Sunday 24 January 2010

Pelancaran Pakatan Rakyat N9 28 Jan 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA :

Sempena Pelancaran Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Tarikh : 28 Januari 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Bersama :
YB Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS)
YB Azmin Ali (Naib Presiden PKR)
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan)
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N.Sembilan)

Semua Dijemput Hadir

Thursday 14 January 2010

CERITA TANAH DI SELANGOR SAMA CERITA TANAH DI NEGERI SEMBILAN YANG TELAH DI ALI BABA KAN OLEH KEPALA2 YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB....

YBK: Organisasi Kebajikan atau Perniagaan Mengaut keuntungan atas angin Kepala2 UMNO yang Bergelar Ustaz / Haji?

Bagaimana Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor mendapat tanah yang sebegitu besar, dilaporkan sehingga 1,642 ekar, di Serendah dan tidak membayar cukai tanah? Dilaporkan juga hutang cukai tanah YBK kepada kerajaan negeri Selangor adalah lebih RM5 juta. Berapa yang telah dibayar oleh YBK kepada kerajaan negeri untuk mendapat pemilikan tanah-tanahnya?Laman web YBK pada 8 Januari 2010, melaporkan kenyataan media Pengerusi YBK, Dato’ Zainal Abidin Sakom yang “merayu agar pihak koperat membantu YBK menyelamatkan tanah-tanah PYBK sebelum dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana tunggakan cukai hampir RM6juta yang membolehkan kerajaan negeri merampas tanah YBK tersebut”.Nampaknya banyak lagi tanah lain yang dimiliki oleh YBK. Apakah pertimbangan kerajaan negeri sebelum ini dalam membuat keputusan menganugerahkan begitu banyak tanah kepada YBK?YBK, meski ditubuhkan untuk membantu usaha pembasmian kemiskinan di negeri Selangor, kini telah berkembang menjadi badan perniagaan dengan anak-anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk pembangunan, penjualan kereta dan sebagainya.Apakah bantuan kerajaan negeri selama ini dimanfaatkan oleh YBK sepenuhnya untuk usaha membasmi kemiskinan atau dijadikan modal perniagaan?Projek yang mendapat halangan kerajaan negeri sekarang ialah pembinaan kampus UiTM yang merupakan satu projek perniagaan YBK di bawah inisiatif modal persendirian (Private Finance Initiative). Apakah YBK mempunyai modal untuk menyiapkan projek bernilai RM300 juta ini sedangkan cukai tertunggak RM5 juta tidak mampu dilangsaikan? Apakah YBK akan “berusaha sama” atau “menganugerahkan” pula projek ini kepada pihak lain dan mengaut untung atas angin?Sekiranya projek ini adalah untuk kebaikan rakyat di Serendah, kenapa YBK tidak boleh berkompromi dengan kerajaan negeri dan menawarkan pegangan ekuiti kepada Kerajaan Negeri Selangor di dalam Permodalan YBK Sdn. Bhd. yang mahu membangunkan projek tersebut. Perolehan daripada penjualan ekuiti ini (samada tunai atau pelupusan hutang) boleh dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah hutang YBK kepada Selangor. Kerajaan Negeri Selangor setelah itu boleh melantik Ahli Lembaga Pengarah sesuai dengan pegangannya di dalam syarikat tersebut. Ini adalah amalan biasa perniagaan.Sebaliknya Zainal lebih rela “memohon YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya tawaran membangunkan kampus UiTM di Serendah dipindahkan ke negeri lain”. Kenapa Zainal mengambil sikap jika dia tidak mendapat projek itu, biar Selangor tidak mendapat projek tersebut. Apakah pertimbangan sebenar Zainal mengusahakan projek tersebut?Kini Najib cuba memberikan tekanan terhadap kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan bahawa lokasi baru akan dicari sekiranya Selangor “tolak” lokasi Serendah untuk kampus baru UiTM.Jika projek itu dipindahkan, apakah manfaat kepada rakyat “miskin” di Serendah?Saya kira kerajaan negeri Selangor mesti bertindak tegas dalam kes sebegini. Kita faham sekiranya kerajaan bertolak ansur dengan rakyat miskin yang tidak mampu membayar cukai tapak rumah mereka. Tetapi di dalam kes ini, sebuah entiti perniagaan yang besar telah enggan atau cuai membayar cukai. Justeru tindakan menurut undang-undang seharusnya segera diambil — termasuk menyemak semula keputusan kerajaan negeri memberikan tanah-tanah kepada YBK dan merampas tanah-tanah terlibat jika perlu.Perlu juga disiasat pihak berkuasa tempatan yang telah enggan atau cuai menguatkuasakan undang-undang untuk mengutip cukai sepatutnya daripada YBK.
KERAJAAN SELANGOR PERLU BERTINDAK TERHADAP MANUSIA YANG BERTOPENGKAN MELAYU TETAPI HATI.................YANG DIKATAKAN MEMBELA MELAYU / ISLAM.....

Saturday 9 January 2010

Pak Ya dalam kenangan . AL FATIHAH.


Pak Ya dalam kenangan, Majlis tahlil arwah anjuran Cabang Seremban telah diadakan pada 17 Desember 2009 bertempat di rumah arwah di Taman Dusun Nyior. Majlis turut dihadiri ketua cabang Seremban Dr Ahmad Azam, YB Rashid Latif, Setiausaha Pn Salwa, Ahli Jawatankuasa cabang, AJK AMK, AJK Wanita dan turut disertai YB John Fernandez AP Seremban.

Pak Ya merupakan AJK Cabang Seremban yang aktif juga merupakan ahli MMR DUN Ampangan. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Desenber 2009 malam di Hospital Tuanku Jaafar.Kami sangat sangat merasakan kehilangan beliau dan merakam takziah buat keluarga Semoga Allah mencucuri rohnya dan memasukkan kedalam golongan orang yang solleh. Amin

Saturday 2 January 2010

BN ...BN...RAKYAT DI DAHULUKAN MENANGGUNG KESUSAHAN TAHUN 2010.

“Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak bermula 01.01.2010″ begitulah kata Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Mohd Zain Mohd Dom yang menjadi kambing hitam Kerajaan Barisan Nasional.
Sebelum ini, bila ada apa-apa kenaikan harga yang mengumumkannya adalah Menteri KPDNKK atau Perdana Menteri dan Timbalannya.
Tapi kali ini BN mengunakan KSU KPDNKK bagi memastikan rakyat tidak menyalahkan mereka. Bila rakyat marah, mereka akan kata ini keputusan Kementerian bukan keputusan BN.
Walhal pada awal tahun 2009 KSU KPDNKK telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan subsidi gula dan mendesak Pengilang meningkatkan pengeluaran.
Kementerian juga ada bercadang untuk menambahkan permit untuk memproses gula dalam negara. Namun segalanya berakhir dengan kenaikan yang begitu mengejutkan rakyat sempena Tahun Baru.
Apa jua yang BN ingin katakan sekarang, kenaikan ini membuktikan bahawa program pemulihan ekonomi Najib gagal.
Masalah kenaikan harga minyak kepada USD 80 setong pula, dijangka bakal ditangani oleh BN dengan menaikan harga minyak dipasaran tempatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Jawapan BN bahawa kenaikan harga barang ini sebagai bukti pemulihan ekonomi adalah satu jawapan untuk memperbodohkan rakyat, walhal kadar upah dan gaji tidak meningkat. Kadar pengangguran juga tidak banyak penurunannya. Malah pemborong dan penjual dihimpit oleh desakan harga pengilang yang kian mengaut untung dari polisi Kerajaan yang tidak seimbang kini.
Pengguna pula akan menjadi mangsa jika GST 4% dikuatkuasakan kerana ia akan melibatkan majoriti barangan pengguna. Sebelum ini GST 5% hanya melibatkan barang terpilih. Tetapi dasar yang kerajaan paksakan ini bakal mengubah trend pembelian pasaran tempatan.
Saya juga tidak fikir bahawa harga daging dan tenusu yang diimport dari Australia dan New Zealand akan jatuh dengan terlaksananya pakej perjanjian bebas FTA ASEAN New Zealand dan Australia mulai semalam 1 Januari 2010.
Kita sudah melihat banyak perjanjian FTA dilaksanakan, tetapi nilai pasaran temapatan tidak turun. Lihat sahaja kesan FTA dengan China, negara kita pula yang jadi pusat lambakan barang tidak berkualiti China dengan harga yang mahal.
Akhirnya KSU KPDNKK dan rakyat jadi kambing hitam. sedang pemimpin BN dan kapitalisnya sibuk mengaut untung dari poket rakyat!

Laporan media BN tidak praktikal menganalisa inflasi negara dengan pendapatan rakyat yang mejoritinya hampir 65% berpendapatan dibawah kadar RM2000.00, menghadapi kehidupan boleh dikatakan kais bulan makan bulan aje pendapatan. Setiap bulan pendapatan hanya sekadar menyelesaikan kadar perkapita pendapatan.Tapi rakyat kebanyakan masih dalam tempurung luncai dengan labunya....biarkan biarkan asalkan ada makan...itulah metos media BN mengaburi mata rakyat...

SPR OH SPR...

Proses penamaan calon selama tiga hari adalah antara cadangan pindaan undang-undang yang bakal dibuat oleh SPR. Tujuannya ialah mengelakkan pertembungan penyokong calon dan pergaduhan.
Tidak ada masalah apa-apa untuk menyokong cadangan SPR ini. Tetapi, itu bukan bermakna cadangan ini tidak boleh dibahaskan oleh umum sebelum ia dibahaskan di peringkat legislatif.
Soalan awal ialah hanya tiga hari, mengapa tidak lima atau tujuh? Apa beza satu, tiga, lima atau tujuh? Mengapa tempoh penamaan calon dan bukan tempoh kempen?
Umum tahu, Malaysia berhadapan masalah pilihanraya yang berat sebelah. SPR menjadi pengendali pilihanraya yang bekerja keras memenangkan BN. Pengerusi SPR macam ketua cawangan Umno.
Serius sangatkah masalah penyokong calon berkumpul pada hari penamaan calon? Berapa yang sudah pecah kepala, patah kaki, terjatuh bangunan, terbom sampai berkecai? SPR punya data? Inilah yang dipanggil, gatal di betis tetapi garu di perut. Enjin yang rosak tetapi tayar yang ditukar.
SPR tidak mengendahkan masalah pilihanraya kita yang lebih besar tetapi memberi perhatian kepada masalah kecil. Cadangan ini tidak memberi kesan besar kepada proses pilihanraya Malaysia yang adil, bersih dan telus. Cadangan ini hanya menjadi ‘bedak’ untuk menutup cela-cela yang terdapat di muka SPR.
Apa maknanya tempoh penamaan calon yang panjang jika daftar pemilih masih bercelaru? Bukankah telah dibuktikan semasa PRK Bagan Pinang ada 250 nama pemilih bertindih?
Mana lebih berkesan antara cadangan ini dengan cadangan BERSIH supaya digunakan dakwat kekal di jari pengundi? Panjangkan tempoh penamaan calon boleh memerangkap pengundi hantu?
Apa ertinya cadangan ini jika sistem undi pos masih dipakai? Negara kita dalam daruratkah? Adakah undi pos terus dikekalkan walau dipertikai kerana itu adalah ‘simpanan tetap’ Umno dan Najib juga?
Apa nilainya cadangan ini jika akses kepada media oleh parti-parti yang menentang Umno masih dinafikan? Media kerajaan diperalatkan oleh Umno/BN dan mereka akan berhenti melakukannya dengan cadangan ini?
Adakah SPR menjangka masalah yang bakal timbul jika tempoh itu dipanjangkan?
Misalnya, ugutan kepada bakal calon. Ruang kepada pihak yang berniat jahat untuk mengugut bakal calon adalah terhad selepas penyerahan borang kerana tempohnya kini adalah pendek. Kalau tempohnya sehingga tiga hari, bagaimana?
Bukankah tempoh yang panjang juga membuka ruang untuk bakal calon dirasuah atau dibeli supaya menarik diri? Atau mungkin juga diculik atau di’siempat’kan? Direka-reka pertuduhan untuk menghilangkan kelayakan bakal calon bertanding juga boleh dibuat. Mustahilkah ini berlaku?
Ya, dalam sebuah negara dimana model wanita boleh diletupkan, enjin jet boleh dihilangkan, seorang yang disoal siasat boleh ‘jatuh’ dari bangunan dan mati, stadium dan masjid boleh runtuh, pelabuhan boleh diseleweng, andaian tadi adalah terlalu sukar untuk dinafikan daripada berlaku.
Bagaimana pula dengan keselamatan dokumen penamaan calon yang diserahkan? Apakah jaminan SPR? Kalau rekod kemasukan model wanita ke negara ini boleh ‘hilang’ daripada sistem komputer imigresen, bagaimana dengan rekod bakal calon yang terisi hanya di atas beberapa helaian kertas?
Itu hanya andaian masalah kecil. Andaian ini untuk menggambarkan bahawa cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah ketidakadilan, ketidaktelusan dan ketidakbersihan pilihanraya kita.
Pendeknya, cadangan SPR ini membuka ruang kepada BN untuk mencipta bentuk-bentuk penipuan, penyelewengan dan pemerkosaan baru kepada sistem pillihanraya Malaysia. Pengalaman rakyat Malaysia menyertai pilihanraya puluhan kali mendorong andaian negatif dibuat kepada BN sebegitu.
SPR pula tidak berupaya membendung penyelewengan dan pemerkosaan baru itu kerana badan itu semenjak sekian lama memang berfungsi sebagai cawangan Umno yang entah ke berapa.
Kesan politik kepada umum pula ialah kepekaan rakyat kepada pilihanraya bakal menurun. Analoginya, hariraya kedua dan ketiga tidak lagi semeriah hariraya pertama. Sesiapa sahaja boleh membeli borang pencalonan dan menghantarnya.
Menyertai pilihanraya bakal menjadi seperti menyertai cabutan bertuah. Kalau tempoh penamaan calon hanya sehari pun berbelas orang orang menyertainya, bayangkan kalau tiga hari. Persepsi rakyat, pilihanraya adalah majlis cabutan bertuah. Negara yang rakyatnya hilang sensitiviti politik bakal mengharungi masa depan yang tidak menentu.
Pendek kata, cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah asas sistem pilihanraya Malaysia. Cadangan ini turut membuka ruang untuk BN menerokai bentuk-bentuk penipuan baru di samping timbunan penipuan yang telah sedia ada.
SPR, garulah di tempat yang gatal. Bukan gatal tempat lain, garu tempat lain. Kecuali SPR memang tidak punya saraf gatal lagi, garu ikut sedap saja.

Friday 1 January 2010

Perutusan Tahun Baru 2010 Dato Seri Anwar Ibrahim

Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.ANWAR IBRAHIM