuk mengerakkan minda rakyat agar tidak lupa akan sikap perangai angkuh Barisan Nasional menangani masalah rakyat.













MAJLIS PELANCARAN
PARTI KEADILAN RAKYAT RANTING MANTIN
CABANG SEREMBAN.
TARIKH : 27JUN. 2009 ( SABTU )
TEMPAT : DEWAN SJK(C) CHI CHI, MANTIN.
KEAHLIAN BARU : SERAMAI 350 Org.
PERASMIAN OLEH : KETUA CABANG SEREMBAN
Dr. AHMAD AZAM.
KETUA RANTING MANTIN : P.CIWAN